15: May

523 39 2
                                    

" Great!" Aufy tertawa rendah sebelum mengusap-ngusap kesan calar di tubuh Kelisanya. Panjang gila! Ni mesti ada orang tak puas hati la ni. Tau la Kelisa aku stylo! Kut ye pun jealous, takyah la main scratch-scratch macam ni. Kesian kereta yang tak bersalah ni. " So childish."

Aufy merengus. Dia melihat sekeliling kedai. Tidak ada orang lain selain dari dirinya yang berada di halaman Something Purple. Range Rover Ardan tidak ada disebelah Kelisanya. Bos lepas jogging petang tadi terus balik. Senang kan jadi bos? Boleh datang dan pergi sesuka hati. Skuter Luth pun tak ada. Tinggal big bike Zayn je lagi. Yang lain semua dah balik.

Hmhh. Apalah nasib kau kereta? Hari tu orang ugut nak simbah cat kat kau. Sekarang orang calar-calarkan badan kau pulak. Aku pun tak tahu apa salah kau kat diaorang. Kesian kau....

" Tak balik lagi?"

Aufy senyum pada Zayn yang baru sahaja menapak keluar dari Purple Tortas. Sudah tidak ada lagi apron ungu tersangkut pada tubuh lelaki itu. Cuma tinggal kemeja putih dan seluar kelabu sahaja. Di tangan kiri ada helmet. Tangan kanan pula memegang segugus kunci. Kunci kedai la tu. Yang pegang kunci memang ada dua orang je, bos besar dan bos kecik aka Zayn ni.

" Kenapa?" Zayn dah berdiri dihadapan Aufy yang nampak tidak ceria.

" Someone buat art kat kereta orang." Aufy dah duduk mencangkung menghadap kesan calar di keretanya.

Zayn turut mencangkung sama. " Uii siapa yang buat ni?" kesan calar itu disentuh dan ditilik. Panjang jugak. Kalau kena kat kereta dia, mau dia mengamuk. Ini memang ada orang yang tak puas hati ni. Nampak sangat calar ni dibuat-buat. Siap ada corak-corak pulak tu dihujungnya.

" Abang Zayn rasa siapa?" Aufy jungkit sebelah kening sambil memandang lelaki disebelahnya. Dalam kepalanya sudah ada suspek utama. Cuma dia belum pasti lagi. Lagipun petang tadi kan dia tak ada kat kedai, pergi teman bos joging, jadi memang besarlah peluang 'orang' tu nak buat seni kat kereta dia ni. Nasib baik la kat depan ni tak ada pasang CCTV, kalau tak memang tak lepas la orang yang buat dajal kereta dia ni.

" Abang rasa abang tahu siapa yang buat." siapa lagi yang tak sukakan Aufy selain dari May? Beberapa hari lepas, makanan Aufy dibuang ke dalam tong sampah dengan sengaja dengan alasan; ' Ingatkan Aufy dah makan.' padahal Luth dah banyak kali cakap makanan tu untuk Aufy. Dan hari ini, kereta Aufy pulak yang jadi mangsa. Kesian budak ni.

" Lepas ni apa pulak lah dia buat.."

Zayn tersenyum pahit. " Sabar la Aufy. Abang dah suruh Aufy bagitau kat bos, tapi Aufy tak nak kan?"

" Kalau bos tahu nanti jadi macam-macam hal lagi. Malas la.." bukan tak sakit hati, sakit sangat. Kalau ikutkan hati ni dah lama dah dia pergi lapor kat bos yang konon-kononnya sayangkan dia lebih tu. Tapi bila teringat balik perbualan May dalam telefon yang dia terdengar tempoh hari....

' Saya janji saya bayar hujung bulan ni, bang. Saya bayar semua sekali dengan yang dah tertunggak tiga bulan tu. Saya janji saya bayar.'

Bila dengar semua tu, Aufy terus jatuh simpati. Sebab tu la dia malas nak besarkan cerita sebab risau May bakal hilang pekerjaan. May bukan macam dia yang boleh lagi hidup kalau tak ada kerja. May sangat perlukan pekerjaan.

" Haaa tengok? Aufy ni degil, tau? Kalau bos tahu May buat Aufy macam ni, dia takkan biar je Fy."

Zayn pun pelik bila Aufy bertegas tidak mahu memberitahu Ardan pasal hal ni. May kalau Ardan ada kat kedai, memang dia tak berani nak buat hal dengan Aufy. Tapi bila Ardan keluar, macam-macam yang dibuatnya. Nak je dia pergi bagitau Ardan tapi dia dah janji dengan Aufy. Kalau Ardan tahu, lelaki tu mesti marah. Mungkin mengamuk kut. Ardan ni kalau perkara yang melibatkan Aufy, respon dia akan lain sikit. Zayn dah siap perhati dah semua tu.

Something PurpleWhere stories live. Discover now