22: Dandelion Trip III

603 41 1
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Bagus kan L'Amour Hotel ni? Siap sediakan cafe yang santai macam tu.. Saya dengar anak owner hotel ni sendiri yang lukis mural dalam cafe tadi tu.."

"Ya ke? Mesti cantik kan anak pemilik hotel tu?" Aufy siap buat muka tertarik gila nak dengar cerita Ardan. Mereka baru sahaja selesai menjamu selera di Amours Cafe. Hari ini tak ada breakfast untuk Ardan mahupun Aufy, sebab Ardan bangun lambat dan Aufy pula malas nak kejut. Akhirnya mereka brunch terus di Amours Cafe.

"Cantik? Kenapa confident sangat yang anak dia tu perempuan?"

"Kenapa? Lelaki ke?" opppss.

Ardan angkat bahu. "Entah. Tak tahu. Maybe yang drive Audi R8 tu kut.. Tak penting pun kan? Nak pergi mana ni?" Ardan menghentikan langkah. Mereka sekarang berada di lobi L'Amour Hotel.

"Laaa.. bos tak ada plan nak ke mana?"

"Oh kena buat tentative eh?" sinis Ardan membalas.

Aufy buat muka. "Habis tu kita nak buat apa sekarang ni? Duduk dalam hotel je?"

"Nak? Saya okey je. Penat kerja pun tak habis lagi ni."

"Bos balik bilik la kalau macam tu. Saya pergi jalan-jalan.." cadang Aufy.

Ardan tak lepas dari memandang gadis dihadapannya. Hari ini Aufy masih dengan gaya santainya,slim-fit jeans hitam dipadankan dengan kemeja denim yang sedikit besar dari saiz tubuh Aufy dan Nike Airmax 97 berwarna putih tersarung di kaki. Mungkin Aufy bawak satu kasut je kut sebab tu tak bertukar, kalau tak hari-hari kaki itu tersarung sneaker yang berbeza. Senang nak cari hadiah birthday untuk Aufy ni nanti.

Aufy suruh dia balik bilik dan biarkan gadis itu keluar seorang diri? Tak ada cadangan yang lebih masuk akal lagi ke?

"Pernah pergi Dandelion kan?" Aufy angguk. "So, tak perlu jalan-jalan laa.. Bukannya ada apa-apa pun.."

"Habis tuuuuuu?" takkanlah Ardan nak suruh dia duduk dalam bilik hotel lagi untuk hari ini kut? Rasanya dia dah boleh hafal dah susun atur perabot dalam bilik hotel tu.

"Kita tengok wayang? Nak?" Ardan angkat kening dua kali sambil tersenyum.

"Okay! Tapi let me choose what movie." Aufy sengih tengok Ardan yang berbaju-T kelabu dan jeans hitam yang dilengkapkan dengan kasut Vans hitam. Trucker cap hitam tersarung dalam posisi terbalik dikepala. Ardan nampak sangat muda hari ini. Ahakss. Apa sebelum ni bos kau ni nampak tua sangat ke Aufy? Kalau Ardan tahu apa yang bermain dalam fikiran Aufy, mesti Ardan marah dia.

"Kalau saya yang pilih, and kalau movie yang saya pilih tu bosan, bos boleh tidur, saya tahu bos penat. Tapi kalau bos yang pilih, and cerita tu bosan, saya nak buat apa? Tidur memang tak laaa. Takkan saya nak main guli dalam tu..? Kan? Bos nak ke saya main guli dalam tu? Tak nak, kan? Haaa.. So, saya pilih eh??"

Something PurpleWhere stories live. Discover now