SABTU . Hari yang ditunggu-tunggu oleh Geng Sakura . Mereka akan bersuka-ria di Sunway Lagoon . Siapa yang tak gembira bila dapat pergi tempat kegemaran rakyat Malaysia itukan? Tetapi kegembiraan Sakura hanyalah 50% kerana kehadiran mereka tidak lengkap . Wahida .
Peristiwa malam semalam amatlah sedih . Mesyuarat diantara ahli-ahli Sakura menjadi suram kerana Wahida yang tidak henti-henti menangis .
" Aku benci ayah aku . Dia asyik nak pukul aku . Dengan mak aku pun dia pukul sekali . Tahu pulak marah bila Noah peluk aku , dia berjudi tak ada pulak nak sedar . " Sakura sudah dimaklumkan sejarah hidup Wahida . Mereka turut bersimpati .
" Tak apalah , Wahi . Kau bertenanglah dulu . Sebab itu kitorang ajak kau pergi Sunway Lagoon esok . Aku dengan Ameera belanja kau tiket . " walaupun kejam dan zalim , mereka masih ada semangat setiakawan . Tidak boleh lihat salah seorang daripada mereka sedih dan berduka . Susah senang mesti bersama .
" Kau simpanlah duit tu . Aku dah banyak menyusahkan Sakura . " dalam hati sebenarnya mahu tetapi dek memikirkan dia telah banyak menyusahkan kawan-kawannya .
" Tak menyusahkan pun . Bukan ke kita semua ni berkawan dah lama? Aku kenal kau hampir 5 tahun . Aku dah kenal kau . Tahu kisah hidup kau . Kami semua nak membantu kau . " Athirah mengusap belakang Wahida . Air matanya hamir menitis apabila teringat kisah hidup kawannya itu .
" Aku memang nak pergi tapi ayah aku dah tak bagi keluar rumah jauh-jauh . Setakat pergi kedai mamak itu ajelah dia kasi . " Athirah memandang wajah setiap ahli Sakura .
" Tak apalah . Arahan orang tua kena patuhi . Jangan jadi anak derhaka . Neraka tempatnya nanti . " ceramah agama yang diberikan . Memang betul pun .
" Sorry eh korang . Hidup aku agak sadis . " agak? Memang, bukan agak lagi dah .
" It's okay . Kami akan sentiasa berada disisi kau . " Fatihah membalas . Walaupun dia paling tua sekali di dalam kumpulan itu , namun dia menganggap yang lain seperti adik angkat . Dia hormat yang muda jadi yang muda hormat dia balik . Easy .
Suasana di dalam kereta Proton Exora sunyi . Mama Ameera sahaja yang rajin berbual . Lagu yang berkumandang tidak menarik perhatian mereka langsung . Semua teringatkan Wahida . Entah apa yang gadis ketot itu sedang lakukan sekarang .
" Okey kita dah sampai . " semua turun dari dalam perut kereta .
" Aku tak sabar nak masuk rumah hantu . Hihi . " Fatihah beratur dibelakang Athirah . Semua turut tidak menyabar mahu bersuka-ria . Biarlah penat asalkan happy .
NOAH setia menunggu cinta hatinya menjawab panggilan . Masuk kali ini sudah tiga kali panggilannya , namun suara Wahida langsung tidak kedengaran . Chat tak balas . Sakit ke? Risaunya bukan kepalang . Aweks . Biasalah .
Wahida hanya mampu memandang handsetnya yang bergetar dek kerana panggilan daripada Noah . Bukan tak mahu jawab , tapi dia tak mahu Noah tahu hal sebenar .
" Jawablah Wahi . Bisinglah . " Asyiqin yang masih amai-amai kerana terjaga dengan bunyi ringtone phone adiknya .
Dengan hati yang terpaksa , dia gagahkan untuk menjawab juga . Dia berlalu ke bilik sebelah . Mak tak ada . Line clear .
" Wahi! Asal tak jawab call aku? Kau tahu tak aku risau . Kau sakit ke? " mana satu nak jawab dulu ni? Apa nak jawab?
" Noah... "
" Kau kat mana? Okey tak ni? " dimuntahkan lagi dua soalan dan itu membuatkan Wahida bengang .
" Noah! Bagilah aku cakap dulu . " Noah diam tanda memberi peluang gadis itu menjawab .
" Aku kat rumah . Aku separuh okey . Aku sihat walafiat . Kenapa kau macam orang gila ni? "
" Alhamdulillah . Aku risaulah , sial! Kau tu kesayangan aku . Kau free tak? Jom keluar . " mak kerja , ayah dengan pertandingan judi dia tu . Akak tidur aje kerja . Keluar ajelah .
" Boleh je . Kau tunggu tempat biasa . " panggilan dimatikan . Wahida melilit selendangnya .
" Kau nak pergi mana? Masakkan untuk aku , laparlah . " ini yang malas ada kakak macam ni . Entah bagaimanalah Asyiqin jika sudah berkahwin .
" Aku nak keluar jap . Nanti aku bungkus makanan . " dia berlalu keluar bilik dan terus keluar dari dalam rumah . Dia memandang sejenak kearah neraka buatan manusia itu . Seram aje tengok . Tanpa berlengah dia terus mendapatkan lif .

YOU ARE READING
Dendam
Mystery / ThrillerDendam kembali bernyawa . Geng Sakura tidak boleh berdiam diri lagi . Geng Rose akan merana selepas dendam dilunaskan . Namun bukan itu penghujungnya . Geng Rose bekerjasama untuk melawan mereka . Adreena , Aleeya , Aishah dan Nisa mempunyai...