"Bos! Eka tak nak pergi jaga kat depan!"
Ardan yang tadinya tengah bercakap sesuatu dengan Zayn, berpaling memandang Eka yang tengah memarahi TuTi tapi dengan suara yang perlahan. "Kenapa ni?"
"Eka ni memang bos..dia ni.."
Eka terus mencubit lengan TuTi, pemuda yang agak lembut itu terjerit kecil apabila dicubit begitu. "Tak ada bos. TuTi ni memandai je!" Eka buat-buat senyum pada bos dia. Dalam hati masih merungut geram dengan TuTi yang mulut celupar!
"Hah pergi sana. Nanti pelanggan merungut tak ada orang layan pulak." arah Ardan yang sudah membuka peti sejuk, mengambil satu tin Pepsi.
"Haa pergi cepat! Bos dah suruh dah tu! Kau ni dengan lelaki pun malu! Macam mana nak ada boyfriend??" TuTi mendorong lembut tubuh gempal Eka. Dia tahu kat luar sana ada seorang lelaki yang tengah menunggu tapi disebabkan Eka yang berdegil tidak mahu keluar, lelaki itu terpaksa menjadi penunggu sebentar.
Ardan yang mendengar kata-kata TuTi hanya tersenyum. Ardan melangkah keluar dari bahagian dapur Purple Tortas. Sempat menegur pelanggan lelaki itu dan meminta maaf kerana terpaksa menunggu sebentar tadi. Kemudian dia ke Purple Dovana dengan melalui jambatan kecil yang terletak diantara Purple Tortas dengan Purple Dovana. Ada lampu rona ungu didalam kolam kecil dibawah jambatan itu yang memantulkan cahaya ungu dipermukaan air. Cukup indah dimatanya. Selain di beranda pejabatnya, dia suka jugak lepak kat bahagian jambatan mini ini.
"Mana Luth?" soal Ardan bila tengok May yang menjaga kaunter. Selalunya Luth yang berada di situ.
"Kat bawah, bos."
Ardan berlalu ke tingkat bawah. Tingkat bawah memang tempat rehat untuk pekerja Something Purple. Ada dapur jugak dimana Ardan selalu memasak untuk para pekerjanya jika dia tidak sibuk.
Sampai sahaja di basement, dilihatnya Luth sedang duduk dengan muka yang ditekapkan di meja panjang berwarna putih. Ruang itu hingar dengan suara kartun di TV yang dibiarkan terbuka. Ardan mendongak ke arah skrin televisyen. Matanya terpaku pada kartun Dora the Explorer yang tengah ditayangkan di TV23.
Dora....
Tiba-tiba wajah gadis yang menangis di kaki lima blok yang terletak tidak jauh dari kedainya beberapa hari lepas bermain-main dimata.
Dia macam Dora.
Ardan senyum sendiri. Ya, gadis itu mirip kartun Dora. Mungkin sebab rambut gadis itu yang pendek macam Dora. Dan juga mata yang bulat.
"Bos?"
Ardan terus mengalih pandangan. Dari kartun Dora, dia berpaling kepada Luth yang tengah memandangnya dengan muka berkerut.
"Senyum-senyum tengok Dora?"
Senyuman Ardan terus mati. "Buat apa kat sini? Nak curi tulang pun agak-agaklah Luth. Aku ni bernyawa lagi kat dalam kedai ni." seloroh Ardan.
"Sakit perut bos. Memulas semacam." jawab Luth.
Patutlah dia tengok Luth berpeluh-peluh padahal basement juga dilengkapi penghawa dingin. " Kenapa pulak? Kau makan apa tadi?"
"Makan spagetti yang bos buat tu laa."
"Jadi kau nak salahkan spagetti aku la? Dah 'melepas' ke?" risau jugak dia tengok Luth yang sudah kembali menekup muka ke meja.
"Banyak kali dah."
"Makan ubat?" Luth diam. "Kau dah besar Luthfi oi. Jangan nak liat sangat makan ubat." Ardan kenal sangat dengan Luth. Dulu pernah sekali demam. Macam ni jugak. Lemah tak berdaya. Tapi tetap degil tak nak makan ubat.
YOU ARE READING
Something Purple
RomanceIzz Ardan si pemilik kedai bernama Something Purple yang sudah bertahun terperangkap dalam dunia ungunya. Tidak mahu 'keluar' atau menunggu sesuatu atau seseorang untuk menariknya 'keluar'? Aufy Zasha, gadis yang baru hendak mencari pengalaman beker...