12: From Mr.Fariq

499 40 1
                                    

" Aufy..."

" Ughhhhh." Aufy terus menyembamkan muka ke kaunter bila untuk kesekian kalinya Luth menyerahkan ros merah padanya.

" Yang ke 20.." Luth letak sekuntum ros merah atas kaunter, sebelah Aufy. " Anak orang kaya mana yang jatuh cinta dengan kau ni, Aufy?"

" Boleh tolong buang tak semua bunga ni?" Aufy merengus. Kat basement tu dah penuh kut dengan bunga-bunga yang siapa lagi kalau bukan si gila Faiq tu hantar. Dia tak pernah terfikir yang Faiq akan menganggunya dengan cara ini.

" Haa tu yang ke 21..pergi ambik sendiri, Aufy." Luth bersuara dah malas dah nak berurusan dengan budak penghantar bunga.

Aufy melangkah pantas keluar dari Purple Dovana. Belum sempat lagi budak lelaki penghantar bunga itu menghulurnya sekuntum bunga tersebut, dia dah rampas dari tangan.

" Boleh tolong hentikan penghantaran bunga ni?"

" Tak boleh sebab dah.."

" Okay, kalau tak boleh, tolong hantar sekaligus, boleh? Jangan datang tiap jam or tiap minit.. boleh?"

" Tak boleh jugak sebab.."

" Apasal semua tak boleh ni??"

" Sebab bos cakap jangan hantar sekaligus. Kalau saya tak buat ikut arahan, nanti dia pecat saya pulak. Saya yang susah nanti, cik."

" Tapi sekarang ni semua benda ni susahkan saya, awak tahu tak? Awak asyik datang hantar bunga je, saya nak kerja pun tak senang. Bos saya pun reti marah jugak, ingat bos awak sorang je? Ingat awak sorang je yang takut kena pecat?" Okay, tu tambahan. Ardan tak marah dia pun cuma Ardan bagi dia muka curious. Dan dia tak suka that curious look sebab dia tak tahu nak jawab macam mana.

" Saya cuma buat kerja saya, cik. Janganlah marah."

" Tolong hentikan semua ni."

" Eh tak boleh, cik. Ada lagi 129.."

" 129?? Mana? Bawak semua ke sini, bagi sekarang jugak. Jangan datang lagi lepas ni." Tegas Aufy.

" Dora!"

Aufy dan budak penghantar bunga itu mendongak hampir serentak. Ardan berdiri di balkoni pejabatnya dengan muka serius.

" Bunga lagi??"

" Err sorry bos." Aufy menarik lengan budak delivery dan membawanya jauh dari kedai. Tapi belum sempat dia bersuara, telefon bimbitnya berdering. Tepat pada masanya! " Faiq apa ni????!!" lengan delivery boy dilepaskan dan dia terus menjawab panggilan.

" Your own option. Baru sehari takkan dah mengalah kut?"

" Faiq, come on. Stop it!" Aufy ingat Faiq dah lupa pasal tu sebab semalam aman je dia bekerja. Rupa-rupanya baru hari ini Faiq mulakan operasi. " Bankrupt business kau kalau macam ni! Tak takut bankrupt ke?"

" Tak. Let's make a deal."

" No."

" Okay then."

Klik. Aufy mengetap bibir geram. " Okay, macam ni. Lepas ni awak datang hantar bunga, awak letak kat kereta Kelisa tu. Kereta Kelisa tau, jangan salah pulak pergi letak kat Range Rover karang tercalar pulak kereta orang. Dan tak payah sibuk nak masuk dalam kedai cari saya. Okay? Dah. Pergi sana."

Dan budak bunga itu betul-betul mengikut arahannya. 129 kuntum bunga memenuhi setiap sudut dan sekeliling Kelisa Aufy. Aufy hanya membiarkan. Nak bawak masuk dalam pun letih. Nantilah dia pergi longgok dan buang semua.

Something PurpleWhere stories live. Discover now