Ardan pandang Iman yang tengah meneguk Chocolate Shake dari gelas. Iman tengah minum pun mata dia boleh pandang perempuan. Ardan geleng kepala. Entah sampai bilalah Iman nak hidup berlandaskan keseronokan semata-mata macam ini. Iman tak perlu risaukan apa-apa pun dalam dunia ini, dia cuma perlu risaukan diri sendiri. Kadang-kadang Ardan cemburu dengan kehidupan Iman yang boleh buat apa saja dia suka tanpa perlu memikirkan sesiapa. Tapi adakalanya dia kasihankan Iman. Disebabkan hidup tak ada sesiapa itulah yang membuatkan Iman menjalani hidup yang berlandaskan keseronokan semata-mata macam sekarang ini. Kalau Iman ada keluarga, pasti Iman lebih bertanggungjawab.
"Iman, dah-dah lah tu. Kau ni perangai tak mencerminkan nama lah!" tegur Ardan.
"Habis tu kau nak aku ni jadi mutiara ke?" Iman buat muka menyampah tengok Ardan.
Zayn dah tertawa kecil. "Iman adalah~ Mutiara~~" dia kemudiannya menyanyikan serangkap lagu nasyid yang cukup popular itu.
Iman turut tertawa kemudiannya. "Perempuan yang duduk selang dua meja sebelah kita ni.."
Ardan dan Zayn terus menoleh mencari perempuan yang dimaksudkan oleh Iman.
Iman mengeluh dan menggeleng kepala.
Mendengar keluhan Iman, Ardan dan Zayn kembali memandang lelaki itu semula.
"Berapa kali aku nak kena ajar.."
"Oh lupa! Sorry-sorry. Rule number one; Jangan terus toleh cari sesiapa saja yang kita tengah cakap sebab itu satu perbuatan yang sangat obvious." Zayn sengih.
"Kita ni gossip girls ke?" Ardan dah buat muka. "Screw your rules." Dia pandang Iman seolah-olah mencabar. " Kenapa dengan perempuan tu?"
Iman mencebirkan bibir. Ardan memang suka membantah. "Tak ada apa-apa. Cantik je."
Ardan baling tisu yang sudah digumpalkan tepat ke muka Iman. "Enough lah, Man."
Iman ketawa kecil. "Relax la. It's just for fun. Tak mati pun kalau kau puji perempuan cantik, tau."
"Bercakap tentang perempuan cantik ni kan..." Zayn bersuara. "Hari ni ada.."
Ardan terus berdehem dan menyampuk. "Eh dah lewat ni. Jom lah balik."
"Kau jangan nak buat lawak ya? Makanan aku pun tak sampai lagi ni." Ujar Iman dan dia terus terdiam bila terpandang seorang gadis yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam restoran tersebut.
Gadis itu melangkah masuk ke dalam restoran dengan penuh yakin dan terus menuju ke kaunter untuk membuat pesanan. Gadis yang cukup bersahaja dengan knit sweatshirt berwarna kelabu, jeans hitam dan kasut di kaki. Tidak perlu bersolek tebal tapi masih tetap cantik, mungkin kerana gadis itu memang dilahirkan dengan kecantikan semula jadi.
Ardan dan Zayn yang melihat Iman tiba-tiba diam terus berpaling ke belakang, mencari apa atau siapa yang sudah berjaya membuatkan Iman terkelu seribu bahasa seperti ini. Tapi tidak ada sesiapa yang baru melangkah masuk ke dalam restoran ketika ini. Ardan pandang Zayn pula, seolah-olah bertanya 'Iman tengok apa', tapi Zayn tengah tengok kaunter, membuatkan Ardan turut memusingkan kepala ke arah kaunter.
" One Cheesy Big B."
Suara pelayan menghantar makanan Iman seolah-olah menyedarkan ketiga-tiga lelaki di meja bernombor 1 itu.
Iman memandang set burger dihadapannya sebelum dia mengangkat muka. Ardan dan Zayn juga tidak lagi memandang kaunter, kini memandang kosong ke arahnya.
"Korang dua dah kenapa?" Iman pelik bila tengok Ardan dan Zayn pula yang tiba-tiba senyap.
"Tak ada apa. Makanlah." Ardan menjawab lantas tangannya mencapai kentang goreng didalam pinggan makanan Iman.
YOU ARE READING
Something Purple
RomanceIzz Ardan si pemilik kedai bernama Something Purple yang sudah bertahun terperangkap dalam dunia ungunya. Tidak mahu 'keluar' atau menunggu sesuatu atau seseorang untuk menariknya 'keluar'? Aufy Zasha, gadis yang baru hendak mencari pengalaman beker...