"Yes Nissa?" Ardan menyandar lemah di kerusinya. Penat. Berulang alik dari syarikat ke Something Purple hari-hari sangat-sangat memenatkan. Tapi itulah yang dia buat selama beberapa hari ini. "Today?" dikerling sekilas jam dipergelangan tangan. 2.30 petang. Ardan menegakkan duduk, tidak lagi bersandar. Jari-jemarinya mengetuk-ngetuk meja sambil mendengar Nissa, setiausahanya sedang bercakap di talian. "It's okay Nissa. Just ask him to wait. I'll be there in.." sekali lagi permukaan jam ditatap. "15 minutes? Yeah. Okay, bye."
Dengan jari jemari yang masih sibuk menyentuh skrin iPhone, Ardan melangkah menuruni tangga. Sampai sahaja di Purple Dovana, matanya meliar melihat sekeliling. Tenang sahaja kedai hari ini. Tak macam semalam yang kecoh bila seorang pelanggan bertikam lidah dengan Aufy. Aufy... Kat mana agaknya budak tu?
"Bos!" May lambai Ardan sambil tersenyum.
"Mana yang lain?" tanpa membalas senyuman May, Ardan melangkah mendekati gadis itu. " Luth?"
"Luth kat sebelah kejap." Luth, datang la sekarang Luth sebelum bos yang dah kurang handsome ni mengamuk! Pinta May dalam hati.
"Budak suka cari masalah tu mana?"
May kerut dahi tengok Ardan yang bersuara tegas dan berwajah tegang. Ada kemarahan dalam nada suaranya bila bertanya pasal 'budak suka cari masalah' tu. Siapa yang bos maksudkan? Adakah...
"Look Miss. Dah banyak kali dah I cakap benda ni limited edition. There's no other pattern. This is the one and only. Berapa kali I nak ulang benda yang sama so that you faham?"
"Ohhh how dare... Kurang ajarnya budak ni! You marah I?? You tau tak sekarang ni yang you tu pekerja je? And I ni customer you??"
"So?Tu tak bermakna yang I ni tak pandai, dan you tu tak bodoh."
" DORA!!"
May pejam mata lalu geleng kepala, seolah-olah ingin mengusir pergi peristiwa semalam dari benaknya. Drama sebabak antara Aufy, pelanggan perempuan yang tak reti bahasa dan bos dia yang berwajah tegang.
"Err dia pun kat sebelah." May sudah tunduk. Khuatir jika diri dia akan menjadi mangsa bos melepaskan kemarahan.
"Yang semua orang nak pergi sebelah sana tu kenapa?" suara Ardan dah meninggi dan dia melemparkan pandangan ke Purple Tortas yang boleh dilihat dari dalam Purple Dovana kerana pemisah antara mereka hanyalah dinding kaca dan jambatan serta tasik ditengah. "Dating?"
Bila Ardan sebut satu perkataan tu, May terus angkat muka dan tengok apa yang menarik perhatian Ardan sehingga mata bosnya itu tak beralih dari pandang kat sebelah sana.
Oh damn. Kenapa mesti sekarang Luth?? Aufy?? Arhhh!
May dah mengetap bibir geram lihat Luth yang tengah suap Aufy cup cake. Entah apa entah budak dua orang tu buat. Yang sampai nak bersuap bagai tu kenapa? Gelak-gelak pulak tu. Bukan main seronok. Aishhh. Memang dah sah-sahlah kena bambu dengan bos kejap lagi. Aufy ni tak serik-serik lagi ke kena tengking?
"Cakap kat budak dua orang tu, kalau ya pun nak dating, bukan kat sini tempatnya."
"Err bos.." tak sempat pun May nak menjawab, Ardan dah keluar dari Purple Dovana dengan langkah yang super pantas. "Nak dating apanya bos? Budak dua orang tu bercinta pun tak... Problem betullah orang tua ni. Asyik nak marah je."
"May, asal?" Aufy terus ke Purple Dovana bila tengok Range Rover meninggalkan perkarangan Something Purple. Tengok macam mana kereta tu dipandu pun boleh tahu yang pemandunya tengah marah.
YOU ARE READING
Something Purple
RomanceIzz Ardan si pemilik kedai bernama Something Purple yang sudah bertahun terperangkap dalam dunia ungunya. Tidak mahu 'keluar' atau menunggu sesuatu atau seseorang untuk menariknya 'keluar'? Aufy Zasha, gadis yang baru hendak mencari pengalaman beker...