"Hai Abang Zayn!"
Zayn yang sedang menghias kek cawan, mengangkat muka sejenak bila mendengar suara yang menegurnya itu sebelum kembali dengan kerjanya. "Nak apa?"
"Nice cupcake. Orang tempah eh?" Aufy teruja bila melihat kek cawan yang bercorak monster berwarna purple itu.
"Haah. Cantik?" Zayn menegakkan badannya. Memandang hasil kerja untuk seketika sebelum tersenyum puas hati.
"Cute! Nak satu boleh?"
"Ahh tak ada tak ada. Cukup-cukup je ni."
"Buat la satu lebihhh.."
"Aufy, datang sini nak kacau orang kerja kan? Pergi sana!"
Aufy buat muka. Nak minta satu pun tak boleh. Kedekut. Menyesal puji cupcake ni cute tadi.
"Orang dah dapat jawapan dah."
"Hmm? Let's hear the final answer then?"
"His voice." Dan jawapan Aufy membuatkan Zayn terus memandang ke arahnya. " Kan? Suara dia macam Pasha Ungu!"
Kali ini Zayn tersenyum. " Applause. Congratulations! Finally!"
"Seriously tu ke jawapannya? Dia menyanyi masa third anniversary tu?"
"Yeap! Kalau Aufy nak tahu, on that day, kakak dia, Fateen, kenakan dia. Fateen pergi announced siap guna mic yang Ardan akan menyanyi. Ardan menolak. Dia memang tak nak. Abang memang tahu bos tu pandai menyanyi dan dia memang suka menyanyi, kalau tak percaya boleh tanya Iman yang dah bertahun jadi housemate dia tu. Kalau Aufy nak tahu, bos suka buat konsert kat rumah. Sampai Iman menyampah. Tapi bos bukan jenis yang akan menyanyi kat event ke apa..dia takat nyanyi depan Iman je. Tapi semua orang dah tepuk tangan siap sorak lagi and nak tak nak dia kena juga menyanyi. Fateen dah siap pilih lagu untuk dia. And by the way, Aufy dengar dia nyanyi kat mana?"
"Wedding Hakim."
"Hakim paksa?"
" Haaa. Kira macam bos tebus kesalahan hampir lupa yang Hakim kahwin hari tu. Dia nyanyi lagu apa masa event tu dulu?"
"Tercipta Untukku."
Ohh lagu yang sama. Desis hati kecil Aufy.
"And bila dia mula nyanyi je semua orang terus diam.."
"Eyyy drama."
"Betul! Semua orang fokus tengok dia. And ada orang rakam video dia nyanyi.. And pooffff.. dia jadi famous! Sebab tu abang tak bagi Aufy search kat internet, besar kemungkinannya Aufy akan jumpa video dia nyanyi tu."
Tapi Aufy pernah mencari informasi tentang Something Purple di internet, kenapa dia tak jumpa video yang konon-kononya popular tu? Atau mungkin dulu fokus Aufy hanya untuk mencari informasi tentang Something Purple dan bukanlah pemilik Something Purple.
"So, hari tu bos nyanyi lagu apa?"
" Tercipta Untukku jugak."
"Jatuh cinta tak?"
"Sikit."
"Itulah hadiah yang abang nak bagi."
"Apa?"
"Rasa cinta tu."
Aufy berdecit. Zayn telah berjaya mempermainkannya! Zayn tertawa.
Aufy kembali kepada tujuan asalnya ke sini. Dia datang sini bukan saja-saja je nak ganggu hidup Zayn. Dia ke sini nak tanya Zayn pasal May. Apa yang dah jadi kat May? Sejak dia balik dari Dandelion hari tu, May tidak seperti May yang dulu. May yang melihatnya dengan penuh jengkel dan benci. May yang selalu sahaja mencari salahnya dan May yang selalu mencari peluang untuk menyakitinya. Semua itu tidak ada lagi. Dia jadi hairan. Apa yang terjadi sepanjang ketiadaan dia dan Ardan dulu? Ataupun....
YOU ARE READING
Something Purple
RomanceIzz Ardan si pemilik kedai bernama Something Purple yang sudah bertahun terperangkap dalam dunia ungunya. Tidak mahu 'keluar' atau menunggu sesuatu atau seseorang untuk menariknya 'keluar'? Aufy Zasha, gadis yang baru hendak mencari pengalaman beker...