BAB 21

4.9K 167 0
                                    

Aishah termenung di dalam biliknya sendirian. Mata tertacap pada skrin televisyen tapi hati melayang entah ke mana.

Bila diingat balik kisah tadi, how sweet, Rayyan. Hati dia ikhlas ke terima aku? Or, dia just nak mainkan aku? Ya allah Sha, thunk positive lah. Tak baik sangka buruk. Sejak bila sifat mazmumah ni? Ishh.

Aishah keluar turun ke dapur. Tiba-tiba satu perasaan yang happy gila muncul dalam hati.

'Kalau ku pandang kerlip bintang nun jauh disana,
Sayup ku dengar melodi cinta yang bergema,
Terasa kembali gelora jiwa mudaku,
Kerna tersentuh alunan lagu semua di kopi dangdut.
Asmara yang dulu pernah membara,
semakin hangat bagai ciuman yang pertama,
Detak jantungku seperti ikut irama,
Kerna terlena oleh pesona irama kopi dangdut, auch.' Aishah menyanyi di dapur siap dengan gaya menggedik. Entah kenapa lagu kopi dangdut juga dinyanyi. Lirik pun main belasah jek. Nescafe 3in1 diambil untuk dibancuh.

"Amboi!!!" Sergah Azura dari belakang.

"Woi kau setan kau!!" Dia melatah lagi.

Azura ketawa. Dia memang suka sakat aku kan. Suka tengok aku melatah. Kuanghajak kau kak. Kuanghajak.

"Kau ni!! Nasib baik aku tak pegang air panas tau!" Marah Aishah.

"Ok ok. Sorry heh. Happy nampak. Menyanyi kat dapur lagi. Orang dulu pesan, jangan nyanyi kat dapur. Nanti dapat laki tua." Gurau Azura.

"Simpang malaikat 44 ok. Baik aku jadi andartu jek hah." Balas Aishah.

"Kepala otak kau. Kau gorgeous pe? Pikat jelah anak-anak dato' yang hensem. Kan ramai." Ujar Azura.

"No no no. Not my taste. Diorang semua tu muka je handsome. Perangai? Hurm haram jadah. Harap harta kekayaan je. Padahal bapak yang punya nak berlagak. Haha. Pigilah." Aishah mengutuk.

"Hurm selamba badak je kau kutuk diorang kan. Haha. Tapi memang betul pun." Ujar Azura.

"Kak, aku rasa kan. Aku nak bagi company tu dekat Arfan lah." Ujar Aishah.

"Apahal? Nak kahwin?" Soal Azura

"Tak adelah sampai ke situ! Aku rasa nak bangunkan syarikat sendiri lah." Ujar Aishah.

"Syarikat apa lagi?" Soal Azura.

"Syarikat yang memperagakan kasut dan keluaran jenama sendiri." Balas Aishah.

"Apa kata kau buat syarikat kau tu anak syarikat kepada Smith Holdings." Cadang Azura.

"Hah. Itu aku rasa kan, aku kena bincang dengan tok ayah." Balas Aishah.

"Nak bincang apanya dengan tok ayah?" Soal tok ayah yang baru masuk dapur.

"Erkk. Tak adelah Tok ayah. Em. Boleh tak kalau Sha nak bukak syarikat sendiri. Peragakan kasut. Boleh tak tok ayah?" Soal Aishah.

"Smith holdings?"

"Lepas Arfan balik Malaysia dia take over. 2 years more right? Lagipun boleh jadi anak syarikat Smith Holding." Jelas Aishah.

"Kita dah ada business hotel, produk em fesyen memang tak ada. Tok ayah rasa boleh lah kot. Tak confirm eah. Kot jek." Ujar tok ayah. Aishah happy. Fuyooo

"Thanks tok ayah. Thanks. Haha." Ujar Aishah. Gembira rasanya bila tok ayah cakap macam tu

"Lepas 2 tahun nanti Sha uruskan yang tu." Jelas Aishah lagi.

"Tak perlu sampai 2 tahun. Sekarang pun boleh." Ujar Tok ayah.

"Siapa nak jaga smith holdings tu?" Soal Aishah lagi.

"Azura lah." Jawab Zura

"Pulak? kau kata nak concentrate dalam marriage kau?" Soal Aishah hairan.

