BAB 1

790 52 2
                                    

" REENA berdebarlah , mama . Hari ni first day kat sekolah baharu tu . Nervous . " Adreena membetulkan tudungnya yang senget . Nak masuk sekolah baharu mana boleh selekeh . Omelnya . 

      " Reena dah form 2 . Mana boleh malu-malu lagi . Anggap je sekolah baharu tu macam sekolah lama Reena . " Adreena mengambil sekeping roti bersapukan mentega lalu memasukkan sedikit demi sedikit kedalam mulut . Ibu nampak tenang , tapi dia sudah gelisah tahap gaban ni .

      " Eh , cepat sikit makan tu . 6.55 dah ni . Nasiblah ayah cari rumah yang berdekatan dengan sekolah . Ayah tunggu dalam kereta . " Adreena melajukan kunyahannya . 7.15 pagi mesti semua murid sudah beratur . Perjalanan dari rumah ke sekolah hampir tujuh minit . 

      " Reena pergi dulu ya , ibu . Jaga diri elok-elok . Bye . " tangan ibu disalam dan dikucup Adreena . Perasaan berdebarnya semakin menggunung tinggi . 


KELIHATAN dewan terbuka sekolah dipenuhi dengan para pelajar . Ah , mana barisan kelas aku ni ? Jangan berat mulut , Reena . Cool . Bisik hatinya . 

      " Akak tahu tak mana barisan kelas 2 Amethyst ? " jari telunjuk pengawas bernama Humairah itu tepat menunjukkan barisan kelas yang ditanya Adreena . Selesai mengucapkan terima kasih , Adreena beratur di dalam barisan kelas . 

      Dia agak kekok kerana rakan kelas dia memandang dan berbisik-bisik sesama sendiri . Mahu ditegur ? Tegur apa ? 

      Perhimpunan yang agak membosankan tamat selepas pengetua sekolah menyampaikan ceramah . Seorang guru memanggil Adreena . 

      " Awak , budak baru tukan ?" tanya cikgu yang bernama Norlela itu . 

      " Ya saya . " peluh dingin mula membasahi dahi luas Adreena . 

      " Oh . Mari ikut saya ke kelas . Awak kenalkan diri awak pada mereka ya . " Adreena agak terkejut . Sudahlah dia seorang pemalu . 

      Adreena membuntuti Cikgu Norlela hingga kedalam kelas . Selepas ketua tingkatan memberi salam mereka semua duduk kembali . Adreena berfikir , jika disekolah lama, guru yang masuk sepatutnya memberi salam . Ibarat tetamu memasuki rumah orang . Betul atau tidak? 

      " Baiklah murid-murid sekalian . Hari ini kita akan menerima seorang murid baharu . Adreena , sila perkenalkan diri awak . " Cikgu Norlela menyuruh Adreena berdiri dihadapan rakan-rakan sekelas . 

      " Assalamualaikum . Saya Nur Adreena Binti Naufal Adry . Dulu saya tinggal di Bangsar dan saya baru berpindah kesini tiga hari yang lepas . Terima kasih. " dia menunduk memandang lantai simen kelas . 

      " Adreena , awak boleh duduk ditempat kosong itu . " Cikgu Norlela menunjukkan sebuah kerusi dan meja yang masih tidak berpenghuni . Adreena hanya menuruti . 

      " Hai , Adreena . Saya Aleeya Arissa . " mereka bersalaman . Mesra! Ini yang bagus . 

      " Buka buku tels halaman 20 . Kamu semua buat latihan B itu , ya . " arah Cikgu Norlela . 


DendamWhere stories live. Discover now