Selepas dah melawat tempat yang romantik seperti yang dirancang oleh Ezzat dan Abang Eiz, maka habislah 'honeymoon' Ezzat dan Elenna di Osaka, Japan
"Sayang, panggil Zat abang boleh?" tanya Ezzat semasa mereka berada di dalam pesawat untuk pulang ke negara yang dicintai. Choii
"Brother boleh?" tanya Elenna
"Brother? Tak boleh!" jawab Ezzat lalu memusingkan mukanya ke arah lain. Acah acah merajuk
"Sama je maksud. Macam la orang nak pujuk dia" kata Elenna sambil melagakan bahunya dengan bahu Ezzat
"Zat, El lapar" Elenna mengeluarkan nada yang manja
Ezzat hanya mendiamkan diri.
"Muhammad Ezzat Bin. Dato' Razak" Elenna memanggil nama penuh Ezzat
Okay, ni memang merajuk betul!
"My husband?"
"My prince? Baby boo?"
"Haduh. Ni mesti nak suruh aku panggil dia abang" bisik Elenna di dalam hatinya
"A...."
Ezzat memusingkan mukanya ke arah Elenna
"Sebutlah sampai habis!" kata Ezzat di dalam hati. Rasa nak menjerit je!
"A...El lapar ayam" Elenna cakap laju laju. Okay now aku lah menang. Sebab dia pandang aku.
"Hmph!" Ezzat menarik mukanya setegang tegangnya. Buruk bebenor.
Elenna malas nak pujuk Ezzat. Yang pasti, Elenna Binti Dato' Imran menang! Elenna terus melelapkan matanya. Lagi 3 jam nak sampai airport.
"Sayang aku ni tak nak pujuk dah ke?" kata Ezzat di dalam hati dan memusingkan badannya menghadap Eleena.
"Princess aku tidur. Patut lah senyap je." kata Ezzat lalu menarik selimut yang hampir jatuh ke lantai untuk menyelimutkan Elenna. Marajuk merajuk juga, isteri kena jaga. Ayat tak boleh blah betul.
"Sayang bangun. Nak kapal terbang nak landing dah ni" Ezzat sedikit mengoncang goncang badan isterinya
"Tak nak! Adam jahat!" kata Elenna
"Adam?!" Ezzat terkejut. Kalau nak panggil aku jahat pun, panggil je lah. Yang tetiba nama Adam ni pahal?
"El bangun lah. Macam budak budak" Ezzat mengejut Elenna lagi
"Ezzat, tadi kan...." kata Elenna sambil memegang erat tangan Ezzat
"Tadi apa?"
"Hmm. Nothing" Elenna senyum kepada Ezzat
"Just tell me"
Elenna hanya mendiamkan dirinya
YOU ARE READING
"Sorry, I Love Her"
Romance"Why are you coming now? When I love someone else" *Not related to anyone, 누구와도 연결 없음* Thank you :'D