Peperiksaan sebenar PT3 telah bermula. Selama 3 minggu dia menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal dan selama 3 minggu jugalah Aishah menjauhkan diri darinya.
panjang soalan yang ditanya, sepatah jek dijawab. Tak jawab pun bahu mainkan peranan. Sakit hati.
Hari pertama PT3 bermula, sangat-sangatlah nervous gila. Namun dah bertawakkal, baca doa semua sebelum masuk dewan. Doa-doa melembutkan hati penanda pun dah dibaca.
Aishah mula fokus kepada kertas Bahasa Melayu. Ingat balik cara nak jawab. Macam mana nak jawab bahagian KOMSAS tu kena ingat balik. Apa gaya bahasa, bentuk semua. Maksud personafikasi,hyperbola, simile tu semua.
---
Aishah stayback di sekolah untuk ulangkaji. Tapi, kali ini dia sorang jek. Tak bawak gang. Ada masalah lagi di rumah. Malas nak amik tau. Azura dan mum bergaduh lagi. Paksu lagi. Hurm. Pecah kepala otak kalau campur adukkan semua hal.
Aishah hanya mengulangkaji di surau dan bukan di wakaf. Takut terserempak dengan Rayyan. Bila nampak Rayyan nanti mesti fikiran bercelaru. Dia sedar dia tak patut sukakan Rayyan.
Earphone di sumat ke telinga. Lagu dimainkan. Lagu Pilihan Sejati yang dinyanyikan oleh Aisyah Aziz dimainkan. Nama pun dah sama Aishah. Mestilah jadi favourite. Aishah menyanyi bersama.
Memanglah di antara kita tiada yang sempurna
Namun bagiku di antara semua kaulah sinarnya
Memang hanya Tuhan tahu segala
Takdir dan ketentuan terus menyalaKasih kau tak mengerti
Diri ini lebih baik darinya yang kau inginkan
Aku janji
Hidup ini hanya sekali
Jadikanlah aku ini cinta yang paling sejati
Hingga akhirPernahkah kau terbayang aku dan kamu
Menempuhi segalanya bersama tanpa rasa jemu
Bila kau terjatuh ku kan menyambut
Cinta yang terutuh kita binaKasih kau tak mengerti
Diri ini lebih baik darinya yang kau inginkan
Aku janjiWahai kasih kau tak mengerti
Diri ini lebih baik darinya yang kau inginkan
Aku janji
Hidup ini hanya sekali
Jadikanlah aku ini cinta yang paling sejati
Sehingga akhir nantiCinta yang
Cinta yang paling sejatiCinta yang
Cinta yang paling sejatiPaling sejati
Sedih lah pulak dia punya rentak. Haish feeling sangat punya pasal sampai satu apa soalan pun aku tak buat lagi. Ishh.
Dalam diam, ada seseorang yang memerhati dari dekat sebenarnya cuma Aishah jek tak perasan.
Pandai menyanyi rupanya minah ni. Sedap pulak tu suara dia. Berangan ke apa minah ni.
"Sedap suara." Puji Rayyan yang baru muncul depan mata.
What a shock. Mamat kekwat dah sampai.
"Ehh kau. Terkejut aku." Ujar Aishah.
"Cik Aishah Laili kita ni bawa diri nampak? Kenapa nak jauh-jauh dengan Encik Super duper kekwat ni?" Soal Rayyan.
"Mana ada." Jawab Aishah ringkas
"Cemburu aku dengan Dayna?" Soal Rayyan menduga.
"Mana ada cemburu. Yelah orang tu kan dah ada buah hati. Mana nak ingat kawan baik dia tu." Aishah memerli. Rayyan sengih.
"Lahai. Betullah ni jealous?" Rayyan menduga lagi.
"Tak ada maknanya lah." Aishah menyangkal.
"Aku dengan Dayna tu kawan jugaklah. Tak lebih. Siapa lah nak dekat mamat kekwat macam aku ni kan. Orang tu pun Agaknya sudi tak nak kawan lagi dengan mamat super duper kekwat ni." Ujar Rayyan.
"Ishh kau ni."
Telefonnya berdering.
"Hello zura. Why? Kenapa gelabah semacam?"
"Nenda Sha, nenda."
"Nenda? Kenapa dengan nenda?"
"Nenda dekat hospital. Heart attack."
"What?!"
"Pak hamid on the way amik kau. Balik tau. Mum dah nangis."
"how about you and mum? Still arguing?"
"Tu nanti jelah."
"Ok,"
Aishah mematikan talian.
"Rayyan. Aku balik dulu." Ujar Aishah.
"Ala. Kau selalu nak mengelak dari aku. Kenapa? Kau memang tau tak sayang aku kan." Rayyan merajuk.
"Nenda aku masuk hospital. Aku kena pergi sekarang." Ujar Aishah.
"Pergilah." Jawab Rayyan.
"Janganlah merajuk. Ok?. Yelah aku sayang kau. Dah dah. Aku pergi dulu." Aishah memujuk.
"Ok."
----
"How?" Soal Aishah serupa detektif.
"How? What?" Azura pura-pura tak faham.
"Korang pleaselah.! Janganlah gaduh. Mak dengan anak gaduh. Pelik tau tak pelik." Marah Aishah.
"Look now. Nenda sakit. Terbaring atas katil hospital dah pun. Who do you think you are? Be matured please.!" Marah Aishah.
Aishah memang serupa perangai macam arwah dad. Tegas .
Aishah melangkah masuk ke dalam wad untuk melawat nenda.
"Dahlah kak ngah. Kau bahas sejuta kali pun sama jugak diorang tu." Sapa Arfan.
"Hurm betul tu sha. Paksu pun salah jugak." Jelas paksu.
"No, bukan salah paksu pun. Kalau diorang tak mulakan ada ke jadi macam ni? Hisyy." Ujar Aishah.
"Sabarlah Sha. Paklang,pakngah pun ada. Paksu pun. Kita doa ape yang terbaik ya, sha." Pujuk Paklang. Wajah paklang seiras arwah dad.
"In sha allah. Kita tawakkal." Ujar Arfan.
"Shah duduk situ lah. Belajar sekali. Esok exam kan." Ujar paklang. Aishah mengangguk.
Belajar dekat hospital. Baju pun tak tukar lagi. Melengas badan. Relakan jelah. Nanti pak hamid datanglah tu.
YOU ARE READING
Kisah Kita
RomanceAishah Laili, seorang gadis yang sempoi,ramah dan baik disenangi oleh para guru dan kawan sebaya. Ramai secret admirer ni. sampaikan abang senior pun boleh terlanggar dinding sekolah yang baru sahaja senior lain membuat lukisan mural. Geli hati. Nam...