Ardan berpeluk tubuh di beranda pejabatnya di tingkat dua kedai bahagian Purple Dovana. Dari sini dia boleh melihat seluruh halaman Something Purple. Something Purple. Purple. Ungu. Selama Something Purple beroperasi, bukan saja pekerja yang disediakan seragam bertemakan hitam, putih dan ungu. Dia sendiri pun pakai warna yang sama jugak. Cuma hari ini...
" Wow. Dude."
" What wow?" Ardan terus mencapai mug berisi kopi milik Zayn. " Thanks."ujarnya setelah menyisip kopi o pekat itu. Zayn dan kopi pekat memang tidak dapat dipisahkan. Kalau Iman dah lama dah dia ludah balik air kopi ni. Nasib baik Ardan masih boleh terima citarasa Zayn.
"Baju purple kau dah habis stok dah?" Zayn masih memandang Ardan yang mengenakan kemeja berwarna navy blue. Bukan ungu! Bukan jugak hitam, putih atau kelabu. Tapi biru! Ini sesuatu yang baru.
" Furqan bagi. Dia paksa aku pakai." Ardan tertawa kecil. Namun tawanya mati selepas itu bila teringat semula nota kecil yang Furqan letak dalam beg kertas baju kemeja yang dia pakai sekarang ini.
Zayn turut tersenyum lantas memeluk bahu Ardan " Good for you, bro."
Ardan tersenyum hambar. 'It's time.' Itu yang Furqan tulis. Dan Ardan tak tanya lebih lanjut apa yang Furqan maksudkan sebab jauh di sudut hatinya, dia faham. Mungkin betul kata Furqan. Mungkin kata-kata Nafisya juga betul. Dia perlu bukakan hati.
Sudah tiba masanya.
" Kau serius ke ni Fy?"
Suara itu mematikan lamunan Ardan. Sekarang dia dapat melihat dengan jelas dua orang gadis yang sedang berdiri tidak jauh dari keretanya yang terparkir di perkarangan kedai.
Si rambut panjang masih memandang si rambut pendek. Si rambut pendek pulak dengan muka penuh keyakinan merenung pintu masuk Purple Dovana. Gaya macam nak rempuh masuk. Nak merompak ke? Eh tak mungkin. Tengok dari penampilan, tak macam orang nak buat jenayah pun. Yang berambut panjang nampak sopan dengan baju Kurung, yang rambut pendek paras bahu pula santai dengan jeans biru pudar dan sweatshirt merah jambu.
" I'm dead serious."
Dan tubuh Ardan terus tegak bila melihat si sweatshirt pink yang menjawab dengan suara tegas tu.
Dora.
Something Purple
" Maaflah cik. Tapi memang betul. Dah tak ada kekosongan dah kat kedai ni." dengan penuh sopan Luth bersuara.
Aufy mengeluh. Dipandangnya sekeliling kedai. Memang tidak dapat dinafikan, Something Purple mempunyai rekaan dalaman yang cukup menarik perhatian sesiapa yang datang berkunjung. Okay, sejujurnya, bukan hanya rekaan dalaman, tapi luaran juga. Reka bentuk kedai itu sendiri cukup menarik, dengan jambatan mini yang menghubungkan bahagian kek dengan bahagian cenderamata. Namun bukan itu tujuan utamanya untuk datang mencari jawatan kosong.
" Kenapa Something Purple? Bukan kau selalu kutuk kedai tu ke?"
" Mana ada aku kutuk!"
" Eh dah hilang ingatan ehh? Setiap kali aku ajak kau singgah Something Purple tu macam-macam alasan kau bagi.. Bosanlah.. Tak suka purple lah.. Kek tak sedap and bla bla bla. So apa cerita ni? Dah suka purple dah sekarang?"
" Entahlah Mel. Masa aku buat drama kat tepi jalan hari tu kan, aku ternampak Something Purple ni dari jauh macam bercahaya je.. Macam memanggil-manggil.. Macam kat situlah rezeki untuk aku."
" Okay, whatever. Buatlah apa yang kau rasa patut, Aufy. Or.."
" Oh please Mel. Jangan nak cakap benda yang sama sejuta kali. I'll do that when I'm ready okay. So now, mari kita cuba nasib di Something Purple!"
YOU ARE READING
Something Purple
RomantizmIzz Ardan si pemilik kedai bernama Something Purple yang sudah bertahun terperangkap dalam dunia ungunya. Tidak mahu 'keluar' atau menunggu sesuatu atau seseorang untuk menariknya 'keluar'? Aufy Zasha, gadis yang baru hendak mencari pengalaman beker...