KANTIN sekolah dibanjiri para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Permata Indah . Semua bersesak untuk membeli makanan dan minuman , padahal sudah diberi arahan supaya beratur dahulu sebelum membeli . Adreena menggeleng kepala . Semua sudah besar tetapi arahan yang simple itu pun tak reti nak ikut . Mujur dia bawa bekal .
" Adreena , marilah duduk sini . " Aleeya memanggil . Adreena hanya menurut kerana itu sahajalah rakannya disini .
" Awak bawa apa?" tanya Aleeya .
" Nasi goreng belacan . " dihadapannya ada dua lagi pelajar sekelas dengannya . Mereka berbalas senyuman .
" Itu Aishah dan ini Nisa . " senyum lagi . Sesudu nasi goreng disuap kedalam mulut .
Gelak tawa yang bergema dari penjuru kantin menarik perhatian Adreena . Empat gadis yang tak reti nak slow down voice mereka itu memang gedik daripada pandangan Adreena .
" Jangan pedulikan mereka . Mereka semua itu pencemar nama sekolah . Sejak kehadiran mereka , sekolah ini hanya terkenal dengan masalah disiplin yang teruk . Mereka pembuli . Sesiapa yang berani buat report tentang mereka , memang akan merana . Seperti tahun lepas , kawan baik saya dihiris oleh salah seorang daripada mereka . Buka sahaja sesi persekolahan , saya dah tak nampak lagi kawan baik saya itu . Dia berpindah . " panjang lebar Aleeya bercerita . Adreena hanya setia mendengar . Tidak sangka mereka berempat itu sanggup mencederakan anak orang . Omel Adreena .
" Kami semua menyampah dengan mereka . " sambung Aishah .
" Mereka licik . Guru disiplin pun mereka lawan . " kini giliran Nisa bersuara .
" Nama geng mereka , Sakura . Syarat untuk masuk kedalam kumpulan itu mestilah berkulit cerah , berbadan kurus dan mendengar kata . " Adreena ketawa kecil . Berkulit cerah ? Berbadan kurus itu masih boleh diterima lagi . Cerewet betul!
Selesai waktu rehat , Aleeya meminta Adreena menemaninya ke tandas . Dia menunggu dengan sabar . Telinganya menangkap bunyi gelak tawa yang amat dikenali . Dia sudah berpeluh . Kisah kawan baik Aleeya dihiris salah seorang daripada mereka cukup menyeramkan .
' Cepatlah , Aleeya!' jerit hatinya .
" Eh , budak baharu ke ? Tak pernah nampak pun muka . " kau boleh hafal ke muka-muka pelajar kat sini ? Hebat betul !
" By the way , I'm Fatihah . Just call me , Tiha . " huluran tangan Fatihah disambut Adreena . Peramah juga .
Tangan kanan Adreena sakit akibat digenggam kuat oleh gadis bernama Fatihah itu . Dia mengaduh kesakitan . Mereka sama-sama menggelakkan Adreena . Lucu melihat memek muka Adreena .
" Dah , jangan buli dia! Dia budak baharu . " Aleeya berdiri dihadapan Adreena tanda menghalang geng gedik itu mencederakan rakannya .
" So , you don't know us ? Let me introduce . This is Wahida , this is Athirah and my name is Ameera , the leader of Sakura's group . " ceh , speaking lagi kau! Ameera memeluk tubuh . Berlagak!
" Eh , dahlah . Malas aku nak layan budak-budak noob macam ni . " Wahida menarik lengan Athirah keluar dari dalam tandas .
' Noob dia panggil aku? Eh , aku pelajar cemerlang tahu! ' Adreena mendengus .
" Bye . " Fatihah melambai gedik kearah Aleeya dan Adreena . Wekk! Menggelikan .
YOU ARE READING
Dendam
Mystery / ThrillerDendam kembali bernyawa . Geng Sakura tidak boleh berdiam diri lagi . Geng Rose akan merana selepas dendam dilunaskan . Namun bukan itu penghujungnya . Geng Rose bekerjasama untuk melawan mereka . Adreena , Aleeya , Aishah dan Nisa mempunyai...