Setelah selesai membersihkan diri dan berpakaian, dia terus baring atas katil. Penat. Walaupun dia jadi penumpang je, tetap jugak penat.
Aufy bangkit dari baring bila teringatkan sesuatu. Mata terus mencari beg kertas Nike. Kat tepi katil. Dia terus capai. Kotak dikeluarkan dari beg kertas tersebut. Nike Huarache Triple Black ...oh kasut ni yang Ardan tanya semalam......
"Cantik tak?"Ardan duduk sebelah Aufy yang tengah mencuba AirMax Mint Green di kaki kanan.
"Cantik." Jawab Aufy bila tengok Huarache Triple Black yang agak mengancam di tangan Ardan.
"Awak ada yang ni?"
"Tak ada." Aufy sibuk membelek AirMax yang tersarung di kaki. Cantik! Tapi baru minggu lepas dia dah beli sepasang kasut baru. Takkan nak beli lagi?Aufy kemudiannya menanggalkan semula AirMax dari kaki. Ardan dah menghilang entah ke mana. Selepas Aufy pasang semula Nike Airmax 97 putih ke kaki, dia melangkah ke arah Ardan yang sedang membuat pembayaran di kaunter.
"Whoaaa beli sampai dua." Seperti biasa Aufy menyibuk di sebelah Ardan. " Beli untuk girlfriend ke?" usik Aufy sambil angkat kening double jerk.
Patutlah beli sampai dua! Rupa-rupanya untuk Aufy. Aufy tak terfikir langsung yang bos akan belikan dia sepasang kasut. Aufy mengeluarkan Huarache tersebut dan terus tengok saiz kasut....
"Untuk saya?"soalan bodoh dari Aufy bila Ardan hulur beg kertas Nike. Masa tu mereka baru sampai rumah Aufy, dan Ardan siap tolong keluarkan barang-barang Aufy yang taklah banyak mana tu.
"Kalau Kelisa awak reti pakai kasut, awak bagilah kat dia."
Aufy tertawa mendengar jawapan spontan yang sinis dari Ardan. "Tapi bos tak tahu size saya kannnnn?"
"Awak yakin saya tak tahu?"
Saiz 37. Betul. Itu memang saiz kakinya. Tapi macam mana Ardan boleh tahu? Aufy memasang kasut ke kaki sebelah kanan. Ngam terus!
"Woww!"
Aufy angkat muka, tengok Melydia yang dah melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya dan menuju ke arah Aufy.
"Kasut baru lagi??" Melydia mengambil tempat dibirai katil. Kasut sebelah kiri di atas katil di ambil dan dibelek-belek. "Smart!" seperti biasa, Aufy memang tidak pernah gagal dalam memilih kasut. Koleksi kasut Aufy memang perghhhh! Thumbs up! Setahu Melydia, Aufy dah mula kumpul sneakers sejak dari sekolah menengah lagi, dan kata Aufy, yang ada kat rumah ini hanya sebahagian darinya, selebih itu ditinggalkan di rumah keluarga Aufy di Kampung Arum. Dan untung Melydia, sebab saiz kaki dia dan Aufy sama, jadi dia boleh pinjam kasut Aufy kalau dia perlu.
"Ni beli masa outstation dengan bos ke?" Melydia mencapai dua plastik di hujung katil. Ada hoodie di dalamnya. Plastik yang satu lagi ada jeans. "Sempat shopping!"
"Well~~ Kau tahu tak aku jumpa siapa kat sana?" Aufy menanggalkan kasut dari kaki dan dimasukkan semula ke dalam kotak.
"Siapa?"
"Ammar."
"Dia memang kat Dandelion pun kan?"
"And Addam. And Faiq."
"Addam dan Faiq?" Melydia tak tahu kenapa wajah Remy Ishak akan mengisi ruang fikirannya setiap kali Aufy menyebut nama Addam. Mungkin kerana drama Nur Kasih. Nama Addam itu sangat ke-RemyIshak-an bagi Melydia. Dan sepanjang dia berkawan dengan Aufy, boleh dihitung dengan jari je berapa kali dia bersua muka dengan Addam dan Ammar. Abang-abang Aufy tu dingin sangat, buat Melydia sentiasa berdoa tidak akan berjumpa dengan mereka setiap kali Aufy mengajaknya balik ke rumah keluarga Aufy.
YOU ARE READING
Something Purple
RomanceIzz Ardan si pemilik kedai bernama Something Purple yang sudah bertahun terperangkap dalam dunia ungunya. Tidak mahu 'keluar' atau menunggu sesuatu atau seseorang untuk menariknya 'keluar'? Aufy Zasha, gadis yang baru hendak mencari pengalaman beker...