Kalau siang dah tidur, memag berjaga la malam malam
"Zat, jom keluar" ajak Elenna
"Nak dekat pukul 11 dah ni. Nak keluar ke?"
"Alahh. Jom lah" Elenna menarik tangan Ezzat
"Anak dara tak elok keluar malam malam" Ezzat bukan yang jenis suka keluar lewat malam
"Dah kahwin la!" Ujar Elenna
"Ye lah. Nak keluar pegi mana?" tanya Ezzat
"Makan!"
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
Sedang asyik menikmati makanan, Elenna bersuara
"Tu bukan ke ex girlfrind Zat?" tanya Elenna. Saja je tekan perkataan ex girlfriend tu
"Mana? Tak nak la cakap pasal dia"
Nana menuju ke arah Elenna. Nana ingatkan Elenna dah ada boyfriend baru
"Hai Elenna and...." terus Nana tergamam
"Ezzat?!" Nana sedikit menjerit
"Hey El! Kenapa you keluar dengan Ezzat?!" tanya Nana
"Kau memang tak hormat orang eh? And, fyi Elenna wife aku" jawab Ezzat
"Wife? Oh tak. You dah janji nak kahwin dengan I" kata Nana membuat suara sedih
"Bila aku cakap? Aku tak pernah janji dengan kau apa apa pun" ujar Ezzat
"U ada janji. Masa kita lepak kat hotel sebulan yang lalu" kata Nana. Ni memang tipu
Elenna memandang muka Ezzat, dan terus bangun meninggalkan Ezzat.
"Kau jaga mulut kau Nana. Bila masa aku janji! Kau tengok, kau dah buat apa! Jangan kacau rumah tangga aku! Tak cukup ke kau kacau kami dulu?!" tengking Ezzat
"I akan pastikan rumah tangga U musnah dan El tinggalkan you. Time tu you akan terhegeh hegeh nak cari I" kata Nana
"Aku takkan buat macam tu lah bodoh!" Ezzat pergi meninggalkan Nana
Kelihatan Elenna sedang sandar di kereta Mini Cooper Ezzat. Ezzat terus membuka pintu kereta untuk El. Elenna masuk dan cepat cepat tutup pintu kereta dengan kuat. Kalau boleh, aku nak bagi luruh pintu kereta ni. Biar dia rasakan! Kesah pulak aku Mini Cooper pun!
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
Setibanya di rumah
Elenna terus masuk kedalam bilik, menukar baju dan terus tidur di atas katil. Selepas Ezzat menukar baju, baru je nak tidur tetiba Elenna buka mulut.
"Tak yah la tidur dekat sini. Pegi tidur kat hotel tu" kata Elenna
"El percaya cakap Nana tu? Dia tipu je lah" ujar Ezzat
"Kalau dah cakap macam si Nana tu, budak darjah 1 pun percaya"
"Tak de maknanya. Dia fitnah abang" kata Ezzat
"Tak yah nak abang abang sangat lah. Kalau Ezzat tak nak tidur tempat lain, biar El je yang tukar bilik. Ye lah ni kan rumah El, Zat mana tahu nak tidur mana." kata Elenna lalu mencapai bantal dan selimut
"Jangan la macam ni El." Ezzat memegang tangan Elenna
"Jangan apanya?!" jerit Elenna
"Biar Zat je yang tidur dekat luar" kata Ezzat
"Bagus lah kalau sedar diri yang Zat ni orang luar!" kata Elenna. Perh! Agak pedas.
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
Subuh..
"Ezzat kenapa tidur dekat sofa ni?" tanya Papa Elenna
"Dalam bilik sejuk la pa, sebab tu tidur kat luar ni" jawab Ezzat
"Lah. Off la air cond tu." kata Papa Elenna
"Tak pe lah. Elenna tak suka tidur panas panas" ujar Ezzat.
"Tu la. Manja kan sangat. Kejap Papa panggilkan Elennna. Ezzat pegi solat dulu"
"El..." Papa Elenna memanggil. Apabila tombol pintu dipulas, Papa Elenna dapat tahu yang Elenna kunci pintu.
"Ezzat..." Papa Elenna memanggil Ezzat. Nasib dah habis solat
"Ni kenapa El kunci bilik?"
"Mampus aku nak jawab apa la!" bisik Ezzat di dalam hati.
Tiba tiba terdengar orang memanggil salam. Ezzat pelik, sapa pulak datang rumah pagi pagi buat ni
"Assalamualaikum....!"
![](https://img.wattpad.com/cover/54818060-288-k981393.jpg)
YOU ARE READING
"Sorry, I Love Her"
Romance"Why are you coming now? When I love someone else" *Not related to anyone, 누구와도 연결 없음* Thank you :'D