Hari Isnin yang sepatutnya hari cuti untuk Aufy, dan cuti maknanya tidur yang cukup tanpa alarm clock. Malangnya tidur dia diganggu dengan telefon yang berkali-kali menjerit minta dijawab dan juga bunyi loceng rumah yang banyak kali ditekan. Dengan malasnya dia bangun dan terus tengok telefon. Cuma tengok nama pemanggil je, tak jawab.
Dan sekarang dia dah siap buka pintu pagar dan berdiri berpeluk tubuh melihat siapakah gerangan yang sedang memerhatinya dengan muka yang langsung tak ada senyuman. Aufy tengok lelaki yang segak dengan knit sweater belang-belang biru-putih dipadankan dengan jeans. Gayanya dilengkapkan lagi dengan RayBan hitam yang menyembunyikan mata si pemilik tubuh tinggi lampai itu. Rasa macam tahu je kenapa tiba-tiba lelaki berambut perang ni boleh ada kat sini. Ini mesti sebab..
" Babah cakap apa dengan kau?"
" Kenapa tak jawab call?"
" Orang tidurlah. Apahal datang rumah orang pepagi macam ni? Tak kerja?"
" Kalau kerja, tak adalah aku berdiri tercongok kat sini dok tekan-tekan bell berkali-kali, call banyak kali. Pekak ke apa? Kalau orang call kau nak sampaikan berita kematian, mesti masa kau jawab call tu orang yang mati tu dah selamat disemadikan dah."
" Ughh Faiq please. Aku tak ada masa nak dengar kau membebel."
Inilah yang Aufy malas. Faiq ini sepupu dia, anak kepada Auntie Beya, satu-satunya adik-beradik babah. Auntie Beya ada tiga orang anak. Faiq anak sulung dan ada dua orang adik perempuan dibawahnya yang Aufy tak berapa nak ngam sangat walaupun mereka sebaya sebab budak dua orang yang dah macam Barbie tu pun tak ngam jugak dengan Aufy tanpa sebab yang diketahui. Faiq ni beza umur empat tahun je dengan dia (sebaya Addam), pangkat abanglah sepatutnya tapi Aufy tak rasa macam nak panggil abang pun sebab Faiq ni selalunya annoying. Dia boleh dikatakan rapat jugaklah dengan Faiq ni. Rapat yang bukan rapat tiap-tiap bulan berjumpa bertukar cerita. Rapat dia dengan Faiq ni rapat yang setahun sekali je, iaitu hari raya. Masa raya selalunya berkumpul kat rumah Aufy sebab babah yang paling tua, dan atuk dan nenek pun dah meninggal. Jadi tiap-tiap tahun Aufy lalui benda yang sama, budak Barbie dua orang tu akan huhahuha beramah mesra dengan Addam dan Ammar, dan Aufy pula selalunya akan lari ke bilik bertapanya sebab tak ada orang kisah pasal dia dan di bilik bertapa itu jugaklah Faiq akan cari dia dan berborak dengan dia sambil main game. Faiq akan ceritakan padanya apa yang terjadi dalam hidupnya pada tahun tersebut dan begitu juga Aufy. Setiap tahun macam tu. Lepas raya dah tak ada dah nak berjumpa ke apa. Lagipun keluarga Faiq menetap di Stardust.
Cuma akhir-akhir ni la kut...sejak dia mula cari kerja dan tukar-tukar kerja ni. Setiap kali dia mula kerja, Faiq pasti akan cari dia dan pujuk dia supaya kerja dengan Faiq. Oh ya. Faiq dah pindah ke Bougain sebab nak uruskan perniagaan dia kat sini. Dan rambut perang tu... ughh.. perasan Korea sangat la dia ni.
" Habis tu masa kau untuk apa? Tidur? Anak dara apa tidur lagi time macam ni? Matahari dah nak terbenam balik dah."
