1: Izz Ardan

2K 70 5
                                    


"Hai Boss. Benda yang bos suruh saya hantar semalam tu, bos letak kat mana?" Lelaki yang berbaju ungu dengan vest kelabu bertulis 'Luth' dibahagian atas dada kiri, bersuara sebaik sahaja melihat susuk tubuh seorang lelaki berkemeja lengan panjang berwarna deep purple dengan tali leher tirus hitam mendekati kaunter.

"Tak apalah Luth. Aku dah hantar." pemuda berkaca mata yang dipanggil bos itu menjawab seraya bersandar di kaunter.

Ardan menebarkan pandangan ke sekitar kedai yang menjual beraneka jenis cenderamata. Terdapat seorang pelanggan perempuan yang tengah meninjau-ninjau rak yang tersusun beraneka bentuk mug dengan variasi warna ungu. Dia toleh kanan. Kini pandangannya menembusi pintu kaca yang memisahkan Purple Dovana dari Purple Tortas. Terdapat sebuah jambatan kecil atau jambatan mini yang menghubungkan Purple Dovana dengan Purple Tortas.

Purple Dovana. 'Dovana' itu maksudnya 'gift'. Bahasa Lithuanian. Dia pergi Google Translate dan cari perkataan 'gift' dalam macam-macam bahasa dan dia jumpa 'dovana'. Cantik. Jadinya, bahagian kedai hadiah dia namakan, Purple Dovana.

Sama jugak dengan 'tortas'. Bahasa Lithuanian untuk 'cake'. Dah alang-alang tukar 'gift' ke 'dovana', jadi dia pun buat benda yang sama untuk 'cake'. 'Cake' tukar ke 'tortas'. Jadilah Purple Tortas.

Ardan tersenyum.

Something Purple. Kedai kek dan kedai menjual hadiah atau cenderamata miliknya itu pada mulanya tidaklah popular mana namun sekarang namanya semakin meningkat naik dan kerana itulah Something Purple terus kekal sehingga kini. Tambahan pula, kebanyakan kek yang dijual hanya didapati dikedai itu sahaja tidak dikedai lain. Ardan mendapatkan cenderamata yang unik dan rekaannya edisi terhad yang diambil dari seluruh pelosok dunia dan ditempatkan di Dovana dan ada juga sebahagiannya yang Ardan reka sendiri. Kesemua kek yang dijual berwarna ungu cuma perasa dan reka bentuknya sahaja yang berbeza. Mungkin itu kelebihan Something Purple.

"Bos, tadi pagi Iman datang. Dia cari bos." ujar Luth lagi.

Ardan berpaling memandang pekerjanya yang merupakan pekerja yang paling lama berkhidmat dengannya. "Iman?"

"Haa. Dia suruh bos pergi jumpa dia."

Ardan angguk. Memang pun sekarang dia nak keluar jumpa Iman. Entah apalah masalah lelaki seorang itu siap sanggup datang sini cari dia. Mesej pun dah berkali-kali. Dia bangun pagi tadi pun Iman dah tak ada kat rumah. Sibukkan apa entah si Iman aka buaya darat itu. Mustahil awal pagi lagi sudah keluar bercinta?

"Aku keluar kejap." sempat Ardan tersenyum pada perempuan yang tadinya leka memilih mug yang sudah melangkah mendekati kaunter sebelum dia mula mengorak langkah keluar.

Pejabat Iman terletak selang dua blok dari bangunan kedainya. Ardan memandang ke arah Range Rover Evoque hitam yang elok terparkir di hadapan Something Purple. Cuma ada kereta Ardan sahaja yang parkir di hadapan kedai selain daripada motosikal berkuasa besar milik Zayn dan skuter si Luth. Ardan tengah berkira samada hendak ke pejabat Iman dengan menaiki kereta ataupun lupakan kereta, dan berjalan kaki.

Tak apalah. Exercise sikit. Jalan kaki sajalah, bukannya jauh sangat pun.

Elok dia melangkah melepasi blok bangunan kedai muzik, dia terdengar satu tangisan. Langkah kaki diperlahan sambil telinga dan matanya fokus dalam percubaan mencari dari mana datangnya tangisan yang berselang-seli dengan suara orang bercakap seperti sedang memujuk.

Siapa pula yang buat orang menangis pada hari yang sungguh indah ni?

Langkahnya terhenti bila melihat seorang gadis yang duduk mencangkung di hadapan bangunan di seberang jalan. Ada seorang lagi gadis berambut panjang yang tengah memujuk gadis yang sedang menangis itu. Tapi gadis berambut pendek yang sedang menangis itu macam langsung tak nak berhenti menangis, malah makin kuat pula tangisannya.

Ardan yang leka memandang gelagat dua gadis itu tidak sedar yang dirinya sudahpun bersandar di tiang lampu dengan tangan disilangkan ke dada. Mata masih memandang drama yang tersaji di depan mata. Selalu tengok drama dalam televisyen saja, kali ini drama yang nyata, tanpa sebarang skrin memisahkan dia dan drama. Malah kalau dia nak berlakon sama dalam drama itu pun boleh, kerana dia boleh berinteraksi dengan dua watak dalam drama ini. Entah kenapa dia tertarik untuk terus memerhati. Suara tangisan tadi baginya cukup menyentuh jiwa lelakinya. Dan dia tersentak saat gadis yang menangis itu mengangkat muka.

Ardan menekan dada kirinya yang terasa sakit tiba-tiba. Kenapa? Kerana melihat air mata gadis itu? Tidak sanggup memandang air muka sedih gadis tersebut? Atau tidak tegar mendengar suara gadis itu yang sayup-sayup kedengaran merintih sayu? Kenapa dia yang harus merasa sakit?

Gadis itu bukan sesiapapun. Bukan adiknya. Bukan kakaknya. Bukan keluarganya. Kawan? Kenal pun tidak macam mana nak berkawan. Ya, dia langsung tidak kenal, malah rasanya dia tidak pernah terserempak dengan gadis itu di mana-mana sebelum ini. Tapi kenapa dia rasa...sakit?


Something PurpleWhere stories live. Discover now