"Encik.." salah seorang pekerja disitu mengejut Ezzat apabila mereka sudah menjumpai Elenna. Ezzat dan rakan rakannya tidur di kerusi lobi
"Encik, kawan encik kami sudah jumpa" kata wanita itu memberitahu berita yang paling baik kepada Ezzat dan rakan rakannya yang lain.
"Kat mana?" kata Ezzat sambil membetulkan rambutnya.
"Dalam bilik store. Mari saya tunjukkan" kata wanita itu lagi dan berlalu. Ezzat dan rakan rakannya yang lain mengikut jejak wanita itu.
"Em maaf. Tapi dia tak pakai tudung la. Encik nak terus tengok or..." kata wanita itu sekerat.
"Tak pe, biar kami masuk dulu" kata Sarah dan Alya. Kayla,Sofia dan Liana menganguk dan mereka masuk ke dalam bilik stor tersebut. Baru sahaja melangkang masuk, Sarah menjerit nama Elenna apabila melihat kawannya yang pengsan dan ada kesan kesan lebam di mukanya. Ezzat ingin melangkah masuk tetapi dihalang oleh Liana.
"No Ezzat" kata Liana. Bukan apa, sebab diaorang tak pakaikan Elenna tudung lagi.
"Okay Ezzat, you can" kata Sarah sambil menangis nangis.
Ezzat melangkah dengan matanya yang berkaca. Dia meletakkan kepala Elenna di atas pahanya dan mengusap muka Elenna yang ada kesan kesan lebam.
"Rileks bro" kata Adam sambil menepuk bahu Ezzat.
"Someone call ambulans!" kata Ezzat sedikit menjerit
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
Di hospital
"Cik Elenna masih tidak sedar kerana pihak polis mendapati penjenayah itu memaksa Cik Elenna untuk makan sejenis ubat. Anda semua boleh melawat Cik Elenna. Tapi kalau dia sedar just panggil nurse" kata doktor yang agak separuh abad itu.
Semua menuju ke bilik Elenna. Mereka meninggalkan Ezzat sebentar didalam bilik rawatan itu.
"El, bangun. Sapa buat semua ni dekat you? Apa yang dah jadi? Kalau you bangun, you promise akan ceritakan semuanya dekat I okay. You kuat El. I tahu you kuat. Bangun lah El." kata Ezzat sambil menahan sebak
Tetiba Elenna menggerakkan tangannya sedikit. Tapi mata masih tidak terbuka.
"Ez..Ezzat" kata Elenna dalam keadaan matanya tertutup.
"El you dah sedar. Nurse nurse!" Ezzat keluar sebentar untuk memanggil nurse dan Ezzat diminta supaya keluar sebentar.
Semua masuk semula apabila doktor memberikan kebenaran untuk masuk. Katanya, Elenna akan boleh keluar dalam sehari, dua lagi.
"Ezzat, ada orang kacau I. Mana you? I panggil you time tu. Kenapa you tak selamtkan I?" tanya Elenna bermacam macam soalan kepada Ezzat sambil menggalirkan air mata.
"Sorry El. I bukannya tak nak selamatkan you. Tapi I tak dengar langsung you jerit waktu tu" kata Ezzat kepada Elenna. Jangan nangis Zat.
"You tipu! You dengar! I tahu you dengar!" kata Elenna sedikit menjerit dan air mata makin mengalir laju.
"El jangan macam ni, kau belum sihat sepenuhnya." kata Sofia.
"Sofia, aku tak nak tengok muka Ezzat! Suruh dia keluar please" kata Elenna sambil menangis.
"Bukannya I tak selamatkan you. I memang tak dengar langsung you menjerit El. Percayalah." kata Ezzat sambil ingin memegang tangan Elenna.
"Keluar aku cakap!" jerit Elenna kepada Ezzat.
"Please Zat" kata Liana kepada Ezzat.
Semua orang tahu itu bukan salah Ezzat. Adam mengikut Ezzat beredar dari bilik rawatan Elenna
YOU ARE READING
"Sorry, I Love Her"
Romance"Why are you coming now? When I love someone else" *Not related to anyone, 누구와도 연결 없음* Thank you :'D