32: Ardan vs Aufy II

479 34 0
                                    

Ardan menyandar lemah dikerusi tempat duduk pemandu. Kecelaruan fikiran membawanya jauh ke destinasi sebenar. Padahal dia nak balik rumah dia sendiri tapi sekarang dia dah pun sampai kat depan rumah keluarga dia. Dan sudah 15 minit berlalu. Dia masih tidak melangkah keluar dari kereta.

"What??" dipandang tajam Aufy yang sudah menghulurnya sesuatu. "Apa ni?" origami bentuk muka kucing yang dilukiskan senyuman sudah bertukar tangan.

"Origami."

"Tahulah tapi untuk apa??" dipandang gadis dihadapannya yang sudah hilang senyuman.

Aufy tak tahu nak jawab apa sebab sebelum ni dia bagi bos semua origami yang dia buat dan bos ambil tanpa banyak soal. Tapi sekarang bos tanya untuk apa pulak? Dia nak jawab apa? Untuk adik bos? Apa buang tabiat ke tiba-tiba nak bagi adik bos origami? Adik dia pun bukannya budak kecik.

"Ambik ni." origami dilempar kasar. "Saya nak awak buang semua origami tu." dia tuding ke arah sebuah kotak kecil yang selama ini menjadi 'rumah' kepada origami-origami buatan Aufy dan Rayyan sebelum ini. "Sampah. Lepas ni tak payah nak membazir kertas. Saya beli kertas tu bukannya untuk awak buat semua benda-benda tak ada guna tu. Ingat saya beli free ke? Pakai duit bapak awak?"

Ardan menekup muka sejenak. Melampau sangat ke dia?

"Kau nak marah-marah Aufy apasal?"

"Dah dia buat salah. Habis tu kau nak aku buat apa? Nak tengok aje? Biar je dia buat apa yang dia suka kat kedai aku tu?"

"Sebab origami tu je kau tengking dia sampai dia nangis? Kau ni dah kenapa??"

"Zayn, this is not a kindergarten! She's not a kid! And aku bukannya cikgu dia yang nak dia bagi semua origami yang dia buat tu. Aku tak pernah suruh pun dia buat semua tu. Aku ambik dia untuk bekerja. Bukan buang masa buat benda bodoh macam tu!"

"Eh hello? Tu yang dia buat masa dia entertain Rayyan dulu kan, bukan dia saja-saja buang masa macam tu. Kalau ya pun.."

"Zayn! Aku sibuk sekarang ni. Kalau kau datang sini semata-mata nak ajar aku, lebih baik kau keluar sekarang. Aku tak ada masa nak dengar semua tu."

Dan suara Aufy terngiang-ngiang ditelinganya....

"And today.... lepas tiap-tiap hari kena tengking, saya yang bodoh ni masih jugak lipat-lipat kertas and buat origami bodoh tu dengan harapan it will make you happy tapi....."

"Damnit!!" stereng ditumbuk geram.

Dan serentak dengan itu, cermin tingkap keretanya diketuk dari luar. Furqan!

Something Purple

"Orang sihat.." Aufy senyum, tahan sebak. Bila dengar suara babah, dia rasa macam nak terus lari balik sana. Rindu sangat! " Babah okey?"

"Babah okey je ni sayang. Macam selalu. Aufy bila nak balik ni?" suara Encik Aizul kedengaran ceria dicorong telefon.

"Orang memang nak balik bah.." air mata dah berlinang di pipi. Alalaaa Aufy. Kau ni cengeng la! Aufy cepat menepis air matanya. "Tapi orang kerja. Tempat orang kerja tu tutup hari Isnin je bah. Mana ada masa nak balik sana."

Encik Aizul tersenyum hambar. Dari suara Aufy, dia tahu anaknya itu tengah menangis. Dia sangat rindukan anaknya itu. Satu-satunya anak perempuan. Anak bongsu pulak tu.

Something PurpleWhere stories live. Discover now