Bab 29 - Manjakan!

242 13 2
                                    

"Waalaikumussalam! bik, tolong bukakan pintu. Eiz balik dah tu" Datin Nasirah menjawab salam dah menyuruh maid tolong bukakan pintu

"Anak Mommy! Balik pun Malaysia" kata Mommy Elenna.

Elenna mempunyai seorang abang yang bernama Eizlan. Alah beza umur El dengan Eiz 6 tahun je. Abang El ni dari dulu sampai sekarang tak habis habis belajar. Sampaikan El dah bekerja pun, Eiz tetap nak teruskan pengajiannya. Eiz belajar di University Of Cambridge, England. Memang pandai betul.

"Mana si El? Tidur lagi lah tu" kata Eiz menyakat adiknya

"Adik kamu tidur lah. Tapi adik ipar kamu ada kat sini" kata Mommy Elenna

Ezzat dan Eiz terus berjabat tangan.

"Zat tak jawab lagi soalan papa, kenapa El kunci pintu" tanya Papa Elenna agak tegas

"Kenapa pa?" tanya Eiz

"Adik kamu ni haa. Dia biarkan suami dia tidur dekat luar. Ezzat pun satu, manjakan sangat" jawab Papa Elenna

"Zat sejuk, sebab tu Zat tidur kat luar kejap" kata Ezzat sambil tersengih kearah Eiz

"Alah. Tunggu lah El bangun, soal El sekali. Mana adil nak soal Ezzat je" Eiz membantu Ezzat meloloskan diri daripada soalan Papa. Thanks Abang Eiz!

"Ye lah. Eiz pergi masuk bilik rehat. Solat dulu. Nanti pukul 9 turun makan" kata Mommy Elenna

"Okay mom"

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Pukul 9..

El dah pun bangun dan mandi. El keluar untuk sarapan pagi. Tetiba dia ternampak kelibat abangnya

"Abang Eiz!" terjerit satu rumah dibuatnya. Mana taknya, Eiz la satu satunya abang yang El ada. Tetiba Papa memanggil nama El. Spoil mood betul

"Kenapa El biarkan Ezzat tidur dekat sofa semalam?" tanya Papa Elenna. Elenna hanya terdiam tidak menjawab

"Jawab la Papa tanya!" kata Papa Elenna tegas

Ezzat yang baru keluar dari dapur dan namanya dipanggil oleh Papa Elenna. Mampus dah aku kali ni.

"Kenapa Elenna tak jawab soalan Papa?" soalan ditujukan kepada Ezzat

"El.... tak tahu yang Zat keluar dari bilik" jawab Ezzat sedikit gagap

"Tak de nya El tak tahu. Pastu sapa pulak yang kunci pintu."

"Semuanya kau nak mengadu kat Papa!" kata Elenna kepada Ezzat. Papa Elenna terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Elenna

"Adik, jangan lah tinggikan suara tu. Tak baik lah" kata Abang Eiz. Baguslah semua nak bela Ezzat. Aku ni sapa je yang nak bela?

"Baru 5 hari kahwin El dah buat hal!" ujar Papa Elenna

"Tak pe Papa, Ezzat tak kesah" kata Ezzat

"Kamu jangan cakap tak kesah Zat. Jangan ikutkan sangat kepala si El ni. Manjakan sangat. Papa dah pesan dah jangan manjakan El ni" kata Papa Elenna

"Bagus lah semua bela Ezzat. El ni sapa je nak bela? Abang kalau balik Malaysia, setakat nak bela adik ipar kesayangan abang ni tak payah la. Pegi je belajar kat Cambridge tu!" kata Elenna sedikit meninggikan suaranya

"Abang bukannya nak sebelahkan sapa sapa. Abang just tegur El" ujar Abang Eiz

"Pa, orang kahwin tak sampai berapa jam dah boleh bercerai. Ni kan pula yang dah kahwin 5 hari" kata El kepada Papanya

"Elenna!" Papa Elenna terkejut dengan apa yang dikatakan oleh anaknya itu.

"Dah la. Jom makan" kata Mommy Elenna

"Tak nak lah! Tak ada selera tengok orang luar makan sekali!" Elenna menujukan ayat itu kepada Ezzat

"El.. jom lah makan, nanti sakit perut la" kata Ezzat lembut

"Tulah. Papa dah kata, jangan manjakan sangat. Dah pijak kepala sekarang. Tak hormat suami!" kata Papa Elenna dalam nada marah

"Aku tak nak lah makan satu meja dengan kau! Kau mengadu lah puas puas dekat Mom dengan Papa!" jerit Elenna dan terus masuk ke dalam bilik. Pintu bilik dihempas kuat.

"Biarlah dia. Nanti Eiz pujukkan" Abang Eiz menenagkan keadaan

"Sorry, I Love Her"Where stories live. Discover now