Barang-barang yang telah siap dikemas sudah dimasukkan ke dalam but kereta. Aishah hanya mengenakan dress tanpa lengan dan menyarungkan cardigan padan tubuhnya. Shawl halfmoon bewarna hitam elok terbetuk di kepalanya.
"Kami gerak dulu ma." Ujar Rayyan lalu bersalaman dengan keluarganya diikuti dengan langkah Aishah.
"Hati-hati. Jaga adik ipar aku baik-baik, Rayyan." Ujar Akma.
"Aishah adik kau ke aku adik kau?" Soal Rayyan.
"Eee orang tak sayang adik." Ejek Rayyan.
"Mana ada. Kau dah puas manja dengan akak kan. Manjakan pulak bini kau ni. Hah." Ujar Akma.
"Jangan risau. Aku taulah macam mana nak jaga dia. Dia degil aku taulah apa aku buat." Ujar Rayyan selamba. Tak malu betul. Depan family dia pulak tu. Aku pulak yang malu.
"Oklah. Kami pi dulu." Ujar Rayyan.
Beberapa minit sebelum sampai ke rumah mereka, Aishah diarah untuk menutup mata dan dilarang membuka mata hingga mereka sampai ke rumah baru itu.
Rayyan perlahan-lahan membawa Aishah turun sambil menutup mata Aishah.
"Taraa!!" Ujar Rayyan lalu mengalihkan tangannya dan menyuruh Aishah membuka mata.
"Wow. Abang!! are you sure? This is our house?" Soal Aishah kagum.
"100% sure, sayang. Ni semua abang sendiri yang reka tau." Ujar Rayyan.
"Thanks, abang. I love it. Besarnya bukan main lagi." Ujar Aishah. Mereka berpusing satu rumah mereka tersebut.
Ada swimming pool, jakuzi, gazebo. Boleh relax-relax di sini. Terdapat ruang lebihan yang agak besar di sebelah kiri. Aishah dah merancang untuk membina taman bunganya sendiiri di sini. Macam nenda buat.
"How is it? Suka?" Soal Rayyan lagi.
"Gila tak suka! Sukalah. Rumah impian kot!! Reka bentuk pun unik gila." Ujar Aishah.
Malam tu, Aishah tak boleh lelapkan mata. Ada sesuatu yang tak kena. Aishah kan susah sesuaikan diri dengan persekitaran. Dia kembali membuka kelopak matanya.
Sesusuk tubuh bewarna hitam berada di sudut biliknya. Kelihatan Rayyan sedang lena tidur dan memeluk dirinya. Kalau macam tu, siapa yang ada dekat sudut tu.
Perlahan-lahan Aishah menutup mata. Membiarkan mahluk itu berada di situ. Dia pun tak berani nak buat apa-apa sebenarnya. Walaupun dah biasa tapi, dia juga berasa takut dan dia pernah teringin untuk membutakan hijab-nya. Dia bukan lah lemah semangat tapi entiti yang dia nampak sering mengganggunya.
Dia kembali membuka mata. Perlahan-lahan kelopak matanya dibuka perlahan. Kelihatan lembaga tersebut masih lagi kelihatan. Segala doa pendinding dan pelindung sudah dibaca. Dihembus perlahan. Puh kanan puh kiri. Perlahan-lahan menutup mata.
"Yang!! Bangunlah!! Dah lambat ni." Ujar Rayyan.
"Hah?! Pukul berapa? Aduh terlepas subuh." Aishah kelam kabut. Jam telefon dilihat.
Mampus!! Dah pukul 8. Aduh lambat dah weh.
"Semalam sayang tidur pukul berapa?" Soal Rayyan.
"Tak tau pukul berapa. Lambat kot." Jawab Aishah. Rayyan mengeluh. Mereka menaiki kereta masing-masing. Nak elak jam punya pasal, ingat nak bawak motor berkuasa timggi tapi encik abang tak bagi. Bahaya katanya. Emm terpaksa drive jugak.
Sampai sahaja di office ramai dah memandangnya. Tak pernah-pernah boss lambat. Yelah tak pernah boss berwibawa kita ni datang lewat.
"Lambat, boss?" Sapa Shirah.
YOU ARE READING
Kisah Kita
RomanceAishah Laili, seorang gadis yang sempoi,ramah dan baik disenangi oleh para guru dan kawan sebaya. Ramai secret admirer ni. sampaikan abang senior pun boleh terlanggar dinding sekolah yang baru sahaja senior lain membuat lukisan mural. Geli hati. Nam...