BAB 20

5.3K 179 3
                                    

Mimpi kelmarin masih lagi segar dalam kotak ingatan. Fuh. Dah berapa hari dah ni. Asyik teringat bende yang sama jek.

Aishah mengelamun lagi. Sejak mimpi tu, dia banyak berangan dan mengelamun. Masih lagi memikirkan maksud didatangi mimpi tu. Alah mainan syaitan. Tapi, kenapa mesti ada Rayyan? Suatu persoalan yang dia tak tau jawapan.

"Hah makcik!" Sergah Shirah. Aishah melatah. 'Opocot mak kau jatuh weh.'

"Kau ni. Tang bila kau masuk? Pintu pun tak ketuk." Marah Aishah.

"Amboi. Sejak bila pulak aku kena ketuk pintu kalau nak masuk office kau? Selalunya berapa meter jek kau dah detect kasut tumit aku. Ni apahal? Kau fikir apa ni beb?" Soal Shirah. Memang hairan pulak dia.

"Tak adelah." Jawab Aishah ringkas. Entahlah speechless pulak.

"Wahai cik Aishah Laili dayang intan payung, aku dah lama kenal kau tau. Bukan setakat setahun dua. Dah bertahun-tahun aku kenal. Cuba share dengan aku." Pujuk Shirah.

Aishah mengeluh.

"Ingat tak masa aku cerita pasal Haikal accident masuk hospital tu?" Aishah membuka cerita.

"Ingat. Why?"

"Malam tu aku jumpa Rayyan. Lepastu malam masa aku tidur tu aku mimpi Rayyan sampai jatuh katil. Dia peluk aku atas katil pulak tu. Ish Syaitan betul." Jelas Aishah. Ketawa Shirah meletus.

"Bodoh. Apahal kau ketawa? Tak lawak lah! Support lah sikit baby kau ni." Marah Aishah.

"Baby otak dia. Aduh. Serious lawak lah doh. Sampai jatuh katil. Apa yang si Rayyan tu buat?" Ujar Shirah. Tawanya masih lagi bersisa. Aishah menjeling sahabat baiknya tu.

"Sakitlah pinggang aku. Dia. Hmm alah alah. Mainan setan jek mimpi tulah. Buat dunno jek. Dahlah tak payah lah cakap pasal ni. Sebab kau ketawa. Ni yang tak nak cerita." Ujar Aishah.

"Hmm. Dah suka tu mengaku jelah." Ujar Shirah tersengih.

"Eee dahlah. Kau curi tulang kau ea. Aku potong gaji kau nanti padan muka." Aishah mencelah. Malas dah nak dengar Shirah menyakat.

"Tapi kan dok. Entah-entah Rayyan tu jodoh kau tak? Hah. Apa kata kau buat solat sunat istikarah. Nampak siapa? Nanti roger aku." Jelas Shirah lalu beredar. Sempat lagi dia nak kenekan aku kan. Aku apa lagi, sempatlah cubit lengan dia.

Tapi, bila difikirkan balik kan. Ya tak ya jugak eah. Baik buat solat sunat istikarah. Yang penting aku tak roger dekat mangkuk ayun tiga suku tu.

----

"Yow, hantu." Sapa Aishah.

"Kurang asam kau. By the way, memang tak percaya lah roh aku melayang jumpa kau." Jelas Haikal.

"Tak percaya sudah!! Ni hah ada apa kau nak jumpa aku?" Soal Aishah.

"Hmm aku terpaksa jek call kau cakap nak jumpa. Lembab lah orang yang nak jumpa kau tu." Jelas Haikal

"So that's mean kau tak nak jumpa aku la ni." Soal Aishah. Haikal menggeleng. Ok kalau dalam hal ni senang nak settle. Haikal hanya rapat dengan Rayyan tiga suku tu.

"Kau jangan ingat aku tak tau. Ni mesti....." ujar Aishah dan tak sempat menghabiskan ayatnya.

Seseorang menghulurkan sejambak bunga ros di hadapan mata Aishah dari belakang.
Bauan yang lelaki selalu pakai menusuk hidung mancungnya.

"Yes, it's me." Ujar Rayyan. Aishah memandang ke belakang.

"Enjoy your sweet dinner." Ujar Haikal tersenyum lalu berundur diri. Memberi ruang Rayyan dan Aishah nak bersweet-sweet.

"Kau? Buat apa?" Soal Aishah.

"No la kau aku. Tak sweet." Ujar Rayyan.

"Eak kau ni kenapa? Demam?" Soal Aishah hairan.

"Demam rindu pun. I want you to call me 'awak.','you.' Or 'abang.' Malah nak expert 'sayang.' Boleh?" Pinta Rayyan. Terlopong mulut Aishah.

"Dah kenapa?" Soal Aishah.

"Emm aku cuma nak realisasikan impian kau nak bersweet. Kau tak ingat ke?" Balas Rayyan tenang.

"Ha? Kau ingat lagi? Err kan aku dah kata. Lepas kahwin." Jelas Aishah.

"Pembetulan. Kita dating sekali jek. Aku nak masuk minang kau." Jelas Rayyan. Maunya tersembur air lemon blue yang disedut nanti. Nasib dah selamat telan.

"Wow wow wait. What is this?" Soal Aishah.

"Kan kau cakap, kau nak bersweet tapi lepas kahwin. Kau nak kasih sayang sepenuh hati jiwa raga dari suami kau. And, izinkan aku untuk menjadi orang yang kau sayang dan sah untuk kau? Please. I hope so." Ujar Rayyan.

"Err. Rayyan. Aku kena jawab sekarang ke soalan KBAT kau tu?" Soal Aishah.

"Yes. Jawablah." Pinta Rayyan.

"Bagi aku masa boleh?" Soal Aishah.

"Ok. Aku tak kisah. Tapi, aku nak jawapan kau tu 'ya.' Jangan hampakan aku." Jelas Rayyan.

"Tapi Rayyan. Aku baru nak melonjat dalam bidang pekerjaan. Bagilah aku top dulu. Lagipun Azura kahwin minggu depan. Kau dijemput hadir. Ni kad." Jelas Aishah lalu menghulurlan sekeping kad kepada Rayyan.

"In sha Allah aku datang yangg. Asalkan aku jumpa kau." Ujar Rayyan

"Makanlah." Ujar Rayyan. Aishah mengangguk.

Perlahan-lahan dia memasukkan makanan ke dalam mulutnya. Selalunya tak ada apa-apa bila dengan Rayyan. Dululah dulu. Tapi sekarang, rasa janggal gila tau tak.

Rayyan tersengih-sengih apabila melihat dan merenung Aishah.

"Kau tak makan?" Soal Aishah. Soal taraf rendah. Dah nampak depan mata nak tanya lagi.

Rayyan menggeleng.

"Tak lapar ke?" Soal Aishah lagi.

"Tengok muka kau je aku dah kenyang." Jawabnya selamba. Apa fikir romantik? Sepak nak sepak?

"Pulak?!"

"Yelah. Aku tak tipu." Jawab Rayyan. Aishah mengjungkitkan keningnya ala-ala Ziana Zain tengah marah orang.

"Dahlah makan. Jangan jeling aku. Melt nanti." Ujar Rayyan.

Eeiuw. Menyampah. Aishah menayangkan muka menyampah kepada Rayyan. Rayyan tersengih dengan telatah Aishah di hadapannya.

Yelah dia tengah angau. Senyum ajelah.

Kisah KitaWhere stories live. Discover now