BAB 14

412 39 0
                                    


FATIHAH menggeliatkan tubuhnya . Huh , letih! Yang lain sedang enak dibuai mimpi . Hanya dia dan mama Ameera sahaja berjaga . Takkanlah mama Ameera nak tidur . Memang innalillah-lah . 

      Telefon bimbit Ameera berbunyi . Dalam keadaan amai-amai dia melihat siapa yang call . Noah . Apa budak ni nak? Wahida tak adalah! 

      " Hello? " 

      " Ameera! Wahi masuk hospital . Dia lemas tadi . " Ameera membulatkan matanya . 

      " Hospital mana? " yang lain turut terjaga . 

      " Ha , okey . Mama singgah SJMC jap . Wahida masuk hospital . " mama Ameera kenal akan Wahida malah kisah hidup gadis itu turut dia tahu . 

      " Kenapa dengan Wahi? " Athirah yang masih mamai terus menjadi segar bugar . Wahida A.K.A teman rapatnya . Mana tak risaukan?

      " Dia masuk hospital . Noah kata dia lemas . " lemas? Bukankah perkara paling Wahida fobia adalah berenang? Mengapa gadis itu berani mati mahu mencuba untuk berenang . Wahida bukan bodoh orangnya . Fikiran mereka penuh dengan pertanyaan . 

      Hampir setengah jam kemudian , kereta Proton Exora selamat di pakir . Semua keluar dalam keadaan terkocoh-kocoh . Rambut pun agak serabai kerana baru lepas berseronok dekat water park .

      Mereka semua meluru kearah kaunter dan bertanyakan pesakit bernama Nurul Wahida . Bilik 211 tingkat 3 . Semasa di dalam lif , Ameera memerhati wajah Athirah . Risau betul gadis itu . 

      Bilik 211 berada di hadapan mata . Noah dan seorang lelaki yang amat dikenali mereka duduk menunduk . Ameera berlari anak kearah Noah dan menyapa lelaki muda dua tahun daripadanya itu . 

      " Noah! Wahi macam mana? " 

      " Ada dalam wad tu . Dia tak sedarkan diri lagi . Doktor kata banyak masuk air . " mentol menyala diatas kepala Ameera . Hanya imaginasi bukan betul-betul . 

      " Wahi yang mandi kolam atau macam mana ni... " kali ini mata tepat memandang lelaki berwajah bengis itu . Mesti dia yang lakukan! Dasar bapak tak guna! 

      " Korang pergilah tengok dia dulu . " ibu Wahida keluar dari dalam wad . Mukanya tegang menahan marah . 

      " Ini semua salah abang! Sekarang abang tengok apa dah jadi dekat adik . Abang ni memang tak bertanggungjawab . Mana perginya tugas seorang suami dan ayah? Makan minum anak , bini semua saya yang tanggung . Apa nak jadi abang ni?! " nurse yang berada tidak jauh dari situ turut terkejut mendengar suara lantang ibu Wahida . Mama Ameera hanya menjadi pemerhati . Yang lain sudah masuk kedalam .

      " Aku tahu ni salah aku . Aku tak sengaja . " aku? Suami apakah? 

      " Ah , tak kiralah! Abang memang suami tak bertanggungjawab! " kali ini suara wanita berusia linkungan 40-an itu menjerit dengan kuatnya . Tiada guna jika ada kelibat orang dewasa yang lain jika tidak menegur pasangan suami isteri itu . Mama Ameera meluru kearah mereka .

      " Akak , sabar . Ini hospital bukan rumah . Hospital tempat orang sakit dirawat . Mereka juga berehat disini . Jangan bagi mereka sakit lagi dengan suara lantang akak tu . Benda ini boleh dibawa berbincang . Tolong jangan buat onar disini . " bukan mahu menyibuk hal rumah tangga orang tetapi ini sudah melebih . Silap-silap roh tak tenang kat dalam hospital ini pun terjaga . 

      " Akak dah tak boleh bersabar . Cukuplah akak menderita . " ibu Wahida berlalu ke pantri sambil air mata yang deras mengalir . 

      Selesai . Mama Ameera masuk kedalam wad . Wahida baring dalam keadaan yang masih tidak sedarkan diri . Noah setia berdiri ditepi katil . Muka Wahida pucat . 

      " Noah , ceritalah kat kami . Bagaimana ni semua terjadi? " Athirah bersuara . 

      " Wahida terjatuh dalam kolam . Ayah dia tolak . Semuanya berpunca daripada aku . Kalau aku tak ajak Wahida keluar , ini semua takkan terjadi . " mereka semua memahami apa yang terjadi . Semua pandang sesama sendiri . Dalam hati Athirah ada satu dendam yang paling dia marah . Dendam pada ayahnya Wahida . 

      Beberapa minit kemudian tangan Wahida bergerak . Matanya masih tertutup rapat . " Noah , Sa..Sakura! " panggilnya dalam nada perlahan . Malangnya nama pertama yang disebut bukanlah nama keluarga . 

      " Kitorang ada kat sini , Wahi . " tangan Wahida dipegang erat oleh Athirah . Sejuk . 

      " Aku kat mana? " soalan pertama yang keluar dari bibir kecil Wahida . 

      " Hospital . Kau lemas tadi , aku bawa kau ke hospital . " tangan Noah dicapai Wahida . 

      " Noah , jangan tinggalkan aku . " mama Ameera memberikan isyarat keluar kepada tiga gadis yang lain . Memberi privasi diantara pasangan muda itu . 

       " Tak . Aku ada sini . " dengan tenaga yang masih berbaki separuh , Wahida bersandar pada kepala katil . 

      " Jangan tinggalkan aku , Noah . Aku mintak maaf bagi pihak ayah aku . Tolong maafkan dia . " ingat lagi pesan orang tua . Sejahat mana pun ibu bapa kita , kita mesti hormat mereka . Setiap manusia melakukan kesilapan . Tiada yang sempurna . 

      " Aku maafkan . Aku takkan tinggalkan kau . " Wahida berkata begitu kerana dia masih teringat akan Hazim . Kerana kes Hazim ditumbuk oleh ayah , mereka putus . Kata Hazim , dia tidak sanggup bercinta dengan anak yang mempunyai bapak kaki pukul . Dia tidak mahu Noah begitu . Dia tahu Noah sudah matang dan boleh berfikir dengan teratur . 

      " Doktor kata kau boleh balik esok . " Noah mengukir senyuman ikhlas . Turut sama dilakukan Wahida . Pasangan paling bahagia walaupun salah seorangnya menderita . Tak guna jika bersungguh-sungguh bercinta tetapi tiada kerjasama dalam membantu . 

DendamWhere stories live. Discover now