KALI ini Noah menunggu diluar kawasan apartment Wahida . Seram pulak tengok sorang apek ni usha dia dari tadi . Wahida berjalan menuju ke guardhouse . Noah menunduk memandang simen . Bahunya disentuh lembut oleh Wahida .
" Asal pipi kau tu? " Wahida memegang pipi kirinya . Lupa pulak nak pakai bedak tebal-tebal . LOL .
" Tak ada apalah . " malas nak memanjangkan cerita .
" Orang bodoh aje bagi jawapan macam tu . Sekarang kau cakap dengan aku , kenapa dengan pipi kau tu? " dah nama pun seorang yang caring . Nak tak nak kena jawab jugak .
" Aku kena lempang . Eh , jomlah . " dia menarik tangan Noah jauh dari guardhouse . Nak pergi mana eh? Kenalah tanya empunya badan yang mengajak .
" Kita pergi tengok wayang? " kakak sedang lapar . Apa nak buat ni eh? Ah , perut dia . Lagipun dia dah besar . Mampuslah! Omel Wahida .
" Jomlah . Aku nak tengok Dilwale . Hihi . " orang Malaysia sekarang tengah demam Dilwale ni . Wahida tak mahu melepaskan peluangnya untuk menonton filem lakonan selebriti popular , Shah Rukh Khan dan Kajol . Tak sabarnya .
" Kau layanlah . Aku nak tengok Star Wars . " jantina pun lelaki . Mestilah minat yang hero-hero inikan?
" Please Noah . Dilwale jom . " dia meletakkan dagunya diatas dada Noah . Maklumlah rendahkan? Manja-manja sikit .
" Dilwale pun Dilwalelah . Nanti kau teman aku tengok Star Wars pulak eh? " Wahida mengangguk . Pasangan muda itu berlalu ke stesen bas dan tanpa disedari ada seraut wajah bengis sedang memerhati mereka berdua . Dia mendengus kasar .

YOU ARE READING
Dendam
Mystery / ThrillerDendam kembali bernyawa . Geng Sakura tidak boleh berdiam diri lagi . Geng Rose akan merana selepas dendam dilunaskan . Namun bukan itu penghujungnya . Geng Rose bekerjasama untuk melawan mereka . Adreena , Aleeya , Aishah dan Nisa mempunyai...