Sekarang ni dah nak sampai Dandelion. Setengah jam lagi sampailah kut. Aufy dah berkali-kali menguap. Dikerling sekilas Ardan disebelah yang sudah tidak lagi pot pet pot pet sebab sekarang sudah enak tidur. Tak aci punya bos! Kita penat-penat drive, dia boleh slumber je buat taik mata.
Tadi bos ada tanya pasal pengganas kat dalam kedai. Mula-mula tu memang Aufy blur. Pengganas? Sejak bila Something Purple ada pengganas? Tapi bila Ardan mula cakap pasal dia duduk bawah ketiak Zayn 24 jam, pasal pergerakan dia yang macam terkawal, pasal dia yang dah tak bebas bergerak, dia mula faham apa yang Ardan maksudkan dengan 'pengganas'. Dan jawapan dia?
"Zayn selalu bagi saya tolong dia buat kek. Sebab tu la saya selalu ada dengan Zayn. Lagipun kalau saya pergi Purple Dovana, saya bukannya ada buat apa-apa pun. Daripada saya dok tercongok kat situ, lagi baik saya tolong buat kek. Bos tak payah risau. Kedai bos tu masih selamat lagi. Tak ada pengganas. Kalau ada pun, pengganas tu tak kan mengganas kat bos. Dia mengganas kat saya je kut. Hahaha."
Dan nasibnya baik kerana soal jawab pasal 'pengganas' itu berhenti takat tu je. Lagi banyak bos dia tanya nanti, lagi besar risiko untuk rahsianya pecah dan identiti 'pengganas' itu terbongkar.
Dah masuk bandar Dandelion. Jam di dashboard dikerling sekilas. Pukul 7 malam. Inilah akibatnya bila banyak sangat berhenti buat persinggahan. Sepatutnya dalam pukul 5 atau 6 petang tadi mereka dah tiba di Dandelion.
Aufy memberhentikan kereta di bahu jalan. Tertawa kecil melihat Ardan yang tidur sampai ternganga mulut. Oooo sedap ya tidurrr.. Aufy mengambil iPhone lantas kamera dibuka dan difokuskan ke muka Ardan.
Snap! Snap! Snap! Snap!
Setelah melihat hasil kerjanya, timbul idea nakal dalam kepala. Dia tertawa sendiri sebelum menjalankan ideanya itu. Kemudiannya bahu Ardan ditepuk berkali-kali sampai lelaki itu tersedar.
"Hmm?" Ardan terus menegakkan duduknya. Cermin mata ditanggalkan dan mata dipisat-pisat sebelum cermin mata dipakai semula. " Kenapa berhenti?" soalnya bila perasan kereta tak berjalan. Bila tengok luar, rupa-rupanya mereka berhenti di tepi jalan.
Uuuu, seksi suara bos baru bangun tidur! Cair ni weh! Aufy gelak nakal dalam hati.
"Ey??" Ardan memetik jari betul-betul dihadapan muka Aufy. Gadis itu tersentak. "Kenapa berhenti ni?"
"Err... Saya tak tahu kita stay kat hotel mana."
Ya tak ya jugak! Dia lupa nak bagitau Aufy pasal ni. "Tired?" soal Ardan seraya menggeliat.
"Soalan jenis apa tu bos..." Aufy bersandar lemah di kerusi.
Ardan sengih. "Saya drive."
"Hah?"
"Kita tukar. Biar saya drive."
"Ohh.. Baru sekarang nak drive ! Dah sampai dah pun..."
"Nak ke tak nak?"
Aufy buat muka menyampah. Seriously, 'Nak ke tak nak?' bos dia ni memang menyakitkan hati. Aufy tak menjawab sebaliknya dia terus membuka pintu kereta dan berlari ke sebelah. Dia masuk dalam kereta bila Ardan dah selamat berpindah ke tempat duduk pemandu tanpa perlu keluar dari kereta.
"Kita nak.."
"Shushh!" Aufy terus mencelah.
"Kenapa?"
"Saya nak tidur."
Ardan geleng kepala tengok Aufy yang dah pejam mata. Penat sangatlah tu. Tidurlah Dora........
YOU ARE READING
Something Purple
RomanceIzz Ardan si pemilik kedai bernama Something Purple yang sudah bertahun terperangkap dalam dunia ungunya. Tidak mahu 'keluar' atau menunggu sesuatu atau seseorang untuk menariknya 'keluar'? Aufy Zasha, gadis yang baru hendak mencari pengalaman beker...