"Bosan lah nanti." Jelas Azura.

"Butik kau?" Soal Aishah kembali.

"Tak jadi kah nak bukak. Ada problem." Balas Azura.

"Hah elok sangat lah tu." Ujar tok ayah. Selepas itu mereka berbincang tentang anak syarikat Smith Holdings yang akan diuruskan oleh Aishah.

****

"Awak!!" Sapa Shirah.

"Apa awak-awak? Gedik jek aku tengok." Marah Aishah. Marah-marah sayang jek.

"Amboi. Bad mood ke kak?" Soal Shirah.

"Aku gurau lah sengal." Ujar Aishah. Shirah sengih.

"Weh, aku nak uruskan anak syarikat Smith holdings ni. Kau nak kerja bawah aku ke bawah kakak aku?" Soal Aishah.

"Erk? Baru berapa minggu dah nak tukar syarikat? Azura kan nak kahwin. Kenapa? Bukan dia cakap nak concentrate ke?" Soal Shirah bertubi.

"Entahlah. Kau tau, aku tengok akak aku tu macam ada masalah tau." Jelas Aishah.

"Dengan tunang dia ke?" Soal Shirah.

"Tak tau. Janganlah nak cancel pulak nak hujung-hujung dah ni. Kalau ada hal susah beb. Nak ganti apa? Jatuh maruah family aku nanti." Ujar Aishah.

"Sebenarnya, aku tengok abang Lukman tu aku tak berkenan sangatlah. Dia macam tak respect family aku tau. Berubah semua lepas dia tunang dengan Zura." Jelas Aishah.

"Emm. Doalah tak ada apa yang jadi. In sha allah tak ada apa. Syarikat baru tu business apa pulak? Hotel lagi?" Soal Shirah.

"No la. Aku nak keluarkan jenama sendiri. Anak syarikat Smith Holdings ni la." jawab Aishah.

"Fuhlamak. Jenama apa? Baju ke? Pehh."

"Bukanlah. kasut. Aku boss jek. Nanti aku agihkan lah mana kumpulan pemasaran semua." Jelas Aishah.

"Ouh. Aku PA kau?" Ujar Shirah tersengih.

"Of courselah. Heee." Ujar Aishah.

Telefonnya berdering. Tertera nama Azura di skrin telefonnya. Tak pernah-pernah zura call time macam ni.

'Hello Zura. Kenapa?'

'Kau busy ke? Sorry ganggu. Jom teman aku lunch. Privasi kita adik beradik.'

'Kau melalak ke? Apasal suara kau serak macam tu.'

'Nantilah aku cerita.'

Aishah dan Azura bertemu di Restoran yang dekat je dengan office.

"Kenapa? Ceritalah?" Pinta Aishah sebaik sahaja duduk di hadapan kakaknya.

"Dik, aku tak taulah nak buat apa lagi. Lukman." Ujar Azura.

"Kenapa dengan dia? Kau jangan cakap dia nak batalkan pernikahan korang." Ujar Aishah.

"Bukan nak batal. Kitaorang gaduh jek. Yelah hujung minggu ni jek kitaorang nak naik pelamin. Bergaduh lagi. Kau fikir bahagia pulak kalau sedih-sedih atas pelamin?" Azura meluahkan satu persatu.

"Dah tu? Sekarang dia ada cakap apa-apa ke? Pasal wedding tu?" Soal Aishah bertubi campur lagi risau.

"Dia tak cakap apa-apa. Dia kata move jek. Tak perlu batal." Ujar Azura.

Aishah mengurut kepala. Kesian Zura.

"Aku dah warning lah awal-awal. Bukan aku tak kenal Lukman tu. Geng Zarfan." Ujar Aishah.

"Tapi dia baik."

"Hah nak backup dia lagi! Kau ni dahlah. Daripada jadi apa-apa better kau cancel jelah wedding tu." Ujar Aishah.

"Gila! Aku dah tawar hati lah dengan dia. Memang kalau boleh aku nak cancel tapi, dah terlambat." Balas Azura.

"Tak apalah kak. Kita redha jek apa yang jadi." Ujar Aishah.

Dia menggeleng kepala. Azura, Azura. Aku dah kata. Lukman tu lain macam. Degil. Tak percaya.

Kisah KitaWhere stories live. Discover now