BAB 24

359 35 1
                                    

HAKIMI masih setia menunggu kelibat sepupunya. Dia sabar menanti Fatihah sambil menikmati udara kotor yang dicemari asap-asap kenderaan. Lambatnya. Mana dia ni? Dia berasa tidak sedap hati lalu turun dari atas motosikalnya dan melangkah ke dalam sekolah. Ada guard tapi tak jalankaan tugas. Entah-entah pencuri pun di kasinya masuk. 

      Kantin sudah dikunjungi namun bayangan Fatihah masih tiada. Perpustakaan? Jangan harap. Orang macam sepupunya itu mana nak jejakkan kaki ke perpustakaan. Baca buku yang nipis itu pun malas. Mungkin dalam kelas. Sewaktu melalui stor sukan, dia terdengar suara orang seperti meronta-ronta. Dia sudah berfikir yang bukan-bukan. Hantu? 

      Tergerak pulak hati ini mahu lihat siapa di dalam. Pintu stor dibuka perlahan-lahan. Hapak. Kelihatan Fatihah yang terbaring diikat pada sebuah bangku. Wajah sepupunya itu dibasahi air mata. " Umphh... umphh. " tubuhnya digerak-gerakkan sebagai tanda supaya Hakimi melepaskannya. 

      " Ya Allah. Siapa yang buat kau ni? " ikatan tali dileraikan. Mujur tak ikat mati. 

      Fatihah terus memeluk Hakimi selepas ikatan dibuka. Dia menangis sehabis-habisnya. Menangis sampai terbatuk-batuk. Sesak nafas duduk dalam bilik ini. Bilik yang berbau hapak dan gelap tanpa sebarang sumber cahaya. 

      " Cerita kat aku. Siapa buat kau ni? " terangkat-angkat bahu Fatihah ketika menangis. Dia tidak menjawab. Hakimi sedar yang sepupunya itu mempunyai fobia terhadap gelap. Teringat kisah mereka sewaktu bermain bersama. Dia mengenakan Fatihah dengan meninggalkan gadis itu bersendirian di dalam stor rumahnya. Habis ummi memarahi dia. 

      " Kat rumah cerita dengan aku. Dah, jom balik. " Fatihah dipapah Hakimi. Mesti mangsa-mangsa Sakura yang buat semua ini. 


ADREENA dan Aleeya kembali ke sekolah selepas melepak di Starbucks. Adreena sanggup menipu ibunya semata-mata mahu menyakiti gadis bernama Fatihah itu. Ibu pula percayakan dia. Anak manja. 

      Pintu stor dibuka dan mereka amatlah terkejut. Dimana pula hilangnya Fatihah? Tak mungkin gadis itu mampu melepaskan diri sendiri dalam ikatan yang kuat itu. Ilmu apa digunakan gadis itu? 

      " Wei, mana dia? Entah-entah cikgu yang lepaskan dia. Wei, aku takutlah. " Adreena memandang ke dalam stor. Diintai jika kelibat Fatihah ada di dalam itu. Tiada. 

      " Jangan jadi pengecutlah. Fikir positif. Mungkin ada budak sekolah kita yang lepaskan. Kau ingat cikgu nak ronda-ronda ke? Cikgu semua duduk dalam bilik gurulah! " berpeluh dahi Adreena. Dia betul-betul terkejut dan takut. Terkejut sebab tiba-tiba sahaja gadis itu hilang dan takut jika Fatihah dilepaskan oleh cikgu. 

      " Aleeya, Adreena. Apa kamu buat ni? " mereka berdua tersentak lalu mencari si empunya yang bertanya. Cikgu Rohana! 

      " Err... Tak ada apa-apa cikgu. Kemas-kemas sikit dalam stor ni. Bersepah. " balas Aleeya. 

      " Awak dah minta kebenaran ke belum nak masuk bilik stor ni? " mereka berdua mengangguk serentak. 

      " Habis sahaja kemas, terus balik rumah. Jangan melepak lagi. Sekarang banyak kes jenayah dan mangsa-mangsa semua budak-budak sekolah. Ingat, ya. Habis kemas terus balik. " lagi sekali mereka mengangguk dan Cikgu Rohana berlalu dari situ. Fuh! 

      " Apa benda kau? Cikgu Rohana tu kaki meronda. Nasib kau bijak. Dahlah, jom. " mereka masuk ke dalam stor dan terus menyusun kembali benda-benda yang mereka alihkan sewaktu mengikat Fatihah. 


FATIHAH masih tersedu-sedan. Puas sudah Hakimi memujuk. Mujur ummi dan abah bekerja. Kalau tidak, pasti dia dimuntahkan berpuluh-puluh soalan. Antaranya, Kimi buli Tiha ke? 

      " Dahlah tu Tiha. Ceritalah kat aku. Apa jadi dengan kau? " 

      " Lee..Leeya dengan Ree..Reena. Diorang ya...yang buat se...semua ni. " Fatihah menunjukkan lebam di pipinya akibat ditumbuk oleh Aleeya. 

      " Kau biar betul? Bukan ke Reena tu budak baik? Aleeya tu aku tahu perangai dia. " seminggu yang lalu, Hakimi telah pun meluahkan isi hatinya terhadap gadis itu namun balasannya...Reena tak suka sesiapa. 

      " Be...betullah! " 

      " Apa yang kau dah buat sampai diorang buat kau balik? Mesti kau ada buat apa-apa dekat diorang kan? " Fatihah membisu. 

      " Cakaplah, Tiha! " tubuh Fatihah digoyang-goyangkan.

      " Aku...aku hanya menurut kata Ameera. Di...dia suruh aku sakitkan Reena. " Hakimi mengeluh. Benda ini takkan berlaku jika tiada siapa yang memulakan. 

      " Padanlah. Berapa Ameera upah kau? " 

      " RM50. " terbeliak mata Hakimi. Ameera memang kaya. Kaya tapi hidupnya sadis. 

      " Oh patutlah kau dapat ganti balik duit aku. Dari situ sumber pendapatan kau? Dengan duit haram? Kau nak jadi pembunuh upahan ke, Tiha? Kau nak duduk lokap? " Fatihah menggeleng laju. 

      " Bila kau nak berubah? Penat aku doa kat Tuhan, minta sangat kau berubah. " 

      " Aku tak boleh berubah. " 

      " Boleh. Hanya diri kau yang boleh mengubah sikap kau. Aku cuma mampu menolong. Tiada masalah yang tak boleh diselesaikan dalam dunia ni. " 

      " Kau memang baik, Kimi. Aku sayang kau. " tubuh sasa Hakimi dipeluk Fatihah. Erat betul pelukannya sehingga Hakimi dapat merasakan kesuaman tubuh Fatihah. Membesar bersama dan hidup bersama. Pelukan Fatihah dibalas. 

DendamWhere stories live. Discover now