BAB 31

5.2K 166 0
                                    

Aishah dan Rayyan hanya dapat cuti lima hari jek dek kerana Rayyan yang ada project penting yang dia kena uruskan di pejabat. Walaupun sudah ditegah oleh papa tapi tetap degil.

"Morning, everyone." Sapa Aishah kepada keluarga mertuanya.

"Morning. Lah dah kena masuk kerja ke, Sha?" Soal Akma.

"Ha'ahlah kak. Ada Encik Boss banyak sangat kerja. So dengan kita-kita sekali ikut masuk kerja." Balas Aishah

"Hmm degil Rayyan ni. Memang." Ujar Papa.

"Takdelah pa. Nanti ada masa Rayyan amik cuti panjang. Kita pi honeymoon kan, yang." Jelas Rayyan.

"Yejek abang tu. Nanti esok-esok kang tak ade." Ujar Aishah.

"Ha'ah, Sha. Kau pi honeymoon dengan akak jelah dik. Ahh masa tu kau jangan marah akak pinjam bini kau." Gurau Akma.

"Mana boleh!!" Ujar Rayyan pula. Tawa pecah.

--

"Selamat pengantin baru, cik." Sapa pekerja Aishah beramai-ramai.

"Thanks korang. Well, sedap tak nasi minyak?" Soal Aishah ramah.

"Ehh sedap. Laksa. Soto. Eeee manyak sedap wuu." Ujar Kimmy

"Hahaha. Makan banyaklah. Nanti ada openhouse datanglah. Saya baagitau bila. Datang tau jangan tak datang." Ujar Aishah lalu beredar ke pejabatnya.

Rekaan yang telah diminta oleh syarikat di korea telah pun siap dalam stok yang tertentu. Semua baju direka adalah baju semasa musim panas. Mungkin baju tu semua agak terdedah. Yelah baju-baju tu akan dipasarkan di Korea bukan di Malaysia.

Petang ni, model dari korea akan datang untuk sesi photoshoot. Model-model tersebut telah digantikan dengan kumpulan idola yang lain kerana kumpulan yang nak diupah mempunyai jadual yang ketat. We will see, then.

"Shirah!!" Aishah menyergah kawan baiknya A.k.a PA paling terbaik. Haha.

"Kau ni. Nasib baik aku tak melatah macam kau tau." Marah Shirah.

"Kenapa ni? Moody jek? Cer citer cer citer." Ujar Aishah.

"Adam. Dia kata. Dia nak balik korea." Kata Shirah.

"So?"

"Dia cakap balik tu dia nak bawak someone special. Yelah, aku kan dah merangkap BFF dia. Kau rasa siapa someone special tu?" Terang Shirah.

"Kau jealous?" Soal

"Mana ada! Tak adelah. Cuma, em nak tau jek." Ujar Shirah.

"Jangan tipu perasaan sendiri. Kau memang tak boleh tipu aku ok. Aku kenal kau macam mana? Kalau pasal lelaki kau memang takkan fokus punya." Ujar Aishah.

"Yelah yelah aku sayang dia, puas?" Shirah mengaku.

"Mengaku pun. Alahai kau orang berdua kan selalu berkepit. Takkanlah dia tak ada perasaan suka dekat kau. Mesti ada punya." Terang Aishah.

"Weh kalau dia dok berkepit dengan kita, layanan semacam macam mana pun kat kita tak bermaksud dia suka kita. Mungkin sebab dia bosan sebab tu dia layan kita." Ujar Shirah.

"Takkanlah Adam nak buat macam tu. Kau ni. Dia kan dah berhijrah. Tak baik sangka buruk tau." Kata Aishah.

"Dia cakap, susah nak lupakan orang yang dia pernah suka. Dia pernah suka kau beb. Sis tabah. Uhuks." Balas Shirah.

"Kau ni sengal hang tau dak. Aku ni dah jadi bini orang. Mana mungkin dia simpan angan-angan dengan aku. Logiklah sikit shirah sayang oi." Ujar Aishah pula.

"Whatever. Dahlah banyak kerja ni. Pi sana. Kejap lagi model dari Korea tu sampai. Hang kena join sekali photoshoot tu." Ujar Shirah seperti menghalau Aishah.

"Ni halau aku ke ni. Haha. okok. Pasal photoshoot tu aku taulah. PA kesayangan aku ni dah bagitau awal-awal." Ujar Aishah lalu beredar. Shirah ketawa. Ada je modal dia nak kacau orang buat kerja.

---

Ahli kumpulan Sonamoo selaku model telah tiba di syarikat Ladaph. Mereka telah pun bersiap dan disolek oleh jurusolek yang bekerja di bawah pasukan baru.

selesai sesi photoshoot, Aishah sempat lah jugak amik autograf dan selfie bersama. Walaupun tak kenal takpelah asalkan dapat. Susah wuuu nak jumpa idol KPop. Haha. Menyempat.

"Thanks for coming and work with us. Come join us in the park. I've prepared something for all of you." Ujar Aishah kepada pekerja dan model tersebut.

Mereka menikmati juadah yang dah dipesan oleh Aishah di taman bunga pemisah.

----

"Sayang." Panggil Rayyan manja.

"Hmm?" Sahut Aishah.

"Emm hujung minggu ni kita pindah rumah baru." Ujar Rayyan.

"Mama dan papa tau tak pasal ni?" Soal Aishah.

"Dah." Balas Rayyan lalu menganggukkan kepala.

"Kenapa tal bincang sekali? Ni yang nak merajuk." Ujar Aishah.

"Alah sayang ni. Abang nak surprise kan sayang sebenarnya."

"Kata surprise. Kenapa bagitau?" Soal Aishah tak puas hati.

"Abang cakap nak pindah jek. Tak cakap pun dekat mana rumahnya kan." Ujar Rayyan.

"Hmm, yela."

"Lagipun abang nak privasi la, yang." Ujar Rayyan nakal.

"Ehwah banyak cantik." Balas Aishah.

Rayyan mengeluarkan gelang tangan yang terdapat ejaan nama gabungan mereka.

'RaySha'.

"For me?" Soal Aishah.

"Ye sayang. for you. Gelang ni gabungan nama abang dan sayang tau. Dan....."

"Dan apa?"

"Dan bilangan anak kita." Ujarnya nakal.

Terbeliak mata Aishah. Serious ke dia ni. Enam orang anak? huhuhu. Ingat kilang beranak ke?

"Ramainya. Ingat ayang ni kilang beranak ke?" Soal Aishah.

"Kenapa? Sayang tak sudi lahirkan anak abang? Hmm takpelah." Ujar Rayyan merajuk.

Eeee dah tua pun nak merajuk. Nak kena tampar agaknya.

"Bukan macam tu. Enam orang sekaligus banyak sangat. Abang ni tak payahlah merajuk. Buruk muka." Ujar Aishah.

"Buruk ni la jugak orang tu sayang." Ujar Rayyan lalu menciun pipi Aishah.

"Bukan enam orang sekali gus sayang. Peringkat-peringkat la. Kena usaha betul-betul. Mana tau umur 40 dapat lebih daripada enam ke. Manalah tau. Rezeki." Ujar Rayyan nakal.

"Abang, tak kisahlah berapa orang anak kita dapat. Anak kan pembawa rezeki. So, berapa yang keluar pun Sha sanggup." Ujar Aishah.

"Yelah Sayang. Sayang isteri abang ni." Ujar Rayyan.

"Kalau tak sayang nak kena bunuh namanya." Ujar Aishah memberi amaran.

"Uishh. Habislah." Ujar Rayyan. Gelak pecah.

Kisah KitaWhere stories live. Discover now