BAB 13

405 39 2
                                    

WADUH-WADUH aku bosan si . Noah hampir terlentok kepalanya keatas bahu Wahida . Bosanlah tengok hindustan . Sekejap-sekejap dia memandang jam tangan Fossilnya . 

      " Em , lama lagi ke nak habis? " pertanyaan yang diselitkan sedikit sindiran di dalamnya . 

      " Mungkin . Kau relax jelah . Tidur dulu . Nanti aku kejut . "  popcorn yang dibeli untuk dua orang telah pun habis dikebumikan di dalam perut . Noah mengeluarkan telefon bimbitnya . Dia membuat 'silent' tanda menghormati orang sekeliling yang sedang leka menonton filem yang amat membosankan baginya . 

      2.30 petang sudah . Setengah jam lagi habislah tu . Best jugak lagu Janam Janam tu eh . Haih , tadi bukan main bosan . Noah meletakkan kepalanya diatas bahu Wahida . Bermanja-manja sikitlah . 

      " Beratlah kepala kau . Tepilah! " Wahida menolak kepala Noah , namun lelaki itu tetap berdegil . Bukan selalu . 

      " Kepala aku dah jatuh cinta dengan bahu kau . " merapu ke apa ni? Tidur ajelah! 

      " Kau ngantuk eh? " 

      " Yelah . Bosan kut . " Wahida tersengih di dalam kegelapan panggung wayang . 

      " Jomlah . Bosan jugak . " dia bangun dan segera menarik tangan Noah . Mujur dia duduk dibarisan belakang sekali . So , tak ganggu orang lain yang sedang menonton . 

      " Keluar sahaja dari tempat panggung , Noah bertanya , " Eh , Wahi . Kalau aku tanya sikit boleh? " matanya merenung kesan lebam dipipi Wahida . 

      " Apa? " sambil itu mereka berjalan keluar dari dalam mall

      " Siapa lempang kau? " Wahida memandang Noah kemudian dia mengeluh . 

      " Kakak aku . Aku terkurang ajar dengan dia . " ha menipu lagi , Wahi! Jahatnyalah aku ni . 

      " Serius? Tipu ah! " hm . 

      " Cakaplah betul-betul . Kalau kau sayang aku baik kau bagitahu . " sebab aku sayang kaulah aku tak nak bagitahu perkara sebenar . 

      " Betullah . " Wahida cuba memerah otak untuk menukar topik perbualan . 

      " Okey . " fuh , lega! 

      Noah terasa bahunya dipegang selepas menghantar kepulangan Wahida . Apabila dia memusing belakang untuk melihat empunya yang menyentuhnya itu... Dush! Cecair hangat megalir keluar dari bibirnya . 

      " Mana kau bawak anak aku?! " garau suaranya . Dia kenal lelaki itu kerana telah menyebut perkataan anak bermakna itu adalah ayah Wahida . 

      Wahida yang perasan akan adegan itu segera mendepakan tangannya tanda melindungi Noah .

      " Kenapa ayah tumbuk dia? Dia kawan Wahi! " perkara yang sama berlaku ketika dia baru habis berdating dengan ex-nya , Hazim . 

      " Kau tepi . Jangan kacau daun! " lelaki yang berambut kusut masai itu menolak Wahida sehingga gadis kecil molek itu terjatuh kedalam kolam . 

      Noah tersedar akan sesuatu . Dia pernah nampak lelaki ini . Ya , memang pernah . Ketika dia lalu dihadapan kedai yang menjual nombor-nombor ekor . Kut . 

      " Kau! Apa kau dah buat dengan anak aku? " Wahida tidak tahu berenang . Noah tidak menghiraukan soalan orang tua itu . Segera dia terjun kedalam kolam dan mengangkut Wahida keluar . Wahida pengsan . 

      " Jangan sentuh anak aku! " satu tendangan kuat tepat terkena perut Noah . Noah gagahkan diri untuk bangun . Dia berdiri dalam keadaan terbongkok-bongkok dihadapan orang tua itu . 

      " Saya tak buat apa-apa dengan anak pakcik . Dia kesunyian! Sunyi sebab ada bapak tak guna macam pakcik! " entah dari mana datangnya beraninya melawan orang tua itu . 

      " Sial! " satu lempangan hebat tepat mengena pipi kiri Noah . Barulah dia tahu empunya yang melempang Wahida adalah orang tua itu . Ayah Wahida . 

      " Pukullah saya selagi mampu pakcik . Saya nak Wahi gembira aje . Dia sendiri cakap yang dia terseksa duduk dalam neraka buatan pakcik tu! Kehadiran saya buat dia gembira . Bila dia jumpa saya mesti dia tersenyum sampaikan dia pernah kata pada saya yang dia tak mahu pulang . Pakcik telah memusnahkan masa depan dia dengan membuat dia terseksa . Pakcik berjudi dan berhutang , apa pakcik dapat? Kerjalah . Ramai lagi orang diluar sana yang susah untuk dapat makan dan minum tapi pakcik yang sempurna anggota badan ni , langsung tak mahu berusaha nak cari rezeki . Rezeki haram yang pakcik pungut! " ambik kau!

      Ayah Wahida terdiam . Barannya hilang entah kemana . Dia memandang anak bongsunya yang dibela sejak gadis itu kecil . Sungguh dia rasa bersalah . Bersalah pada keluarga satu . Kedua , Tuhan yang Maha Esa , Allah S.W.T . Rezeki tidak datang bergolek-golek jika tiada usaha daripada kita semua . Lelaki bertubuh kurus itu meraup wajahnya . Menyesal . Apa yang aku dah lakukan ini , ya Allah? Bantulah aku . 

      " Sekarang pakcik tengok anak pakcik tu . Dia selalu gembira ke kat rumah? Pakcik sudah sedia maklum yang dia jarang ada di rumah kerana kesunyian . Susah sangat ke pakcik mahu tinggalkan tabiat buruk pakcik tu? Berjudi itu haram , pakcik . Sejahat-jahat saya , saya masih tahu mahu hormat orang tua tetapi pakcik dan overdose! Anak yang tak bersalah menjadi mangsa pakcik . Apa yang pakcik rasa jika tiada keluarga tercinta disisi? Sunyikan? Macam itulah yang Wahida rasa! Dia sunyi! Hidup dia hanya bersuluh dengan kehadiran saya dan kawan-kawan dia . Bukan keluarga! " lagi sekali Noah ' membasuh ' orang tua itu . Best pulak . 

      " Pakcik mintak maaf . Pakcik dah banyak dosa . Dosa pada kamu , pada anak , keluarga dan Tuhan . Apa yang patut pakcik lakukan? " air matanya mengalir . Sedih memikirkan dosa silam . 

      " Nanti saya beritahu . Sekarang kita kena bawa Wahida ke hospital . " Wahida terbaring kaku dalam keadaan basah kuyup . Dia tidak sedar apa-apa . 

DendamWhere stories live. Discover now