" IMRAN! " panggil Kamil.
" Apa? " Imran sibuk dengan kerja sekolah yang masih belum disiapkan. Cikgu ni macam-macamlah. Aku nak balik, dia suruh hantar hari ni jugak. Omelnya.
" Malam ni ada race lagi ke? " pengalaman pertama Kamil join mat-mat rempit itu telah heboh satu sekolah tapi tak sampai kat telinga cikgu lagi. Kalau tak, memang dah kena lucut jawatan.
" Tak. Aku ada date. Sorry eh? " Kamil mengangguk faham. Dia dan Fatihah sekarang makin tegang. Ada je yang tak kena.
" Kau kenal bekas ahli Sakura tu tak? " sengaja dia bertanya.
" Kenal. Kenapa? "
" Dia cantik kan? "
" Gelap camtu, kau kata cantik? Haha! Cari macam awek akulah. Putih. " mata masih fokus dengan kerja sekolah. Kantin tutup pulak. Lapar duh.
" Putih tapi hati hitam. " Kamil tersengih memandang Imran yang sedang menahan marah.
" Agak-agaklah nak cakap camtu. Awek kau tu pun hati berkerak penuh kulat. " mereka berdua sama-sama tergelak.
" Jangan cerita pasal awek akulah. Mengada-ngada cam babi! " lagi sekali mereka tergelak. Habis riuh satu kantin dengan gelak tawa mereka.
" Asal duh? Cer story sikit. "
" Malas duh nak cerita. Dia tu pantang tengok aku borak dengan pompuan lain. Bila gaduh, ungkit benda lama. Aku paling tak suka orang mengungkit ni. " Imran menghayati cerita pendek Kamil.
" Pompuan. Biasalah tu. Bila jadi bini, gila kuasa macam dia ketua keluarga. " Imran and Ameera. Mulut sama lancang. Memang sesuailah tu.
" Jangan kita jadi dayus, sudah. Okeylah, chiao! " Kamil blah dari situ. Entah mengapa hati jejaka itu mula tertarik dengan Aleeya yang menarik itu. Harap dia single.
" ABANG NAK APA LAGI? " Ameera sedari tadi hanya berdiam diri di dalam biliknya. Takut untuk menghadap wajah ayahnya.
" Abang nak ambil Ameera tinggal rumah abang masa cuti sekolah nanti. Sebulan aje. " dia menharap supaya mama tidak membenarkan ayah mengambilnya. Dia takut.
" Tak boleh! Ita dah rancang nak bawak dia bercuti. "
" Itu lain harilah. Bolehlah, Ita. Salmah nak sangat jumpa dia. "
" Tak payah! Cakap dengan Salmah, dia tak ada hak nak sentuh anak Ita lagi. Cukuplah dia merana duduk dalam neraka abang tu. " balas mama.
" Salmah dah berubah. "
" Bohong! Perempuan syaitan tu takkan berubah. " Ameera tidak tahan lagi. Dia membuka tingkap biliknya dan cuba untuk menyelinap keluar. Air mata yang ditahan terus mengalir dengan laju. Mujur tingkap rumahnya lain daripada yang lain dan mujur rumahnya berada ditingkat satu. Senang sikit.
' Aku benci ayah! Dia binatang bertopengkan manusia! Aku cuma sayang mama dengan opah. Hanya ada dua orang insan tu je yang berada di dalam hati aku. Selamanya. ' dia berlalu ke taman permainan dengan air mata yang masih berlinangan.
YOU ARE READING
Dendam
Mystery / ThrillerDendam kembali bernyawa . Geng Sakura tidak boleh berdiam diri lagi . Geng Rose akan merana selepas dendam dilunaskan . Namun bukan itu penghujungnya . Geng Rose bekerjasama untuk melawan mereka . Adreena , Aleeya , Aishah dan Nisa mempunyai...