Elenna dan Ezzat merasa sangat bosan ketika berada di rumah. Mereka buat keputusan untuk pergi ke pasar raya beli belah untuk membeli barang dapur
Sedang Ezzat menolak troli, ada seorang budak perempuan menarik bajunya
"Abang hensem lah" kata budak itu dan lari ke arah maknya sambil menutup muka. Budak budak zaman sekarang
Elenna yang melihat aksi itu terkejut dan terus memandang Ezzat yang sedang tergelak. Elenna mengangkat keningnya dan berjalan laju ke hadapan
"Aip! dengan budak kecik pun jeles ke?" tanya Ezzat. Elenna tidak melayannya
"Hey" Ezzat melanggar bahu Elenna.
"Oh please. Tak de masa nak jeles" kata Elenna dan terus membelek barang ditangannya
"Yelah tu. Abang hensem kan?" Ezzat membuat muka comel
"Tak langsung. Budak tu buta agaknya"
"Ish. Tak baik cakap macam tu. Mak dia dengar nanti" kata Elenna yang masih membelek barang ditangannya
"Meh meh! Mana mak dia?" kata Elenna seperti ingin mencari gaduh
"Sanggup gaduh pasal abang eh?" Ezzat mencuit Elenna
"Eiww! Tak de maknanya!"
Selepas habis membeli, belah la apa lagi. Mereka menuju ke restaurant untuk makan tengah hari. Elenna dan Ezzat yang baru masuk ke dalam restaurant itu terus ternampak kawan lama mereka. Adam dan Sofia
"Haish! Silap pilih kedai makan!" kata Ezzat di dalam hatinya
"Sofia!" Elenna mengejutkan Sofia dan Sofia terus terkejut
"Eh Elenna. Kau kata Ezzat tak bagi kau jumpa aku" kata Sofia seperti membuat buat nada sedih
"What? Aku tak cakap macam tu pun. Maksud aku..."
"Alah! Aku tak ambik hati pun. Jangan risau." kata Sofia
Ezzat terus berjabat tangan dengan Adam. Elenna terus menarik kerusi di depan Sofia. Sudah! Takkan nak makan dengan diaorang?
Hanya Elenna dan Sofia saja yang rancak bersembang. Adam dan Ezzat seperti stranger. Adam tanya sepatah, Ezzat jawab sepatah. Mungkin sebab Elenna ada sebut nama Adam masa kat dalam flight hari tu.
"Korang bila nak kahwin? Adam, kau bila nak masuk meminang kawan aku ni?"
"Slow slow dulu. Don't worry korang tetap dapat kad kahwin" jawab Adam
"Slow kau cakap? Kau ingat kau muda lagi lah? Boyfriend dengan girlfriend sama je, berangan lah tu umur muda lagi" bebel Elenna
"Jap El. Aku rasa kau lain macam lah. Banyak sangat membebel. Kau ada anak dah ke?" tanya Sofia sambil memegang dahi Elenna
"Kau gila ke apa?" kata Elenna menyembunyikan malunya
"Kau ingat tau aku cakap semalam. Aku nak baby made from Japan" kata Sofia lagi.
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
Ezzat sedang leka bermain telefon di atas katil. Pelik jugak, dari balik tadi tak cakap dengan aku
"Zat.."
Ezzat buat tidak tahu
"Ezzat!"
Mula dah merajuk dia.
"Hey baby boo. What's wrong?" Elenna mencalit hidung Ezzat
"Jeles" jawab Ezzat sepatah
"Eleh! Aku lagi jeles. Sebab kau pandang telefon. Tak pandang aku pun" kata Elenna di dalam hati
"Why?" tanya Elenna
"Tadi El sembang dengan Sofia je. Tak hiraukan abang pun" kata Ezzat yang masih bermain dengan telefon
"Adam kan ada. Asal tak sembang?"
"Don't say his name!""Kenapa?" tanya Elenna sambil mengambil telefon yang berada di tangan Ezzat
"Dulu El boleh benci dia. Abang pun boleh benci dia sekarang"
"Waeyo?"
"Tak ada sebab"
"Hah? pelik"
"Tak ada apa yang pelik" Ezzat menutup lampu dan terus menarik selimut untuk tidur
"Bagi balik princess abang" kata Ezzat sambil menghulurkan tangan meminta barangnya semula
"What?" Elenna tidak faham
"Telefon"
"Oh wait! New princess? Nak? nah ambik" kata Elenna dengan perasaan yang marah dan mencampakkan telefon di atas lantai
"Haha. No one cares!" kata Ezzat dan terus tidur. Telefon di atas lantai dibiarkan
"Eleh" kata Elenna. Terus dia mengambil selimut dan bantal untuk tidur di bilik sebelah
"No one cares kan? Nah ambik. Biar berkecai telefon ni" kata Elenna dan menyepak telefon tu jatuh ke tangga. Jangan main main dengan Elenna. Mungkin Ezzat dah tidur dibuai mimpi yang indah dengan princess dia yang sedang menderita
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
Pukul 3 pagi.Ezzat bangun apabila mendapati Elenna tiada disebelahnya. Ezzat mencari cari telefonnya yang dicampakkan oleh isterinya semalam. Cari punya cari sampai sekarang tak jumpa. Ezzat turun bawah nak cari El tetiba dia merasakan dia terpijak sesuatu.
"Sampai sini telefon aku?" Ezzat mendapati skrin telefonnya ada sedikit retak.
Ezzat naik ke atas setelah melihat El tiada di bawah dan di tingkat 3. Ezzat berhenti bila mendengar bunyi orang menangis. Terus dia membuka pintu bilik yang Elenna guna. Kelihatan Elenna sedang menangis sambil memeluk lututnya
"Kenapa ni?" tanya Ezzat sambil mengusap air mata Elenna yang mengalir tidak berhenti
"El mimpi..."
"Mimpi apa?" tanya Ezzat cemas
"El mimpi yang El kena culik dulu" air mata El lagi banyak mengalir
"Come here" kata Ezzat dan memeluk Elenna
"Dah lama kan benda tu" kata Ezzat lagi
"Dah dah. Tidur."
"Tidurlah sini. El tak larat nak pegi bilik sebelah" kata Elenna
"Yelah" Ezzat memeluk Elenna yang masih menangis sendu sendu sambil menepuk nepuk belakang Elenna supaya tidur.
Please vote and comment :D
YOU ARE READING
"Sorry, I Love Her"
Romance"Why are you coming now? When I love someone else" *Not related to anyone, 누구와도 연결 없음* Thank you :'D