Setelah selesai projek di Dubai, Ezzat pulang ke rumah pada pukul 10 malam. Ezzat masuk ke dalam rumah dengan muka yang marah. Elenna pun pelik jugak. Mungkin sebab kerja la kot. Elenna menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Ezzat, tetapi huluran tangannya tidak disambut oleh Ezzat. Tahu la stress tentang kerja pun. Jangan buat macam ni kat aku. Ezzat naik keatas dan terus menuju ke bilik air untuk bersihkan badan. Elenna yang menunggu Ezzat keluar dari bilik air terasa amat mengantuk terus Elenna merebahkan badannya diatas katil. 10 mini kemudian, Elenna merasakan ada seseorang naik ke atas katil. Elenna membuka matanya dan ingin memeluk Ezzat, suaminya yang telah lama dirindui. Tiba tiba badan Elenna ditolak oleh Ezzat
"Jangan lah peluk aku!" jerit Ezzat kepada Elenna
Elenna terkejut. Tak pernah Ezzat meninggikan suara dan memarahinya. Air mata terus menitis di pipi gebu Elenna.
"Kau pegi sana! Jangan menangis kat sini!"
"Ke..kenapa Zat buat El macam ni?" tanya Elenna sambil menangis teresak esak
"Kau yang mulakan dulu semua ni!" Ezzat mengeluarkan nada marahnya lalu menyelimutkan tubuhnya dan terus tidur
Elenna bangun dari katil dan keluar dari bilik. Malam ini dia terpaksa tidur di bilik yang berasingan lagi. Ezzat tak rindu aku ke? Apa yang aku dah buat? soalan yang bermain di fikiran Elenna pada malam itu. Elenna menangis teresak esak dan terus tertidur
Pada esoknya Ezzat cuti kerana dia telah berjaya meluluskan projek di Dubai. Pada awal pagi selalunya Elenna akan menyediakan sarapan, tetapi tidak pada hari ini. Ezzat terus mencapai kunci kereta Mini Coppernya dan Ezzat terkejut apabila kereta Myvi milik Elenna tiada lagi di garaj. Benda benda yang negatif sudah berlegar legar di fikiran Ezzat
"Mesti dia pegi jumpa jantan tu. Selama ni aku sayang kau, aku jaga kau, jantan tu juga yang kau cari" marah Ezzat pada pagi itu.
*flashback*
Pada hari kedua Ezzat berada di Dubai, Nana ada menghantar mesej kepadanya.
"Ezzat, you bercuti di hotel yang sama dengan I ke?" - Nana
Pada mulanya Ezzat malas nak layan. Tetapi Nana makin menghantar banyak mesej
"I mean hotel dekat Kl. Sebab I baru je nampak Elenna" - Nana
"No. I kat Dubai. Elenna?" - Ezzat
"Yes, Elenna. I tak tahu tu Elenna ke tak. Tapi I adalah snap gambar tadi" - Nana
Nana terus menghantar gambar Elenna dan Farid yang ingin masuk ke dalam bilik hotel
"Tu Elenna you kan?" Nana
"Aah. Laki tu siapa?" Ezzat
"I tak pasti. Omg! Takkan El sanggup buat macam ni dekat you. Mentang mentang you ada dekat Dubai dia ambil peluang pula"- Nana
Ezzat cuba untuk berfikiran positif, tetapi Nana menghantar makin banyak mesej dan menyebabkan Ezzat mula mengiyakan kata kata Nana
*End flashback*
Ezzat bercadang untuk makan di kedai dan berhasrat untuk pulang ke rumah Dato' Razak iaitu bapa kandungnya.
"Datang sorang je ke Zat?" tanya Datin Marissa, Mama Ezzat
"Aah. Menantu kesayangan mama tu dah pandai keluar tak nak bagitahu" jawab Ezzat dengan selamba
"Pergi mana la Elenna tu" kata Datin Marissa agak cemas
"Malas dah la Zat nak ambil tahu. Masa Zat kat Dubai pun dia buat hal sendiri" jawab Ezzat dengan selamba badaknya lagi
"Ezzat! Kenapa dengan Ezzat ni?! Dulu bukan main nak jaga anak dara orang. Sekarang El buat hal sikit je nak biarkan macam tu je. Zat tahu tak yang El dah mengandung 12 hari?" Datin Marissa amat marah dengan apa yang dikatakan oleh anaknya itu.
"Entah entah tu bukan anak Ezzat. Anak jantan lain"
"Muhammad Ezzat Bin Dato' Razak! Cuba bawa mengucap!" Datin Marissa lagi meninggikan suaranya. Ezzat ni dah lama tak disekolahkan
"Hari tu masa Ezzat dekat Dubai, El ada keluar dengan jantan tu. Siap masuk hotel bagai"
"Astagfirullahalazim. El tak cerita ke semua tu kat Ezzat?" tanya Datin Marissa
"Kalau dia dah buat salah, mana nak cerita kat orang dah"
"Elenna kena ragut, nasib ada orang selamatkan. Orang tu pun satu, tolong bukannya ikhlas. Dia pun ada komplot dengan peragut tu. Sekali orang tu letak pill khayal dalam minuman El, El pun macam tak sedarkan diri dan ikutkan aje cakap orang tu. Sebab tulah boleh masuk dalam hotel. Tu pun nasib pak guard ikut dari belakang sebab rasa tak sedap hati. Terus pergi hospital, doktor cakap El dah okay dan sekarang kandungan dia dah 12 hari" kata Datin Marissa panjang lebar. Tidak mahu anaknya salah anggap kepada isterinya sendiri
"Kenapa El tak bagitahu Zat, mama?" tanya Ezzat kerana merasakan dirinya amat bersalah
"Dia tak nak kamu risau. Dia tahu kamu tu banyak sangat kerja. Hal ni pun dia suruh mama rahsiakan, tapi kalau mama tak ceritakan mesti lagi melambung kamu tuduh El"
Ezzat terus bangun dari kerusi dan bergegas salam mama nya. Datin Marissa hanya menggelengkan kepala dan berdoa agar Ezzat dapat menemui isterinya,Elenna
YOU ARE READING
"Sorry, I Love Her"
Romance"Why are you coming now? When I love someone else" *Not related to anyone, 누구와도 연결 없음* Thank you :'D