Ch.29

271 21 2
                                    

*Author pov*

Suho: Disini rupanya kau!

Suho melihat Chanyeol sedang duduk kat lantai training room seolah olah tiada masalah.

Chanyeol: hyung masuk lah saya pun baru sampai.

Daripada duduk, dia berdiri mahu mengambil guitar. Suho bejalan ke arah Chanyeol. Satu tumbukan dilayangkan tepat mengenai muka Chanyeol membuat kan Chanyeol terlentang kebelakang.

Chanyeol: yah hyung ah dah gila ke?!

Dia terkejut dengan apa yang berlaku. Dia menggosok pipi yang terasa sakit. Suho betul betul mendidih sebaik terpandang wajah Chanyeol. Apatah lagi dia teringat apa yang Hani cakap kat dia tadi.

Baekhyun: yah hyung apa bising bising ni dari luar dah kedengaran suara korang. *baru masuk*

Khayalan Suho berkecai sekarang dia sedang berdepan dengan Chanyeol. Dia perlu buat perhitungan dengan Chanyeol. Chanyeol bangun sambil memandang hyungnya dengan wajah berang sebab sakit hati kena serang secara tiba tiba.

Baekhyun: apa ni hyung?

Tenungan Chanyeol bagai menyimbah minyak. Suho meluru lagi tapi kali ini Baekhyun segera menghalang tindakannya.

Baekhyun: kalau ada masalah settle baik baik. Jangan sampai betumbuk. Apa ni hyung? Kita kan dah macam adik beradik.

Suho: jantan ni memang tak guna!

Chanyeol: apa masalah kau ah?!

Suho: menyesal aku anggap kau macam adik aku. Kalau aku tahu macam ni perangai kau yang sebenarnya!

Chanyeol: cakap biar elok sikit. Apa hal kau serang aku tiba tiba? Kalau rasa tak puas hati cakap terang terang.

Suho: kau kejam Chanyeol! Sanggup pukul wife kau! Husband macam apa kau ni?

Chanyeol terdiam. Dia geram apabila tahu Yeonhee sudah pandai mengadu. Baekhyun yang berdiri antara kedua dua temannya terkejut. Berita yang di bawa Suho memang mengejutkan. Sukar untuk dipercayai lelaki seperti Chanyeol sanggup mengasari perempuan.

Suho: kau memang pengecut.

Chanyeol: dia memang layak dipukul sebab dia buat salah dah memang tanggungjawab aku sebagai husband dia.

Suho: tanggung jawab otak kau!

Suho menggengam penumbuk, tetapi Baekhyun tarik kuat tubuhnya.

Baekhyun: yah hyung ah! Sabar. Jangan ikutkan perasaan marah hyung tu. Duduk dulu kita berbincang. Mungkin ada salah faham.

Suho: lepas kan hyung Baekhyun. Biar aku kerjakan jantan macam ni cukup cukup. Aku nak tengok setakat mana dia handal. Bukannya dengan pukul perempuan. Biar kami selesai kan secara jantan.

Chanyeol: ini rumah tangga aku. Kenapa kau pulak yang nak masuk campur?

Suho: kalau kau tahu uruskan sendiri, memanglah aku tak masuk campur. Paboya!

Chanyeol: dia wife aku. Aku perlu ajar dia cara nak hormatkan husband. Kalau tak aku jadi lelaki kejam. Tau tak?

Suho: pukul wife kau sampai lembik kau kata mengajar? Mana kau belajar hah? Otak kau kat mana?

Chanyeol: Jangan campur urusan aku Suho. Jangan sampai kita putus sahabat. *duduk kat sofa*

Suho: aku tak menyesal putus kawan dengan kau!

Chanyeol: bukan aku yang salah dalam hal ni. Lagipun tak salah aku pukul wife aku. Kalau ikutkan lagi teruk aku buat.

Suho memejam mata, meramas rambutnya. Kata kata Chanyeol memang tidak masuk akal. Langsung tidak bersalah dengan apa yang berlaku.

Chanyeol: dia curang memang patut dia kena pukul macam tu.

Suho: kau dah gila! Kau pukul wife kau sampai teruk begitu. Kau memang takde hati perut langsung.

Chanyeol: sebab dia tipu aku. Selama ni dia curang ngan aku.

Suho: kau pasti dia salah?

Chanyeol: dia memang perempuan murahan kalau nak tahu mata kepala aku sendiri jadi saksi. Kalau ikutkan hati memang dah lama dia tu mati. Perempuan takde maruah macam tu kau nak bela?

Suho: Yah! Aku rasa nak hentak je kepala kau yang bengap tu.

Chanyeol: Yah! *berdiri*

Suho: dia tak salah bodoh! Tapi kau yang menghukum dengan kejam. Sampai kau hampir membunuh!

Chanyeol: apa yang kau merepek ni? Yang kau nak bela dia sangat kenapa? Atau kau pun ada affair dengan wife aku?

Chanyeol sudah hilang sabar. Masing masing sudah mengepal penumbuk.

Baekhyun: yah! Cukup lah! *tolak chanyeol & suho agar menjauh*

Suho: kau tahu tak Yeonhee sekarang ada di hospital? Kau dah hampir bunuh anak kau. Darah daging kau sendiri.

Chanyeol tersentap. Matanya tidak berkelip memandang Suho. Debaran didada sedang menghambat laju.

Baekhyun: betul ke ni hyung?

Suho meraup muka dengan tapak tangan. Hatinya sakit dan kesal. Saling bertingkah. Terlalu kecewa dengan apa yang berlaku.

Chanyeol: hyung..hyung jangan main main.

Suho: kau ingat aku buat lawak ke? Teruk kau pukul Yeonhee. Kau takde hati dan perasaan ke? Dia almost keguguran. Kau dah almost bunuh anak kau yang ada dalam kandungan wife kau!

Chanyeol terduduk. Dia memejam mata. Kepalanya beserabut.

Chanyeol: dia kandungkan anak aku?

Suho: hyung kecewa dengan kau chanyeol. Sangat kecewa.

Chanyeol: apa..apa yang..

Suho: nasib baik hyung dan Hani sampai cepat. Kalau tak kau tak sempat jumpa kedua duanya.

Chanyeol: apa aku dah buat ni?!

[C] Mr.Perfect 「chanyeol」Where stories live. Discover now