14: Ardan's Cheerleader

529 42 0
                                    

" Boring?"

Aufy angkat muka bila suara itu menegurnya. Ardan sudah berdiri di depan kaunter Purple Tortas. Aufy pandang bosnya dari atas ke bawah. Ardan hanya mengenakan baju hitam Nike dengan windbreaker kelabu dan seluar pendek hitam serta lengkap dengan running shoes New Balance tersarung di kaki. Mana pergi kemeja dan slack? Cermin mata bingkai hitam juga dah tak ada, mungkin sudah digantikan dengan kanta lekap. Dan bila melihat sepasang mata yang selalunya tersembunyi disebalik cermin mata, Aufy terus tersenyum nakal.

" Uuuu nice eyessss.. Do not flirt with me today, okay bos? Cos chances for me to fall for you is too high.. sebab mata tu.. mengancam."

" Pernah ke saya flirt dengan awak?" Ardan semakin merapatkan dirinya ke kaunter dengan pandangan yang sengaja dipakukan tepat pada wajah dihadapannya.

" Everyday. Bos tak perasan ke? Saya rasa macam bos sukakan saya. Tolonglah, bos. Saya datang sini nak kerja, saya tak ada masa nak layan orang sukakan saya. Kalau betul bos simpan.."

" Hey hey hey! Hello!" Ardan siap petik jari kat depan muka Aufy. " Tolong jangan nak perasan sangat."

Pecah tawa Aufy. Dia saja je cakap macam tu dengan niat nak mengusik Ardan. " Oh tak eh? Tak suka eh?" masih lagi mengusik.

" Perasan!"

" Bos nak pergi mana ni?" tanya Aufy.

" Jog." jawab Ardan seraya meletakkan botol air ke atas kaunter sebelum mengeluarkan telefon bimbit dan beg duitnya dari poket seluar. Kedua-dua barang itu juga diletakkan di atas kaunter. " Jom!"

" Hah, saya?" Aufy kerut dahi. Bos nak ajak dia joging sekali ke? Aufy tilik diri sendiri. Takkan nak joging pakai jeans dengan kemeja kotak-kotak ni kut? Dia pandang Ardan, minta penjelasan. 'Jom' tadi tu untuk apa sebenarnya?

" Tolong bawak semua ni." Ardan tunjuk barang-barang atas kaunter yang dia letak tadi. " Cepatla budak perasan."

" Kejap la Justin Bieber." Aufy tahu dia tak boleh nak cakap apa lagi dah bila Ardan dah bersuara macam tu. Nak tak nak, dia ambil jugak iPhone 6s milik Ardan lalu dimasukkan ke dalam poket jeans. Dompet dan botol air hanya dibawa dengan tangan.

Aufy kemudiannya membuntuti Ardan. " Tolong tahan pintu." Dia sengih bila mendengar dengusan Ardan. Dengus tak dengus, Ardan tahan juga pintu untuknya. " Thank you!"

Aufy melangkah mendahului Ardan ke Purple Dovana. Pintu Purple Dovana ditolak menggunakan tubuh tapi belum habis tenaga dia kerah, pintu dah ditolak sehingga terbuka ruang yang besar untuknya melangkah masuk. Aufy dongak. Ada tangan yang sedang menahan pintu untuknya. Dan dengan senyuman dia meneruskan langkah. Kali kedua Ardan tahankan pintu untuknya.

" Bos, nak pergi mana?" tegur Luth yang tengah bermain-main dengan bola sederhana besar berwarna ungu yang tergantung di sudut kiri berdekatan dengan kaunter. Bola yang ada muka orang senyum itu memang comel.

" Jogging!" jawab Ardan bersahaja.

" Aufy tu?" May pula bertanya.

Aufy senyum nipis bila mendengar nada tak puas hati si May. Jealous lah tu bos tak ajak jogging sama! Bos ajak dia je. Muahahaha! Eh Aufy, yang kau nak seronok sangat apasal? Bos ajak kau sebab nak suruh kau bawak barang-barang dia. Bukan ajak kau jogging sekali pun. Ahh peduli apa! Yang penting, bos ajak aku!

" My cheerleader. Jom Dora!" Ardan dah tahan pintu untuk Aufy.

May merengus geram. Geram apabila mendengar jawapan dari Ardan dan bertambah geram bila melihat Ardan membukakan pintu untuk Aufy. Dia hanya mampu melihat dari jauh sahaja. Tak pernah-pernah Ardan pergi jogging sebelum ni. Hishhh. Aufy tu sukalah tu bila bos ajak ikut dia.

Something PurpleWhere stories live. Discover now