Haaa tengok. Itulah benda yang menjengkelkan Aufy. Faiq kuat membebel. Tapi Faiq yang kuat membebel ni jugaklah yang layan dia dengan baik dan babah pun percayakan Faiq. Kalau tak, tak adalah Faiq ada kat depan dia sekarang.
" Peliknya Something Purple cuti hari Isnin?"
" Oh kau pergi sana eh tadi?"
" Yalah, cari kau. Babah cakap kau kerja kat sana."
Dan ya...Faiq pun panggil babah Aufy, babah. Sebab babah yang membiasakan. Budak Barbie dua orang tu pun panggil babah 'babah' jugak. Dan-dan je kan babah aku babah korang jugak......heh.
" Nak buat apa kerja kat kedai macam tu? Baik kerja dengan aku je. Nak? Aku tak buli kau punya.. sumpah!" Faiq siap angkat tangan, bersumpah.
" Babah suruh kau pujuk aku lagi la ni?"
" Mana ada."
" Berapa kali aku nak cakap aku tak nak kerja dengan kau? Aku. Tak. Nak."
" Kau kerja pun asyik tukar je, ada masalah disiplin ke apa? Kerja dengan aku je, aku tutup sebelah mata dengan masalah disiplin kau."
" Bias."
" Dengan kau sorang je la. Nak? Offer terbuka lagi ni."
" Tak. Nak."
" Kat Something Purple ni berapa lama pulak? Dua minggu? Sebulan?" sinis.
" Kenapa kau sibuk sangat ni, Faiq? Sukahati akulah nak kerja berapa lama, bukan kacau kau pun."
" Tak kacau aku? Setiap kali kau switch kerja babah call aku tau. Babah punyalah risaukan kau sampai aku pun dia influenced sekali. Aku tak kisah pun pasal kau Fy, kau nak kerja kilang sekali pun, I don't give a damn. Lantak kau lah. Tapi babah ni yang aku kesiankan. Dia tu bukannya makin muda. Buatnya dia sakit sebab risaukan anak dia yang tak reti nak senangkan hati dia ni, bukan ke susah? Kau nak benda tu jadi, Aufy?" Faiq tenung Aufy yang bagi muka tak puas hati dengan dia. " Kau nak babah jatuh sakit sebab kau?"
Aufy geleng perlahan. Kalaulah betul-betul terjadi, pasti Addam dan Ammar makin bencikan dia...
" Haa tahu pun tak nak. Okay, macam ni. Aku tahu kau ni jenis yang keras kepala, asyik nak menang je. So, let's make a deal so that kau takkan nampak yang kau kalah. Kalau kau kalah pun, kau dah berjuang. Jadi tak adalah teruk sangat pun kan.. Amacam?"
" Kenapa aku kena deal dengan kau?" ini satu benda yang baru sebab sebelum ni Faiq langsung tak pernah nak ber 'deal' bagai.
" Two options. One; we do this stupid deal. Two; aku datang kacau kau kat Something Purple hari-hari sampai kau setuju nak buat deal dengan aku."
" Two." Aufy senyum sinis. Dia tahu Faiq tak akan buat yang kedua tu. Takkanlah Faiq yang sibuk memanjang sanggup datang kacau dia hari-hari? Hahaha. Sangat mustahil.
" Tak menyesal?"
" Tak."
" Okay." Faiq tersenyum, menyahut cabaran Aufy. " But let's make this our secret. Jangan bagitau babah."
" Aku memang tak lah. Kau tu je yang mulut murai."
" I won't tell him anything. Termasuk yang aku datang jumpa kau ni. Kau pun jangan bagitau dia apa-apa. Deal?"
" Deal." Aufy jawab dengan yakin. " Now off you go."
Something Purple
YOU ARE READING
Something Purple
RomanceIzz Ardan si pemilik kedai bernama Something Purple yang sudah bertahun terperangkap dalam dunia ungunya. Tidak mahu 'keluar' atau menunggu sesuatu atau seseorang untuk menariknya 'keluar'? Aufy Zasha, gadis yang baru hendak mencari pengalaman beker...