Aufy datang lebih awal dari pekerja Something Purple yang lain. Dia menunggu hampir 15 minit di dalam kereta di halaman Something Purple sehinggalah sebuah skuter berwarna kuning terang parkir di sebelah Kelisanya. Dia berkenalan dengan pekerja lelaki yang menyambutnya semalam, bernama Luth. Kemudiannya yang perempuan bersama Luth semalam juga datang bersama dengan seorang lagi pekerja Something Purple yang agak gempal. Perempuan bersama Luth semalam itu bernama May, yang sangat susah untuk senyum. Mungkin memang jenis yang susah senyum atau mungkin juga senyum itu sukar untuk diukir kepada Aufy. Yang gempal pula namanya Eka. Selepas itu, datang seorang lelaki yang berperwatakan lembut bernama TuTi. TuTi yang awal pagi sudah menguji vokal dengan menyanyi sekuat yang mungkin memenuhi segenap ruang Purple Tortas. Dan terima kasih kepada TuTi, Aufy sungguh terhibur.
Hampir pukul 9 pagi, seorang lelaki tiba memarkirkan Kawasaki Ninjanya di sebelah skuter milik Luth. Aufy hanya memerhati dari dalam Purple Tortas yang tengah hingar dengan suara Eka dan TuTi bertelagah tentang susun atur kek di dalam peti. Mata Aufy hanya memandang segala gerak geri lelaki yang Aufy pasti, merupakan salah seorang dari pekerja Something Purple kerana semalam Kawasaki Ninja itu juga ada di tempat yang sama. Dan lelaki itu juga memakai pakaian seragam Something Purple, seluar berwarna kelabu dan baju kemeja berwarna putih. Cuma lelaki itu tidak memakai vest seperti mereka yang lain.
Terukir senyum Aufy sebaik sahaja lelaki itu menanggalkan helmet lantas mengatur rambut. Dah macam model dah lagaknya. Jadi inilah Zayn? Atau 'Abang Zayn' yang Aufy dengar mereka kat sini dok sebut-sebut dari tadi tu?
" Good morning~" Tanpa sedar, lelaki itu sudah pun melangkah masuk ke dalam Purple Tortas.
Disebabkan TuTi dan Eka mungkin tidak mendengar ucapan selamat pagi itu kerana masih juga bertengkar, Aufy lantas menjawab, " Good morning!" dia tersenyum seraya melambaikan tangannya ke arah lelaki itu.
Zayn membalas senyuman gadis yang memang dia sudah perasan kewujudannya sejak dari dia menolak pintu Purple Tortas tadi. Gadis yang berambut pendek paras bahu, memakai knit sweater kelabu, seluar hitam dan Vans hitam, berdiri di hadapan kaunter, bagaikan menyambut kedatangannya.
She has a killer smile. Mungkin semalam Ardan kena 'bunuh' dengan senyuman ni jugak sampai tiba-tiba buat keputusan macam tu. Desis hati Zayn.
" Hye." Kini Zayn sudah berdiri betul-betul di hadapan gadis itu.
" Nama, Aufy. Umur, 24 tahun. Still single."
" Thanks, TuTi." Ujar Zayn dengan mata masih pada gadis bernama Aufy yang sudah tertawa sekarang ini kerana dirinya telah diperkenalkan oleh orang lain. Masih single? Berkemungkinan besar sudah tidak available. Mustahil senyuman cantik macam itu tak ada yang berkenan. " So, Aufy yang berumur 24 tahun dan masih single, i'm Zayn. You can call me Abang Zayn."
" Macam mana nak eja nama tu? Is it Z-A-I-N or Z-E-N or.."
Soalan yang tidak disangka dari Aufy itu berjaya membuatkan Zayn tergelak. Sebelum ini tidak pernah ada orang yang baru berkenalan dengannya terus bertanya tentang ejaan namanya. " It's Z-A-Y-N."
" Oh. Nice name." Aufy mengangguk kepala sambil tersenyum.
" So, you pulak? Is it A-U-F-I or.."
" It's 'Y'. Bukan I. A-U-F-Y." Perbetul Aufy.
" Sila eja Perpustakaan. P-E-R-P-U-S-T-A-K-A-A-N! Tahniah anda layak untuk ke peringkat seterusnya dan mungkin berpeluang menjadi juara Pertandingan Mengeja peringkat negeri!" tiba-tiba TuTi mencelah dengan nada sarkastik. " Dan oleh kerana itu, terimalah sebuah lagu daripada saya TuTi Fantaghirolicious.."
YOU ARE READING
Something Purple
Любовные романыIzz Ardan si pemilik kedai bernama Something Purple yang sudah bertahun terperangkap dalam dunia ungunya. Tidak mahu 'keluar' atau menunggu sesuatu atau seseorang untuk menariknya 'keluar'? Aufy Zasha, gadis yang baru hendak mencari pengalaman beker...