BAB 6

481 41 0
                                    

FATIHAH mencampak beg Body Glovenya keatas katil . Ikatan rambut dileraikan . Benci! Rimas! Dia duduk berpeluk tubuh . Rasa nak sepak je kau ni . Nasib kau baik . Gumamnya . 

      " Tiha , aku bukan nak jadi batu api tapi dorang tu teruk sangat sampaikan kau berubah dan terpengaruh . Aku harap kau duduk tu , kau fikirlah . Aku berharap sangat kau dapat leave group tu . " masih terngiang-ngiang kata-kata Hakimi . Siapa dia nak halang aku? 

      " My life, not yours . " balasnya .

      " Memanglah . Tapi aku sebagai sepupu kau , aku nak bimbing kau . Aku nak kau berubah jadi Tiha yang dulu . " bertambah marahlah Fatihah jadinya . Perempuan itu mana boleh ditegur . Baru tegur sikit , sudah melawan macam apa . 

      " Kau ustaz ke? Kau bukan mak bapak aku nak judge aku . " dia melajukan langkah untuk pulang kerumah . 

      " Tak semestinya ustaz sahaja yang boleh mensihati orang . Aku lelaki , Tiha . Aku anggap kau macam sibling aku . " Fatihah mendengus kasar . Ah , mampuslah! Kisah apa aku . 

      Selesai mandi , Fatihah keluar dari rumah . Kebetulan Hakimi sedang membuat tugasan yang diberi guru diruang tamu . 

      " Kau nak pergi mana? Duduk ajelah rumah . Udara kotor . Nanti sakit , kau jugak susah . " Fatihah menoleh kearah Hakimi . 

      " Badan aku , bukan kau . " tanpa menghiraukan Hakimi , dia keluar . Niatnya untuk berjumpa Kamil . Sudah dibuat temujanji nak berjumpa . Tapi Kamil selalu lambat . 

      Hakimi menggeleng kepala . Bermacam cara mahu selamatkan akidah gadis itu , tapi semua tidak berkesan . Hanya dirinya sahaja dapat mengubah . Hakimi tidak pernah jemu mendoakan sepupunya itu berubah . Arwah ibu bapa Fatihah sudah memberi amanah kepada keluarganya untuk menjaga gadis itu . Dia tidak akan melupakan amanah itu . Insya-Allah . 


" ENTAHLAH you . I rasa nak keluar aje dari rumah tu . Tapi I ni anak yatim . Nak hidup dengan siapa lagi? " ice coffee yang baru dibeli sudah tinggal setengah diminum Fatihah . Kamil dihadapan setia mendengar luahan hati gadis idamannya itu . 

      " Keluar ajelah . You tinggal rumah kawan you . Apa susah? " 

      " What? That is a stupid idea . I bukan jenis macam tu . I cuma menyampah dengan cousin I tu . Sikit-sikit nak judge Sakura . Hina sangat ke kami ni? Bukannnya kami membunuh . " mungkin bagi Fatihah tak teruk tetapi bagi orang lain , teruknya jangan cerita . Nauzubillah! 

      " Duduklah you dalam neraka buatan tu . " sindir Kamil . 

      " Hm . " speechless . Fatihah hanya diam membisu . 

      " You tak mahu try bawa motor? " Fatihah cepat-cepat menggeleng . No , I will not try it

      " Rugilah . " tak rugi pun . Dia memang kecut sikit nak bawa motor . Kalau basikal itu boleh tahan lagi . 

      " Jomlah . I bawa you round satu Kuala Lumpur . Hihi . " mereka meninggalkan restoran tersebut . 

      Dalam pada masa yang sama , ada sepasang mata yang memerhati sambil berkata dalam hati , ' Aku mesti ikut dorang! ' Hakimi menunggang motorsikalnya sambil mengekori kedua-dua makhluk Tuhan itu . Biarlah tak ada lesen pun . Janji dia mesti mengawasi sepupunya . 

DendamWhere stories live. Discover now