Ezzat menuju ke rumah rakan rakannya. Semua terkejut apabila dapat tahu yang Elenna melarikan diri. Sarah dan Liana sempat lagi marah marah Ezzat sebab sanggup buat El macam ni. Walaupun satu berita baik dan satu berita buruk, namun mereka semua merisaukan kedua duanya. Pada pukul 8:30 malam Ezzat menuju ke rumah ibu dan bapa mertuanya. Ezzat menceritakan segala galanya. Ya, Ezzat sangat kesal dengan dirinya sendiri.
"Ezzat solat maghrib dah ke belum?" tanya Mommy Elenna
"Belum mom. Sebab tu lah Ezzat singgah sini. Alang alang boleh tumpang solat"
"Hm. Pergi solat dulu lepas tu berdoa banyak banyak supaya Allah berikan pertunjuk" kata Mommy dan menggosok belakang Ezzat
"Ok mom. Zat naik atas dulu"
Ezzat naik ke bilik Elenna. Dia merenung setiap gambar yang tergantung kemas di dalam bilik Elenna. Gambar kawan kawan, gambar di Korea, gambar perkahwinan dan macam macam lagi. Terus Ezzat meraup wajahnya sambil beristighfar. Aku naik atas nak solat!
Selesai solat, Ezzat turun ke bawah dan Datin Nasirah mengajaknya untuk makan sekali sebab Dato' Imran dengan Abang Eiz mungkin balik lewat sebab ada urusan kerja di pejabat
"El tu memang manja kan mom?" tanya Ezzat kepada ibu mertuanya dan sedikit gelak
"El manja? Memang selalu sangat. Macam Zat tak kenal perangai si El tu. Mungkin mom terlalu manjakan dia dengan kemewahan. Ye lah, panas sikit tak boleh. Dari kecil lagi mom manjakan dia, semua benda yang dia nak mesti dapat sekarang ni pun kalau tak dapat apa yang dia nak jangan harap nak tengok dia keluar bilik" Datin Nasirah menceritakan tentang diri sebenar anaknya
"Bukan salah mom pun" Ezzat mengukirkan senyuman
"Lepas ni nak cari El kat mana pula?"
"Zat cari kat rumah kawan kawan petang tadi. Diaorang pun baru tahu yang El hilang. Mom tahu tempat yang El selalu pegi kalau nak cari ketenangan?" cey ayat!
"El tu mana sangatlah dia nak pegi. Sebulan sebelum nak akad nikah dengan si budak Ammir tu pun pernah juga El buat hal macam ni. Semua sibuk cari sampai dah buat laporan polis. Tup tup dah sampai rumah baru nampak dia bukan main elok melayan drama korea. Cuba lepas ni Ezzat pergi balik rumah dulu, mana tahu dia dah terlentang dalam bilik"
Semasa Datin Nasirah sedang asyik bercerita, Ezzat tidak habis dengan gelak tawanya. Kiranya tak perlu lah nak risaukan sangat, gerenti ada kat rumah!
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
Ezzat memandu keretanya dengan penuh gembira nak jumpa isteri kat rumah la katakan. Tapi tanpa dia sedar, kereta Myvi milik Elenna baru saja jalan di arah yang bertentangan
"Tu bukan Ezzat ke? Minta minta la dia tak nampak aku!" kata Elenna seoranv diri. Elenna dalam perjalanan ingin menuju ke rumah ibunya
"Assalamualikum! Mom, El lapar" kata Elenna semasa dia memasuki rumah dan terus memeluk ibunya
"Walaikumusalam. Lah! Bertuah punya anak! Tadi baru je suami kami balik. Ni kenapa hah main filem hindustan ni?" tangan Datin Nasirah terus mencubit paha Elenna
"Auch! mana ada main filem hindustan. El dah tak larat nak lari lari. So, malam ni El tidur sini. Oh my bed!"
"Tak boleh tak boleh. El kena balik rumah. Kesian dekat Ezzat cari merata tempat. Mom ingatkan El balik rumah sana, rumah sini pula yang dia balik. Bertuah, bertuah"
"Alaa. Ni kan rumah El apa salahnya?"
"Apa salah? El nak ke jadi isteri yang derhaka?"
"Tapi Abang Eiz tidur dekat sini boleh je"
"Abang Eiz kamu tu tak kahwin lagi. Tunggu masa je tu, lepas kahwin memang mom halau suruh beli rumah sendiri"
"Oh kiranya halau anak anak la ye? Faham faham" ujar Elenna dalam nada yang sedih
"Dah pegi makan. Jangan lupa balik rumah. Kesian Ezzat"
"Hm" jawab Elenna sambil kaki melangkah menuju ke dapur.
YOU ARE READING
"Sorry, I Love Her"
Romance"Why are you coming now? When I love someone else" *Not related to anyone, 누구와도 연결 없음* Thank you :'D