30

494 35 0
                                    

"Saya tahu saya salah. Saya mintak maaf, bos." May tunduk. Rasanya sekarang ni tengok lantai bilik Ardan lagi baik daripada tengok muka Ardan yang memang nyata-nyata tengah bengang dengan dia.

"Saya tak sangka awak sanggup buat macam tu, May. Awak kerja sini dah lama. Saya kenal awak. Bagi saya awak ni orang yang baik-baik. Tak pernah pun saya terfikir yang awak akan buat Aufy macam tu. Selain letak julap tu, apa lagi yang awak dah buat kat dia? Awak memang dah rancang nak bunuh dia ke apa ni?"

"Tak, bos! Saya tak nak bunuh dia pun.. Tak pernah terfikir sampai macam tu sekali..saya cuma.."

"Cuma apa??"

"Nak dia pergi dari sini."

"Hahh elok lah tu. Awak sampai bagi dia julap semata-mata nak dia pergi dari sini, tapi dia pulak langsung tak nak bagitau saya sebab tak nak saya pecat awak. Awak tahu tak?"

"Saya dah sedar silap saya, bos. Betul! Saya janji saya tak buat benda macam tu lagi kat Aufy. Saya janji!" kali ni May beria-ia meyakinkan Ardan, siap angkat tangan bersumpah lagi. "Saya janji!"

"Kalau nak diikutkan, nak je saya pecat awak terus. Tapi Aufy, Aufy orang yang selalu awak buat jahat tu, beria-ia tak nak saya pecat awak. Kesian katanya. Tau pulak dia kesiankan orang yang dah buat macam-macam kat dia. Awak pun tak pernah kesiankan dia."

May dah mengalirkan air mata. "Saya janji bos. Saya tak buat lagi...."

"Mintak maaf dengan Aufy, bukan dengan saya." Ardan masih bersuara tegas. Padahal dia panggil May masuk bilik ni pun bukannya nak pecat May. Dia tak boleh nak saja-saja pecat pekerja dia lebih-lebih lagi May sebab dia tahu latar belakang May tu macam mana. Sekarang ni dia saja je nak gertak walaupun memang dia masih ada rasa bengang lagi ni dengan May.

"Saya mintak maaf bos.."

"Saya bagi awak peluang kali ni, May. There's no second chance, keep that in mind! Awak buat lagi sekali perangai macam ni, tak kisahlah kat Aufy ke kat sesiapapun, kalau saya tahu, saya takkan bagi muka lagi. Ni awak dah kira beruntung sebab Aufy ada. Ingat May, awak masih kat sini, sebab Aufy."

May lap air mata. Dia mengangguk, faham. "Terima kasih, bos."

"Terima kasih pun kat Aufy. Bukan dengan saya. Dah, keluar."

Ardan meraup muka sebaik sahaja May hilang dari pandangan. Selesai satu masalah. Harap-harap May tu insaf teruslah lepas ni. Risau jugak kalau May buat-buat insaf je tapi lepas tu buat lagi benda yang sama. Mudah-mudahan benda macam ni tak berlaku lagi.

Akhir-akhir ni macam-macam benda berlaku kat dalam kedai ni. Dia pun rasanya dah lama tak bersua muka dengan Aufy. Selepas tengok scene Aufy-peluk-Luth hari tu, tak tahu kenapa setiap kali dia tengok Aufy, dia rasa nak marah je. Sebab tu lah dah elakkan diri dari berjumpa Aufy. Dia pun tak tahu kenapa dengan diri dia. Dia macam jadi tak tentu arah. Nak buat kerja pun macam semuanya tak betul. Asyik terbayang je betapa gembiranya Aufy dengan Luth.

"Ardan, kau ni kenapa..." Ardan pukul kepala dia sendiri, berkali-kali. "Dah, jangan fikir lagi!" kali ini dia menggeleng pula. "Jangan fikir! Jangan fikir!"

Kalau ada orang yang tengok dia sekarang ni, mesti orang dah cop dia tu gila. Cakap sorang-sorang macam tu.

"Arghhh!" Ardan menjerit geram.

Something Purple

"Tenang hidup aku lepas ni! Mwahahaha~" bukan main ceria lagi Aufy semasa menceritakan pada Melydia tentang perjanjian damai yang telah dicapainya dengan May hari ini. Akhirnya, dia dapat bekerja dengan aman damai selepas ini tanpa gangguan May dan tanpa pengawasan sesiapa. Dia bebassss!

Something PurpleWhere stories live. Discover now