Dari jauh, Aufy tersenyum melihat kemeriahan sambutan hari jadi ke-12 Anaqi, adik kepada Luth. Yang datang cuma kaum keluarga, kawan-kawan si birthday boy dan juga Something Purple punya warga, kecuali bos besar. Bos besar entah mana entah perginya. Tapi tadi Zayn ada sampaikan hadiah dari Ardan kepada Anaqi. Mungkin Ardan ada urusan yang lebih penting yang nak diuruskan selain daripada birthday party Anaqi ini.
Aufy sedikit cemburu bila tengok hubungan Luth dengan adik beradiknya yang lain. Luth punya tiga orang kakak dan Anaqi pula merupakan satu-satunya adik. Luth sangat rapat dengan kakak-kakak dan adiknya. Bukan macam keluarga dia.
Aufy senyum tawar. Cawan plastik berisi air sirap oren dibawa ke mulut. Minuman sejuk yang hanya tinggal setengah cawan itu diteguk sampai habis.
Eka, TuTi dan Zayn bagaikan sudah biasa dengan keluarga Luth. Eka sedari tadi asyik berborak dengan kakak-kakak Luth. TuTi pula mungkin di dalam rumah, masih sibuk menghiburkan Anaqi dan kawan-kawannya. TuTi memang fun orangnya. Ke sana ke mari dengan muzikalnya yang memang tidak pernah habis. Tadi dah siap nyanyi lagu 'Happy Birthday' dengan suara soprano. Bukan setakat budak-budak tu je yang gelak, Aufy pun gelak sama. May pula tidak turut serta. Aufy perasan yang May selalu tergesa-gesa tinggalkan Something Purple bila waktu kerja dah tamat, seakan-akan mengejar masa. Macam sibuk sangat. Tapi Aufy malas nak ambil peduli.
Luth dan abang-abang iparnya serta beberapa orang sepupunya sibuk memanggang segala ayam, sosej dan jagung. Terdengar juga tawa mereka yang kadang-kadang pecah tiba-tiba. Entah apa yang dibualkan. Zayn... Mana Zayn?
" Buat apa sorang-sorang kat sini Fy?"
Aufy menoleh. Zayn dah mengambil tempat disebelahnya di atas bangku kayu. Mereka sekarang berada di halaman rumah Luth.
" Orang lain berseronok, Aufy monyok je? Kenapa?" ujar Zayn lagi dengan mata yang masih pada wajah disebelahnya. Dia perasan Aufy seakan-akan menjauh diri. Mungkin gadis itu tidak selesa berada di majlis ini. Aufy pun baru lagi. Bukan macam mereka yang dah lama kenal Luth dan juga keluarganya. " May buat hal lagi ke?"
Aufy tarik senyum seraya menggeleng. Tak ada kena mengena dengan May. Hidup dia aman akhir-akhir ini sebab ada pelindung. Cuma pergerakan terasa terhad sedikit. Tak dapat nak bergerak bebas macam selalu.
" Dah tu kenapa monyok? Tak best la." Zayn bagaikan memujuk.
" Best kan ada family besar macam ni..." pandangan sekali lagi ditebarkan ke sekeliling. Melihat semua gelak tawa riang gembira yang tersaji dihadapan matanya. Untung Luth ada keluarga macam ni. Untung Anaqi dapat adik beradik macam Luth dan kakak-kakaknya. Walau sudah tidak punya ibu bapa lagi, tapi sekurang-kurangnya masih ada adik beradik. Dia nanti macam mana agaknya? Kalau babah dah tak ada.... dia macam mana?
Zayn turut melemparkan pandangan ke sekelilingnya sebelum kembali menatap wajah Aufy. " Aufy punya family tak besar macam ni?" soalnya.
Aufy berpaling sekilas memandang Zayn. " Tak." dia menggeleng. " Abang?"
" Aufy anak tunggal?" Zayn tidak terus menjawab soalan Aufy.
Aufy diam sejenak. Dia mendongak menatap langit malam yang indah ditaburi bintang. Soalan Zayn masih bermain dikepalanya. Dia sedang memikirkan jawapan untuk soalan itu. Anak tunggal? Dia ada dua abang, bukan anak tunggal la tu. Tapi... Dua abang tu macam tak wujud dalam dunianya. Selama ini memang dia hidup macam anak tunggal. Tidak ada adik beradik lain. Cuma ada babah. Jadi, tak salahkan kalau dia jawab 'ya' untuk soalan Zayn tadi tu?
" Soalan senang macam tu pun ambik masa jugak ke nak fikir jawapannya?"
Aufy sengih. " Ya, anak tunggal."
YOU ARE READING
Something Purple
RomanceIzz Ardan si pemilik kedai bernama Something Purple yang sudah bertahun terperangkap dalam dunia ungunya. Tidak mahu 'keluar' atau menunggu sesuatu atau seseorang untuk menariknya 'keluar'? Aufy Zasha, gadis yang baru hendak mencari pengalaman beker...