NAMANYA ALEEYA ARISSA ANUAR . Berasal dari Subang Jaya . Bekas ahli Sakura dan bekas teman baik Wahida . Aleeya kehidupannya sempurna . Tiada kesusahan . Kaya . Tapi jangan ingat kaya itu selalu mendatangkan perasaan gembira . Aleeya pernah berfikir untuk menjadi biasa-biasa sahaja . Baginya kaya ini tiada makna . Cuma berharta . Itu sahaja .
Untuk hari jadinya yang ke-13 , ayahnya menghadiahkan Iphone . Namun hatinya menolak semua itu . Hati sahaja . Dia inginkan suasana yang gembira . Hidupnya sama seperti Wahida . Sunyi . Cuma Wahida tidak setaraf dengannya . Ibunya pernah memaksa dirinya untuk masuk ke sekolah swasta . Katanya lebih bagus . Padahal , pelajar-pelajar disitu tidak bagus seperti yang disangka . Semua menyombong sesama sendiri . Orang kayakan?
Dia sendiri ingat akan kata-kata Ustaz Hamdi , " Tiada guna kaya harta jika miskin dengan akhlak ." ya , selepas memberitahu tentang itu pada keluarga , Aleeya dimarahi . Entah mengapa dia pun tidak tahu .
Dia letih . Letih sebab apa? Sebab memujuk untuk meminta ibu dan ayah bercuti selama satu hari pun cukup . Dia mahu duduk bersama dan berbual rancak . Itu yang dimahukan, bukannya kesunyian . Ayah jarang berada di rumah kerana sibuk dengan hal syarikatnya . Kadang-kadang ayah langsung tidak pulang kerumah .
Ibu pula sibuk dengan butiknya . Balik sahaja rumah, pasti ada rungutan yang didengari . Sampaikan Aleeya pernah tidur di rumah Aishah untuk satu malam kerana bosan yang teramat . Hari ini Aleeya hadir kesekolah dengan dihantar oleh driver ayah . Bukan ayahnya sendiri .
Semua heboh bercerita tentang ayah Wahida menolak anak sendiri kedalam kolam sehingga lemas . Aleeya hanya mampu mendengar . Tak mahu percaya sebab orang kadang-kadang suka menokok tambah cerita . Nisa tak hadir . Selalunya minah tu paling rajin kesekolah .
" Kau tahukan pasal Wahida tu? " Aishah bertanya . Aleeya hanya mengangguk .
" Biar dia rasa macam mananya sakit yang dia pernah buat kat mangsa-mangsa dia . " Adreena dihadapan Aishah seperti menyokong kata-kata Aishah .
" Tak baiklah , Aishah . Itukan takdir . Tak baik cakap macam tu . " Aleeya tak ada mood sangat hari ni . Dia lebih suka bersendiri .
" Yelah . Eh, Reena . Kau dah siap Sejarah? Nak tiru jap . " Adreena menghulurkan buku nota Sejarahnya . Aishah, Aishah . Tiru aje kerja kau .
SEMASA mereka bergerak ke kantin , Aleeya ditarik Ameera ke belakang sekolah . Ameera menarik tudungnya . " Aku nak kau masuk geng ni balik . " hek eleh . Pasal tu jeke? Nak tarik-tarik aku pasal apa?
" Aku tak nak buat dosalah! " tangan Ameera ditolak kasar .
" Oh, dosa? Selama kau masuk dulu, ada ingat dosa? Kafir adalah! " Ameera bab-bab mencederakan fizikal orang, dia tak pandai sangat tapi kalau melawan dengan kata-kata, dialah nombor satu .
" Sebab masa tu aku jahil . Aku terpengaruh dengan korang . "
" Kisah apa aku? Aku nak kau masuk . Ganti Wahida . " aik?
" Wahida kau nak campak mana? " ini ke namanya kawan? Selfish adalah .
" Buat masa ni dia tak ada . Aku nak kau ganti . Banyak lagi natang tak bayar hutang . "
" Aku tetap dengan jawapan aku . Tak nak! " lagilah membuat Ameera bengang . Ameera undur ke belakang lalu menyepak perut Aleeya . Gila kuasa ke apa ni? Bukan ini semua kerja Wahida ke?
" Sakitlah babi! " dia terduduk . Satu lagi tendangan hinggap di kepalanya .
" Mana kesan torehan kau tu? Kasi aku tengok . " lengan baju Aleeya ditarik kasar .
" Nak aku toreh lagi? "
" Cikgu! " Athirah lari lintang-pukang meningglkan Ameera . Cikgu Rohana memegang rotan lalu...

YOU ARE READING
Dendam
Mystery / ThrillerDendam kembali bernyawa . Geng Sakura tidak boleh berdiam diri lagi . Geng Rose akan merana selepas dendam dilunaskan . Namun bukan itu penghujungnya . Geng Rose bekerjasama untuk melawan mereka . Adreena , Aleeya , Aishah dan Nisa mempunyai...