" Aufy keluar dengan bos semalam?"
Aufy cuba untuk mengekalkan riak wajah selamba, seolah-olah soalan dari Zayn itu hanyalah satu soalan yang biasa, yang tidak memerlukan riak wajahnya untuk berubah. Sedangkan hakikatnya, soalan itu boleh buat TuTi lari keluar dari Purple Tortas kalau TuTi dengar dan boleh buat May menjerit 'Noooooo' sambil berlari keluar dari Purple Dovana dengan batang penyapu di tangan sebagai senjata.
Nasib baik diaorang yang lain belum sampai lagi. Sekarang ini cuma ada Aufy dan Zayn je sebab jam masih awal lagi. Aufy awal sebab dia tumpang Melydia, memandangkan Kelisanya masih elok terparkir kat depan Something Purple ni. Hari dia sakit perut tu Luth memang tolong hantarkan balik rumah tapi lepas tu Luth bawak Kelisa balik semula ke Something Purple. Jadi tersadailah 'Mini Cooper' Aufy kat depan Something Purple tu sampai hari ni.
" Terjumpa kat 7-E. Awal Abang Zayn hari ni?" Aufy bersandar di tubuh Kelisanya, menunggu Zayn yang sedang membongkok melihat cermin motosikal, mengatur rambut yang penyek dek helmet. Zayn mungkin tidak sekacak Ardan (seperti yang majoriti orang cakap), tapi lelaki ini punya aura sendiri. Aufy selesa bila bersama Zayn, dan dia takkan pernah lupa bagaimana penerimaan Zayn membuatkan dia rasa kedatangannya dialu-alukan pada hari pertama bekerja di Something Purple. Zayn sangat warm dan sangat tenang.
" Pekerja contoh, mestilah awal. Aufy tak payah nak tukar topik." Zayn berdiri tegak semula dan memandang Aufy. " Jumpa kat 7-E tapi semalam cakap ada kat Duncan?"
" Bos ajak."
" Ohh. Dating dengan bos la ni semalam? Amacam? Best tak?"
" Dating apa nyaaa.. Abang jangan nak memandai buat gosip ehh.. Sampai bila nak berdiri kat depan ni?"
" Alaa relax la. Awal lagi kan? Kenapa call abang semalam? Bos tanya apa kat Aufy?"
" Tak ada apa-apa laa..."
" Mana boleh tak ada apa-apa.. Mesti ada apa-apa punya kalau tak Aufy tak call abang, kan? Cakaplah.. Apa dia? Aufy tahu tak abang tak boleh tidur semalam.. Dok terfikir je apa bendalah yang Aufy cuba nak bagitau abang.. Tak kesian ke? Tengok mata pun dah macam panda sebab tak cukup tidur.." Zayn sengaja buat cerita. Tak ada maknanya dia tak boleh tidur. Memanglah dia tertanya-tanya kenapa Aufy terus putuskan talian, tapi tak adalah sampai buat dia tak boleh tidur. Lena je tidur dia semalam. Siap boleh bangun awal lagi. Sebab tu la datang awal hari ni, dah tak tahu nak buat apa lagi kat rumah.
" Cehh.." Aufy mencemik. " Auta lebih."
" Aufy nak tahu satu benda tak..."
" Apa?"
" Aufy ni orang pertama tau tak?"
" Orang pertama apa?"
" Yang keluar dating dengan bos." Zayn buat kening double-jerk.
" Pffftt. Abang Zayn boleh tak jangan nak buat spekulasi? Dating apa nya? Sebelum ni bos tak pernah keluar makan dengan pekerja dia ke apa?"
Zayn terus geleng. " Tu la pasal. Dia memang tak pernah buat macam tu.."
" Elehh. Tipu.."
" Betullah.. Makan ramai-ramai tu pernah lah.. Tapi kalau berdua je.." Zayn geleng lagi. " Belum pernah lagi. Kalau ada pun dengan Luth je kut. Sebab Luth selalu ikut dia outstation."
" Haaaa kan ada tu?"
" Tapi tu dengan Luth. Luth-fi. Bukan Luthfiya."
" Entah-entah bos tu gay tak?"
" Heyppp! Apa cakap macam tu?"
Aufy sengih. " Haa Abang Zayn. Orang dah dapat jawapannya."
" Okay, kali ni apa pulak?"
YOU ARE READING
Something Purple
RomanceIzz Ardan si pemilik kedai bernama Something Purple yang sudah bertahun terperangkap dalam dunia ungunya. Tidak mahu 'keluar' atau menunggu sesuatu atau seseorang untuk menariknya 'keluar'? Aufy Zasha, gadis yang baru hendak mencari pengalaman beker...