2: Aufy Zasha

846 58 1
                                    


Keluar sahaja dari pintu, Aufy terus terduduk di hadapan syarikat yang baru sahaja menamatkan perkhidmatannya. Air mata sudah mengalir. Sudah seminggu Aufy bekerja di syarikat pengiklanan itu tapi hanya disebabkan kesalahan kecil, dia dibuang kerja.

"Aufy."

Uhukuhukuhukuhuk..

Semakin kuat kedengaran tangisan Aufy bila satu suara menegurnya. Melydia. Dia tahu itu Melydia, kawan baiknya yang dia telefon tadi untuk menceritakan tentang satu kisah sedih hidupnya. Mungkin sebab kisah Aufy itu terlampau sedih hingga membuatkan Melydia sanggup datang untuk memujuk dan memberikan kata-kata semangat. Tipikal kawan baik. Kadang-kadang Aufy berharap yang dia mempunyai seorang kawan yang tidak tipikal, yang bukan datang untuk memujuk, tapi untuk membelasah atau membakar syarikat pengiklanan yang hidup segan mati tak mahu di belakangnya sekarang. Tapi...Melydia adalah tipikal, jadi Melydia sekarang sedang mengusap-ngusap belakangnya untuk memujuk.

"Susah tau tak aku nak..nak dapat..kerja..bos aku tu....dia..dia.." dalam sedu sedan, Aufy mencuba jugak untuk bercakap.

"Alaa chill la. Kau carilah kerja kat tempat lain." Melydia cuba memujuk. "Nanti aku tolong kau cari eh? Dahlah, jangan nangis... Malulah orang tengok." Melydia memandang sekeliling. Nasib baik tak ada banyak orang yang lalu lalang kat sini. Cuma...

"Dahlah, Fy. Tengok lelaki tu pandang kau semacam je." Kali ini suara Melydia kedengaran bagaikan orang berbisik dan sesekali dia mencuri pandang pada lelaki yang tengah berdiri berpeluk tubuh di seberang jalan.

Aufy angkat muka, nak tengok lelaki mana yang Melydia maksudkan. Dan pandangan matanya bersatu dengan pandangan mata lelaki itu. Lelaki yang berkemeja lengan panjang berwarna deep purple dengan tali leher tirus hitam, yang sedang berpeluk tubuh memandang mereka. Saat mereka bertatapan, riak wajah lelaki itu terus berubah.

Kenapa?

"You better stop crying." bisik Melydia lagi.

Aufy angguk. Dan dia hanya memandang pelik ke arah lelaki yang sudah mula mengorak langkah pergi. Siapa agaknya lelaki itu?

"Aku rasa lelaki tu ingat kita tengah shooting drama kot." tukas Melydia yang juga turut memandang langkah kaki lelaki tadi yang nampak laju semacam. Malulah tu sebab kena 'caught in action'. Renung anak dara orang!

"Kau memang sukakan buat drama tengah jalan?" Melydia berpaling pada Aufy. Ingatkan kawannya itu masih leka tengok lelaki tadi tapi rupanya tidak. " Kau tengok apa?"

"Something."

"Something apa ke benda?"

"Something Purple."

Something PurpleWhere stories live. Discover now