Di dalam kereta Ezzat.
Macam biasa, Elenna pegi Uni dengan Ezzat. Ezzat pun pelik kenapa Elenna senyap je. Selalunya kalau dengar radio dia join nyanyi sekali. Tetiba Dj radio itu bersuara"Hello, sapa ditalian?" tanya Dj radio dengan penuh mesra.
"Hello hai. Saya Adam Aliff." Si pemanggil memberitahu namanya. Terus Elenna menukar ke siaran radio lain.
"Eh! Adam tu. Kenapa you tukar pulak?" tanya Ezzat pelik.
"Tu bukak Adam la" jawab Elenna sedikit marah.
"Adam la tu, kawan kita" kata Ezzat sambil jarinya menukar semula ke siaran tadi.
"Not my friend" kata Elenna di dalam hati sambil merenung ke luar tingkap.
"Hope you boleh terima I semula El" kata si pemanggil.
Nahh! Elenna yang pandang ke luar tingkap terus memandang ke arah radio. Dj radio pula berkata "Reliks la bro. Perempuan, bagi dia cool dulu okay? Kepada yang lain yang ingin meluahkan perasaan sila calling calling kami ......" menyampah betul aku dengan dj ni. Adam pun satu, cakap macam aku dengan dia pernah couple.
"El? El bukan you ke?" tanya Ezzat.
"Belambak lagi la nama El dalam dunia ni" jawab Elenna dengan nada yang marah lagi.
"Kenapa dengan you ni? I whatapps you macam nak tak nak je reply mesej I".
"Banyak tanya betul la. Tak boleh ke drive je?!" Elenna semakin meninggikan suaranya
"I tanya je kan takyah nak naik kan suara! Lebih baik I pegi uni sorang je kalau macam ni!" cakap Ezzat dengan suara bengang.
"K fine. You berhentikan kereta sekarang jugak!" kata Elenna sambil ingin membuka pintu kereta. Tapi, kereta belum diberhentikan.
"Berhenti la! Semak pala otak aku duk dalam kereta ni" Elenna tidak lagi menggunakan 'You,I'. Ezzat terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Elenna.
"Takyah la buat hal El. I bukannya kejam sangat nak suruh you pegi Uni jalan kaki" kata Ezzat. Elenna cuma mendiamkan diri.
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
Setibanya di Uni, Elenna turun dari kereta dan terus mendaki tangga, Ezzat tidak dihiraukannya. Ezzat hanya mengeluh. Dia pun tak tahu apa yang dia dah buat sampai jadi macam ni. Mungkin tersalah cakap? Banyak persoalan yang bermain di kepala Ezzat. Apabila Ezzat menuju ke tempat mereka selalu berehat sementara menunggu waktu class, kelihatan Elenna tidak ada. Yang ada hanya enam manusia. Ezzat terus menarik kerusinya untuk duduk, manakala yang lain rancak bersembang. Selepas 15 minit baru Elenna sampai. Semua orang merasa pelik bila Elenna tidak duduk di sebelah Ezzat seperti selalu. Mereka pun malas la nak tanya dan Elenna banyak mendiamkan diri. Sampai Adam orang paling legend buat lawak pun, Elenna still tak gelak langsung. Senyum pun tak.
Jam 6:10 Waktu balik
Mereka berlapan menuju ke tempat pakir kereta.
"Alya nak tumpang kereta kau. Tak pe kan?" tanya Elenna.
"Erkk.. Ezzat macam mana?" tanya Alya. Semua orang tengok Elenna.
"Eleh! Tahu la kereta baru pun kan. Tak nak bagi aku tumpang." Kata Elenna sedikit marah. Nak marah je aku hari ni.
"Kau boleh je tumpang kereta aku. Tu pun kalau Sofia don't mind la" kata Adam.
"HA HA ! sokay" gelak buat je tu. Kalau budak kecik dengar pun diorang tahu yang aku buat buat gelak.
"Alaa sapa nak temankan I balik ni" kata Ezzat dengan nada yang manja
Tetiba Liana menyampuk "wei, pukul 6:30 dah ni. Sampai esok tak habis kalau macam ni. Nak balik rumah je pun".
"Pukul 6:30 dah? Haa okay jom Alya." Kata Elenna sambil membuka pintu kereta Alya.
YOU ARE READING
"Sorry, I Love Her"
Romance"Why are you coming now? When I love someone else" *Not related to anyone, 누구와도 연결 없음* Thank you :'D