BAB 39

4.6K 147 0
                                    

Mereka sampai tepat pada waktunya. Rayyan dan Dayna pun baru pulang bersama. Hati Aishah rasa seperti dikoyak-koyak jek. Apa diorang buat? 2 pagi? dekat rumah? Berdua? Bukan mahram? Kau rasa?

Pelbagai persoalan yang berada dalam mindanya. Auhh! Sakitnya hati. Dia mengusap perutnya. Yang berada dalam perutnya tulah sekarang menjadi peneman kalau sunyi sorang-sorang.

"Ni siapa? Kau? Nak apa?" Soal Rayyan kasar kepada Aishah yang masih lagi tercegat di pintu kereta Azura.

"Rayyan, please. Kau dah kena minyak pengasih. Tolonglah. Come to your sense." Ujar Shirah.

"Kau siapa? Kau tak ada makna lah dalam hidup aku!!" Jerkah Rayyan lalu menunding jari ke arah Shirah.

"Lagi kau ni gila apa? Perempuan bodoh mana yang duduk zaman dulu-dulu nak pakai minyak pengasih?" Kutuk Rayyan. Dayna tersentak.

"Ustaz, mari kita mula sekarang." Ujar Aishah perlahan.

Azura dan Shirah menarik Dayna ke tepi dan Ustaz bersama pembantunya membawa Rayyan ke dalam rumah.

Hampir 2 jam mereka berkurung dengan Dayna. Dayna meracau. Dia menjerit. Baling barang semua. Tolak-tolak. Nasib Aishah di luar bersama suaminya.

Rayyan muntah. Banyak dia muntah dalam bilik air. Dia ditenangkan dan diberi minum. Aishah mengusap perlahan belakang badan Rayyan.

"Suami puan ni, dah makan banyak sangat benda kotor ni. Banyak yang keluar ha." Ujar Ustaz tersebut. Aishah mengangguk.

Kesian dia tengok Rayyan. Muntah banyak. Mesti dia terseksa. Dayna dibawa keluar. Dia pengsan. Lepas berapa minit baru dia sedar. Rayyan pula terlelap.

"Eh aku dekat mana ni. Kau siapa?" Soal Dayna panik.

"Aku lah! Shirah. Kau nak apa hah dok? Kacau rumah tangga orang? Nak kumpul dosa banyak-banyak ke apa?!" Jerkah Shirah.

"Dahlah Shirah. Everything back to normal. Tak perlu panjangkan cerita ni lagi." Ujar Aishah memujuk rakan baiknya tu.

"dah kau keluar lah dari rumah aku. Balik. Tak ada apa perlu dibincang." Ujar Aishah kembali.

"Sha, i'm sorry sha. I know this is my fault. I'm sorry. Aku nak buang benda ni sha. Tapi, nanti dia kacau aku. Macam mana?" Ucap Dayna.

"Benda ni kena buang dalam laut jek. Tak apa. Awak buat solat taubat, solat sunat, alquran jangan lupa. In sha allah dia tak kacau awak. Kalau awak takut, sediakan Yaasiin sebelah awak." Ujar Syafik selaku pembantu Ustaz tadi.

Dayna menggangguk.

"Macam mana aku nak balik? Aku datang pun dengan Ray." Soal Dayna.

"Aku hantar." Uhar Azura.

"Hah?" Soal shirah.

"Yela aku hantar. Lepas hantar dia aku hantar kau." Ujar Azura. Mereka berdua menggangguk.

Semua orang dah beredar. Aishah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ustaz yang sanggup datang dari Johor untuk merawat Rayyan.

Aishah baring di sisi rayyan. Wajah suaminya yang sedang lena ditatap. Sungguh dia rindu wajah tu. Belaian dia. Kasih sayang dia. Aishah menggenggam tangan Rayyan.

Ya allah! Panas.

Cepat-cepat dia mengambil tuala dan air suam. Tuala yang sudah diperah diletak di atas kepala Rayyan.

"Abang. Restlah dulu. I love you." Bisik Aishah perlahan lalu dia mengucup pipi Rayyan. Panas pipinya.

---

Rayyan membuka mata. Bibir dan mukanya kelihatan pucat. Matanya meliar ke seluruh kawasan bilik. Kelihatan sesusuk tubuh wanita berada di sampingnya. Dia tak berapa ingat apa yang jadi sebelum ni.

Dia memeluk tubuh Aishah. Terasa rindu yang amat. Segala ingatan selepas pulang dari Jepun dia tak ingat. Satu pun tak.

"Morning, abang." Sapa Aishah.

"Sayang, i miss you. What happened? Abang cuma ingat abang balik dari Jepun tu jek. Kepala abang sakit." Ujar Rayyan. Wajahnya disembamkan di leher isterinya.

"Serious abang tak ingat?" Soal Aishah lalu memandang wajah Rayyan. Rayyan menggangguk.

"Tak pelah. Let bygone be bygone, bang. Nothing happened now. The one thing really sure is you've back to normal." Balas Aishah.

Rayyan memeluk kembali tubuh isterinya. Aishah membalas pelukan suaminya.

Baby? Tak lama lagi birthday Rayyan. So, that's the present. The best gift ever. Tak sabar nak bagitau.

"Abang, nak makan apa hari ni? Sayang masak." Soal Aishah.

"Anything yang sayang sediakan abang makan." Jawab Rayyan.

"Kalau sayang sediakan pinggan jek? Abang telanlah pinggan tu?" Gurau Aishah.

"Kejamnya isteri abang ni. Bagi makan pinggan je? Sampai hati." Ujar Rayyan pura-pura merajuk.

"Eeee orang tua pun nak merajuk. Apalah. Abang, hidup ni terlalu pendek kalau nak merajuk lama-lama." Ujar Aishah.

"Eleh. Orang tua ni jugaklah yang awal sayang tau." Balas Rayyan.

"Tau pun. Dahlah jom mandi?" Ajak Aishah.

"Together?" Rayyan senyum nakal.

"Emm." Jawab Aishah.

"Okay. Jom!!" Ujar Rayyan teruja.

----

"Sayang!! I'm starving." Rengek Rayyan lalu memeluk pinggang Aishah dari belakang.

"Eihh sabar lah kejap. Dah nak siap dah." Balas Aishah. Abang. Abang pakai minyak wangi apa ni? Busuk lah." Ujar Aishah.

"Eihhh tepi tepi. Nak muntah tau bau minyak wangi abang." Ujar Aishah lagi.

"Sayang, abang pakai minyak wangi sikit jela. Abang bukan sembur banyak pun." Balas Rayyan. Rayyan dijeling.

"Nah, tadi abang ada belikan sayang cheddar cheese. sayang suka kan." Hulur Rayyan.

"Thanks abang." Jawab Aishah lalu membuka balutan plastik cheese tersebut.

"Eeee kenapa cheese ni tak sedap?" Rungut Aishah.

"Err, sayang ni pelik lah hari ni. What's wronh with you? Ada jek yang abang tak kena harini." Tegue Rayyan.

"Biase jelah. Mana ada pelik." Jawab Aishah.

"Are you pregnant?" Soal Rayyan.

"Nope. Belum lagi." Jawab Aishah selamba. Padahal hati dah kecut. Tak jadi nanti nak surprise.

"Cube check." Cadang Rayyan.

"Dah Check dah. Negative." Tipu Aishah.

Rayyan mengeluh.

"Belum rezeki la. Hmm." Rayyan mengeluh lagi.

"Abang, tak baik mengeluh. Kita doa dan usaha lah lagi." Jelas Aishah.

Kisah KitaWhere stories live. Discover now