33: Ardan-Aufy Time Off

572 38 1
                                    

"So.. kita okey?" Ezra bersuara, memecah kesunyian antara dia dan Aufy.

"Maksud you?" Aufy masih mengelak dari memandang Ezra. Ya, sekarang dia berada di dalam kereta Ezra dan mereka dalam perjalanan untuk ke Kampung Arum.

Sepatutnya Aufy balik sendiri, tetapi dalam perjalanan balik kampung tadi, kereta Aufy rosak di tengah jalan. Mujurlah dia masih dalam kawasan Bougainvillea Hill. Telefon bimbit dia pula kehabisan bateri. Setengah jam jugak dia tunggu tepi jalan. Berfikir macam mana nak cari bantuan. Sampailah ada sebuah kereta berhenti dibelakang keretanya. Aufy tidak terus melangkah keluar dari kereta, risau jika yang datang itu berniat jahat. Tapi bila dia tengok siapa yang keluar dari kereta, hati terus rasa lega. Ezra! Orang yang dia bukan main berusaha bersungguh-sungguh untuk elak dari berjumpa itu sudah pun muncul di hadapan mata! Saat dia tengah kesusahan pulak tu. Dan Ezra terus membantunya, menelefon mekanik dan bukan itu sahaja, malah Ezra berkeras untuk menghantarnya ke Kampung Arum bila mengetahui yang Aufy sebenarnya dalam perjalanan pulang ke kampung.

"You.. me.. kita kawan... kan?" ujar Ezra lagi.

"Err.. Ezra you... tak benci I lagi ke?"

"Hah? Maksud you?"

"You tak ingat?" Aufy mengangkat muka dan pandangannya bertembung dengan Ezra sekejap sebelum dia cepat-cepat melarikan pandangannya ke hadapan semula. "100 plus. Kena kat sini." Aufy tunjuk kepalanya.

Aufy mengetap bibir geram bila Ezra sudah ketawa. Dia boleh gelak sedangkan aku ni sampai sekarang masih rasa pening bila tengok muka dia. Teruknyaaaa!

"Sumpah I dah lupa dah pasal tu.." ujar Ezra dalam sisa tawanya. "Kat mana kena? Kat sini eh?" Ezra menyentuh bahagian kepala yang ditunjuk Aufy sebentar tadi. "Kesiannya. Sakit ke?" Ezra kembali menumpukan perhatian kepada pemanduannya.

Aufy menepis tangan Ezra. "Sekarang baru you nak tanya?"

"Hahaha.. Pasal tu ke you tak nak kawan dengan I lagi?"

"Bukan you ke yang benci I?"

"Mana adaaa.. Tak adalahh.. Tak pernah!"

"Habis tu you baling 100 plus tu sebab suka-suka nak baling ke apa?" Aufy rasa sekarang ni dia dah boleh cakap banyak-banyak dengan Ezra dah. Mungkin sebab rasa sakit kat kepala dah mula berkurang.

"Sebenarnya you bukan sasaran I.. I nak baling kat budak lain tapi terkena kat you. You pulak terus lari bila I nak explain."

"You can just send me a text kan? Explain everything."

"My bad. Lepas benda tu jadi, I pun keluar dari kolej tu and kita tak jumpa lagi dah lepas tu kan. And I sibuk sangat sampai I terlupa semua tu." Ezra senyum. "Okay, so, I'm sorry?"

"Hmm okay." Betullah. Salah faham memang satu benda yang boleh merosakkan segala-galanya. Macam dia yang salah faham dengan Ezra. Rosak hubungan baik dia dengan senior dia ni.

"Kita kawan kan?"

Aufy tergelak kecil. "Tapi kena janji dengan I yang you takkan baling I dengan 100 plus lagi?"

"Janji!" Ezra angkat sumpah. "So, we're okay now? Kita kawan?"

"Ya, kawan."

"Kalau kawan, lepas ni I nak belanja you makan. Kita singgah makan kejap okay?"

Dan tiga jam berlalu dengan perbualan kosong antara Aufy dan Ezra. Sekarang mereka sudah tiba di Kampung Arum.

"Ni pertama kali I masuk kampung ni. Cantik." Puji Ezra yang kagum melihat sekelilingnya. "Wah, tu mesti rumah orang paling kaya kat kampung ni kan. Tengok gate tinggi sampai tak nampak rumah. Mana rumah you Aufy?" mereka baru saja melepasi sebuah rumah yang begitu tinggi pagarnya sehingga apa yang mereka boleh nampak cuma sebahagian dari tingkat atas rumah itu.

Something PurpleWhere stories live. Discover now