KAMIL memerhati sahaja cara Faris memandang gadis bernama Adreena itu. Ramai juga rakan-rakannya yang suka pada gadis itu. Baginya Aleeya lagi cantik daripada puluhan gadis di dalam sekolah ini. Fatihah? Baru je break hari tu.
" Oi, makanlah. Masuk dek lalat nanti. " sepinggan nasi lemak masih tidak diusik oleh Faris. Leka pandang awek.
" Kejaplah. " setiap kali Adreena gelak mesti Faris gelak sama. Dah macam orang gila Kamil tengok.
" Tak larilah awek kau tu. Aku habiskan nanti, menyesal tak sudah kau. " pinggan itu ditarik Kamil.
" Blahlah kau. Makanan aku ni. "
" Tahu pun. Cepatlah. Kejap lagi aku kena bertugas. " pengawas always busy.
" Ya, aku tengah makan ni. Buta ke? " sekali pandang budak berdua ini, serupa macam adik-beradik. Keakraban mereka tak boleh nak describe dari mulut. Kena lihat sendiri.
" Reena, aku perasan dari tadi ada orang intai kau. " Aleeya menepuk bahu Adreena.
" Siapa? "
" Tu, Faris Daniel tu hah. " dia menunjukkan tempat Faris Daniel duduk dan Adreena turut memandang sama.
" Lah, biarlah. Mata dia. Suka hati dialah nak intai sesiapa pun. "
" Aku rasa dia suka kau. " terkekek-kekek Aleeya ketawakan Adreena dan membuat gadis itu geram lalu mencubit perlahan lengan Aleeya.
" Aduh, sakitlah! Aku cakap je pun. " Aleeya mengusap-ngusap lengan kanannya yang dicubit Adreena. Gurau sikit pun tak boleh!
" Dari tadi aku tak nampak Nisa. Mana dia hah? " tanya Adreena. Menukar topik perbualan.
" Biarlah dia. "
DI BELAKANG SEKOLAH...
" Nisa, lepaskan aku. Aku minta maaf sangat-sangat pasal tu. Tolonglah! " rayu Athirah. Kainnya diselak hingga atas buku lali. Nisa mengeluarkan pemetik api.
" Kau nampak tak kesan melecur kat tangan aku ni? Sekarang giliran kau pulak merasa. " pemetik api dihidupkan lalu Nisa mencucuh pada buku lali Athirah.
" Aduh, sakitlah. Berhentilah, Nisa. Sakit. " air mata merembes keluar namun tidak langsung menyentuh hati gadis bernama Nisa itu.
" Kenangan terindah kau. " pemetik api dimatikan. Dia berlalu dari situ. Buku lali Athirah pedih. Cecair berwarna merah mewarnai kakinya. Wahida yang menyedari tentang itu cepat-cepat memapah Athirah. Shit! Diorang, makin menjadi.
ANDA SEDANG MEMBACA
Dendam
Mystery / ThrillerDendam kembali bernyawa . Geng Sakura tidak boleh berdiam diri lagi . Geng Rose akan merana selepas dendam dilunaskan . Namun bukan itu penghujungnya . Geng Rose bekerjasama untuk melawan mereka . Adreena , Aleeya , Aishah dan Nisa mempunyai...
