19: My Dora

617 37 2
                                    


Semalam dia dikejutkan dengan banyak benda. Pertama, kedatangan Ezra ke Something Purple. Kedua, bila dia dapat tahu yang Ezra tinggal berdekatan dengan dia. Dan tiga, mulai saat ini, Ezra akan mula bekerja di syarikat yang sama. Itu bermakna dia akan kerap berjumpa Ezra.

Ardan meraup muka. Ingat pasal lelaki tu je, dia boleh rasa darah dia naik mendadak. Macam manalah nak hadap lelaki tu hari-hari lepas ni. Ahh, harap-harap tak lah dia jumpa Ezra hari-hari. Boleh gila jadinya!

"Sorry, boss... Saya overslept. Bos nak jumpa saya ke?"

Ardan memandang Aufy dengan dahi berlapis. Aufy yang masuk biliknya macam kilat. Tiba-tiba je dah terpacak kat depan dia. Dengan mata macam mata panda. Muka yang... Oh my God! Rambut cendawan tu je yang masih kekal. Kalau tak kerana rambut tu, dia sendiri rasanya tak kenal dengan budak depan dia ni. Muka dah macam zombie!

"Dah kenapa serabai macam ni Cendawan?" hilang terus perihal Ezra bila Aufy muncul.

"Saya bangun lewat.. And Mini Cooper saya rosak kat tengah jalan. Saya try nak cari mana yang rosak but..." Aufy terdiam bila lelaki yang dipanggil 'bos' kat depan dia ni dah buat muka bosan. "Sorry bos. Tapi betul.. saya tak tipu."

Ardan angkat sebelah kening. Dia kemudiannya menggeleng kepala. Macam-macam kerenahlah pekerja dia ni. Bila lewat datang mulalah nak reka alasan. Lebih-lebih lagi budak yang kat depan dia sekarang ni. Budak ni muka innocent tapi karenah boleh tahan memeningkan kepala! Dan karenah itulah yang kau dok suka layan tiap-tiap hari, Ardan.

"Dah tahu hari ni nak bekerja, tidur awal sikit la Dora. Itupun saya kena ajar ke? Nak saya ingatkan hari-hari?"

"Aufy la bos." lepas menjawab, Aufy tunduk semula. Bos dia ni muka je hensem (Melydia kata), tapi ingatan hampeh! Nak ingat nama dia yang ada empat huruf tu pun payah! Ciss! Nama pekerja lain ingat pulakkkk. Nama dia langsung dia tak pernah dengar bos sebut. Asyik panggil dia 'Dora' je. Entah sape Dora tu entah!

Ardan bangkit dan melangkah mendekati Aufy. Dia berhenti setapak dihadapan gadis itu. "So, tu je ke alasannya?"

Aufy telan liur yang terasa berpasir. "Bukan alasan, bos. Kebenaran." kalau dah berdiri berhadapan dengan jarak dekat macam ni, takut jugak rasanya. Lagipun, suara Ardan kedengaran sangat serius.

"Menjawab!"

Aufy tersentak bila suara Ardan dah meninggi. Takut-takut dia mengangkat muka, memandang Ardan. "Sorry." sebelum masuk ke bilik Ardan tadi, Luth ada berpesan supaya berjaga-jaga. Kata Luth, angin bos tak baik sikit. Itu Luth yang kata lah. Dia tak tahu betul ke tidak.

Ardan merengus. Tangannya mencapai tisu dari atas meja lalu dihulur pada Aufy. "Saya tak suka pekerja saya datang kerja comot-comot macam ni!"

Aufy mengambil juga tisu itu. Tangannya yang ada hitam-hitam bekas jadi mekanik kejap tadi, dilap sebersih mungkin. Comot bukan main lagi. Tapi masih juga tak dapat baiki kereta. Masih juga kena panggil mekanik.

Ardan mencapai sehelai lagi tisu dan dihulur pada Aufy. Aufy memandangnya dengan muka penuh pertanyaan. Ardan mengeluh, lembab betullah! Dia mengelap muka Aufy yang ada jugak minyak hitam yang melekat.

Aufy cepat-cepat menepis tangan Ardan. Ardan menjegilkan mata memandangnya. "Saya boleh buat sendiri." tisu ditangan Ardan diambil dan dia terus membersihkan mukanya.

"I don't want to see you here. Go!"

Aaaa?? Aufy dah tergamam. Takkanlah sebab dia datang lambat je dia terus kena pecat? Ke sebab dia tepis tangan bos tadi? Ataupun sebab mood bos tak baik?

Something PurpleWhere stories live. Discover now