Keesokan harinya, Aishah lambat siap ke sekolah. Aduih macam-macam perangai budak ni buat.
"Aishah mai sarapan dulu." Pelawa mummynya.
"urmm sedapnya! Mum ni macam tau jek sha kempunan nak makan nasi goreng paling merah mum masak." Ujar Aishah.
"Mestilah. Ni muka kenapa macam monyok jek?" Soal Mum.
"Penat mum. Cikgu Yurina tulah. Ergh nak pembentangan secepat mungkin. Dahlah banyak. Nasib kerja kumpulan." Aishah membebel.
"Keep struggling to sucess, dear." Pesan mum.
"Yes, mum." ujar Aishah perlahan. Kemudian, Azura dan Arfan turun ke dapur.
--
Rayyan sampai ke sekolah tepat pada masa. Aishah turut keluar dari perut kereta. Terserempak. Saing nampaknya.
"Hei, Fiqa.!!" Tegur Aishah.
"Weh weh. Aku ada cerita gempak ni." Ujar Fiqa
"Gossip tak abis-abis. Apa dia?" Soal Aishah.
Rafiqa membisik ke telinga kawannya. Berdekah Aishah dan ahli G4 lain. Gelak dengan cerita lawak yang disampaikan. Rayyan memerhatikan aishah. Gembira betul ya. Rancak dia berbual.
rayyan masuk ke dalam kelas terlebih dahulu. Aishah masuk dengan muka bengis dan monyok jek. Adlina yang perasan terus menegur.
"Kau pahal beb. Sedih semacam je aku tengok? Kau ok tak?" Soal Adlina.
"Kau tengok mata aku. Apa kau nampak."
"Mata hijau biru kau. Cantik dhoe. Kacuk mana kau ni?" Soal Adlina teruja.
"Bukan tulah. Aku taulah mata hijau biru aku tu cantik. Ni hah bawah ni." Ujar Aishah.
"Mata panda. Tak cukup tidur ke? Kau buat apa semalam?" Soal Adlina bertubi.
"Dia rindu saya tu Ad." Ujar Rayyan.
"Pleaselah. tak kuasa aku nak rindu kau ok. Menyampah kuasa tiga. Puih." Aishah membebel dengan mulut terkumat kamit.
"Mana ada. Allah tarik nikmat tidur aku. Insane beb aku nak mimpi mamat kekwat tu. Eish terserempak dengan 10 malaikat pun belum tentu aku cari dia tau." Aishah menyindir.
"Kau kenekan aku ya Sha?" Soal Rayyan.
"P-E-R-A-S-A-N" Ujar Aishah lalu menjeling Rayyan. Rayyan mencebik.
"Eleh mengaku jelah kau suka aku sejak semalam." Tegur Rayyan. Aishah tersentak. Rayyan dijeling seperti orang yang lari untuk terima hukuman.
Sensitive gila kot aku pasal semalam. Semua kau punya pasal wahai mamat kekwat super meluat dan poyo perasan hensem sangat. Youngjae Got7 lagi handsome ok!
"Stop about that!!" Gertak Aishah. Adlina turut terkejut dengan gertakan kasar oleh Aishah. Selalu dia nampak Aishah ni elok je. Happy gila. Tak pernah nampak dia marah sampai macam ni sekali. Marah sayang ada lah.
Aishah memberi jelingan maut kepada Rayyan. Rayyan mengalah. Ok Aishah dah bagi red light. So, that's means Rayyan kena mengalah. Rayyan menghadap semula ke depan.
Panas dalam hati Aishah masih belum reda. Dia perasan ada seorang budak berada di bawah meja Rayyan dan Haikal. Budak tersebut memandang Aishah. Tegak bulu roma nya.
Sedang Rayyan sedap ketawa, dia merasakan bahawa ada seseorang memegang kakinya. Terkejut beruk dia.
Aishah memandang budak tadi. Ouh hantu rupanya. Aishah gelak. Muka Rayyan dah cuak.
"Kau asal gelakkan aku?" Soal Rayyan kalut.
"Haikal mai sat.nak cakap." Ujar Aishah.
"Apa?" Soalnya.
Aishah membisik ke telinga Haikal. Dia mula cuak. Bila aishah cakap budak tu kacau kaki Rayyan, dia gelak.
"Auhhhh!!" Jerit Rayyan.
"Weh. Cuba selak sikit seliar tu. Darah tak?" Soal Aishah panik. Dia tau 'budak' tu gigit kaki Rayyan.
"Weh darah. Aduh sakit.." Adu Rayyan.
"Weh pergi bilik kesihatan sekarang." Arah Haikal.
Aishah dan Haikal memapah Rayyan ke bilik kesihatan. Cikgu pun dah balut lukanya.
"Macam kena patuk ular." Ujar Cikgu Rezzan.
"Ada budak gigit." Jawab Aishah. Cikgu Rezzan mengangguk faham. Senang cerita semua cikgu yang dah pernah ajar aishah semua tau mata ke-3 miliknya.
"Budak?" Rayyan pelik.
"Adelah." Balas Haikal.
"Korang ni selalu rahsia dengan aku tau. Kita kan kawan baik." Ujar Rayyan.
"Err. Baik ke?"
"kawan tak berapa baik dengan kau tapi dengan Haikal baik kan sayang kan." Ujar Rayyan lalu meneluk lengan Haikal. Haikal gelak.
"Ouh sorry weh. Aku berpunya. And i'm not homo like you." Jelas Haikal lalu dia gelak.
"Whatever. aku balik kelas dulu. Kau jagalah mamat 'kekwat.' Tu." Ujar Aishah lalu beredar ke kelas.
"Di tu tak habis-habis panggil aku kekwat. Apa makna kekwat tu?" Soal Rayyan
"Gabungan perkataan 'kerek' dan 'meluat' digabungkan menjadi satu perkataan jadilah Kekwat. Obses dengan 'Tuan Anas Mikail'." Jelas haikal
"Perempuan." Ujar mereka serentak lalu ketawa.
▶▶▶▶▶▶▶▶▶▶▶
wait for the next chappie. Thanks to siapa yg stia mmbc.
Macehh heeee.
Gomawo.. kikiki
YOU ARE READING
Kisah Kita
RomanceAishah Laili, seorang gadis yang sempoi,ramah dan baik disenangi oleh para guru dan kawan sebaya. Ramai secret admirer ni. sampaikan abang senior pun boleh terlanggar dinding sekolah yang baru sahaja senior lain membuat lukisan mural. Geli hati. Nam...