BAB 8

486 40 3
                                    

NURUL WAHIDA . Bagi gadis kecil molek itu memang tiada kegembiraan di dalam kehidupannya sama ada di sekolah atau di rumah . Ketika di sekolah mungkin ada gembiranya tapi di rumah memang tidak ada . Terseksa dalam neraka buatan keluarga yang macam bukan keluarga . 

      Ada sahaja yang tidak kena diantara Wahida dan kakaknya . Ibunya pula langsung tidak kisah perihal anak . Ayah? Jangan cerita . Berjudi aje kerjanya . Siang malam memang susah nak nampak batang hidung . Berhutang . Itu sudah menjadi hobi lelaki 40-an tu . Wahida tertekan . Kerana keluarga itulah dia menjadi tidak tentu hala sehingga sanggup mencederakan anak orang . 

      Dia ingin ada kehidupan seperti Aleeya . Kaya . Petik jari aje , semua dapat . Logiklah, baru form 1 kut dah ada Iphone . Dia pakai Samsung Galaxy Young yang dah lapuk tu aje . Nak minta baharu? Memang takkan dapat . Mahu makan pun susah . Rumah setinggan aje . Tak luas mana pun . Wahida tetap bersyukur kerana masih mendapat tempat perlindungan . Tapi dia tidak ingin langsung untuk mempunyai keluarga seperti ini . 

      Wahida termenung menghadap siling bilik yang sudah pudar warna catnya . Katil pun tidak bercadar . Almari tiada . Letak baju kat atas rak ajelah . Perutnya berbunyi menandakan masih belum diisi . Nak isi apa? Dalam peti ais tu daging beku je ada . Dia mana tahu memasak . Nasi goreng pun tak lepas lagi .

      Asyiqin masuk kedalam bilik lalu berbaring diatas katil . " Malam ni kau tidur bawah . Sakit belakang aku . " benda biasa . 

      Memang setiap minggu mereka bergilir-gilir tidur diatas katil dan diatas toto . " Kak , ibu masak tak hari ni?" walaupun benci , dia masih menghormati kakaknya . 

      " Entah . Aku tak tahu . Aku makan luar ajelah . Asyik makan benda sama je . Jemulah . " inilah dia manusia yang tidak kenal erti bersyukur . Janji ada makanan daripada tak ada . 

      " Akak kenalkan Aleeya? " Asyiqin mengangguk . 

      " Wahi tengok dia senang ajekan? Tak macam kita ni . Kais pagi makan pagi , kais petang makan petang . " Asyiqin membisu . Matanya masih memandang skrin telefon . 

      " Akak dengar tak ni? " satu perkara yang annoying sangat adalah bila bercakap dengan orang tapi lambat reply

      " Ya aku dengar . Kau tak habis-habis dengan dia . Kalau rindu dia pergi duduk rumah dia . Tak ingin nak tengok muka kau dalam rumah ni . " Asyiqin bangun dari atas katil lalu menapak keluar bilik . Kakak tak guna! Wahida mendengus kasar . 

      Bosan . Televisyen langsung tak menarik perhatiannya . Handsetnya berbunyi menandakan mesej masuk . Bibirnya mengukir senyuman . Yeah , Noah ajak keluar! 

      Cakap pasal budak bernama Noah ini memang Wahida suka . Nama budak tu Danish Noah . Marah bila orang panggil dia Danish . Noah tu kiranya nama glamour dialah . Huh! Noah bukan form 1 atau form 2 tapi dia darjah 6 dan akan menghadapi UPSR . Dia kalau tentang akademik dia tak suka sangat tapi kalau bab kokurikulum memang aktif . Olahragawan sekolah . 

      Walaupun Wahida ini form 2 , tetapi dia lebih rendah berbanding Noah . Biasalah tukan? Mungkin kerana keturunan Wahida ini rendah-rendah orangnya . Noah sudah menunggu ditepi kolam awam untuk penduduk Apartment Mawar . Nama aje apartment tapi macam flat . 

      " Ganggu ke? " tak disangka Noah memang kacak . Ramai pelajar perempuan yang menaruh hati padanya . Kira macam crushlah . 

      " Tak langsung . Lagi suka kalau kau ajak aku keluar . " couple tapi rare . Ha itulah dia . Pakai kau aku . Tak mainlah sayang dan baby ni . Ew . 

      " Jom , aku belanja kau Starbucks . " Noah kaya . Bolehlah . 

      " Jom . " mereka berjalan beriringan . Noah pandai tunggang motorsikal . Tak selalulah sebab KL kan? Kena saman nanti kan ke susah? 

      Tapi hari ini Noah tak tunggang motor sebab hati dia tak sedap pulak . Naik bas ajelah . Perjalanan hanya memakan masa selama 10 minit . Berpegang tangan? Of course

      " Em , Noah . Kalau aku tanya sikit boleh? " Wahida cuba mengalih perhatian Noah . 

      " Tanyalah . Kalau aku boleh jawab , aku jawab . " 

      " Kau betul-betul takkan tinggalkan aku ke? " mata Noah merenung sepasang mata bundar milik Wahidah . Sekali imbas macam drama kat slot Akasia TV3 tukan? 

      " Kenapa? " tak yakinlah tu . Omel Wahidah . 

      " Sebab hanya kau dan Geng Sakura aje dapat buat aku happy . Family? Jangan cerita . " Wahida fikir positif . Mungkin Noah ingin tahu sebabnya dia bertanya soalan itu bukan kerana Noah tidak yakin akan setia . 

      " Kalau salah seorang daripada kita tak main kayu tiga , insya-Allah , kekal . " jawapan yang membuatkan Wahida tersenyum . Kalau di rumah memang dia susah mahu senyum . Asyik bermasam muka aje . 

      " Lepas ni kita jalan-jalan nak? " laju sahaja Wahida mengangguk . Gembira yang susah diperoleh akhirnya diperolehi juga . Thanks Noah . Sayang kau .  

      

DendamWhere stories live. Discover now