Kesokkan harinya, El tidak lagi menuntut di Usm. Elenna bekerja di syarikat daddy nya. Kebetulan pula, daddy Elenna dan papa Ezzat berkawan. Jadi, Ezzat boleh la tahu serba sedikit tentang Elenna
5 tahun kemudian...
5 tahun Ezzat couple dengan Nana, 5 tahun Ezzat tidak bersemuka dengan Elenna dan 5 tahun juga lah Elenna bekerja di Syarikat daddy nya, Dato' Irham. Ezzat pun bekerja di Syarikat papa nya juga setelah habis belajar. Mereka sudah berusia 26 tahun
Papa Ezzat iaitu Dato' Razak memberitahu bahawa Elenna akan berkahwin pada hari Khamis ini. Tinggal 2 hari saja lagi. Ezzat pada mulanya tidak mahu pergi. Tapi nak buat macam mana, papa dah paksa. And TERPAKSA juga lah bawa si minah Nana tu.
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
Ezzat dan Nana sudah tiba di rumah Elenna. Kelihatan keadaan macam kelam kabut je.
"Uncle, kenapa ni?" tanya Ezzat sambil bersalaman dengan daddy Elenna, Dato' Irham
"Mak pengantin lelaki cakap, pengantin lelaki lari" jawab Dato' Irham
"Uish. Lari? Habis tu sekarang macam mana?" tanya Ezzat. Nak gelak pun ada. Tak pernah pernah pengantin lelaki lari. Selalunya perempuan je.
"Tu lah, uncle tak tahu nak buat apa. Kiranya batal je la" kata Dato Irham
"Batal? Hmm. Kalau saya masuk meminang El boleh?" kata Ezzat dalam nada berbisik dan terus tersenyum menampakkan giginya
"Kamu biar betul Zat? Dah bincang dengan family?" terbeliak biji mata orang tua itu
"Alah, betul la uncle. Lagi pun Zat kan pernah bercinta dengan El dulu" kata Ezzat
"Hmm. Apa apa pun bincang dengan family kamu dulu. Uncle tahu, kamu memang anak yang baik" kata Dato Irham. Perh! Bapa mertua puji duh! Eh, bakal.
9 Malam
Dato' Irham memanggil Elenna duduk di ruang tamu sebentar.
"Jangan lah sedih anak daddy." kata Dato' Irham
"Tak sedih pun" jawab Elenna. Buat apa nak sedih? Aku pun tak suka dia. Nampak sangat sotong, sebab tu dia lari.
"Ada orang nak masuk meminang El" kata daddy Elenna. Mommy Elenna iaitu Datin Nasirah yang duduk di dapur terdengar perbualan anak beranak tersebut terus dia menuju ke ruang tamu
"Siapa nak masuk meminang El bang?" tanya Datin Nasirah
"Alah. Anak kawan abang. Budak Zat tu la. Yang pernah bercinta dengan El ni dulu" jawab Dato' Irham. Elenna memang terkejut berok la
"Kalau budak tu okay lah. Baik pun baik. Saya terima je" kata Datin Nasirah
"Eh eh! macam dia pulak yang nak kahwin dengan Ezzat tu. Jadi El macam mana? Setuju? Dia kata kalau boleh, lusa dia datang" tanya Dato' Irham
El hanya terdiam seribu bahasa
"Umur El pun makin meningkat. Bila lagi nak kahwin? Jangan jual mahal sangat" ujar Datin Nasirah
"Bukan jual mahal mom. Dia yang cakap tak nak tengok muka El" kata Elenna didalam hati
"Kalau mom dah cakap macam tu, El iya kan je la" kata Elenna. Ni bukan kes kahwin paksa eh.
Please vote and comment. Thank you.
YOU ARE READING
"Sorry, I Love Her"
Romance"Why are you coming now? When I love someone else" *Not related to anyone, 누구와도 연결 없음* Thank you :'D